MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Asingkan Akaun Bank Untuk Setiap Tujuan

December 22, 2015

Masa duit belum banyak, mungkin sesuai kesemua duit diletakkan dalam satu akaun bank dan kita cuma buat rekod sahaja. Tapi bila dana dah membesar dan kita serius untuk kembangkan dana tersebut, lebih baik asingkan duit mengikut tujuan. Satu akaun bank untuk satu tujuan.

Pengalaman saya, kalau tak diasingkan secara 'fizikal', nanti akan kelam-kabut sebab kita tak sempat nak simpan dan kemaskini rekod dengan baik. Dah makin sibuk... Nanti habis duit bercampur aduk... Jadi memang wajib buka akaun bank khas untuk setiap tujuan atau setiap jenis dana.

Akaun Khas Untuk Setiap Tujuan

Ini antara akaun khas yang saya buka mengikut setiap tujuan;

  1. Akaun Gaji (belanja bulanan)
  2. Akaun Bisnes (1 akaun untuk 1 bisnes)
  3. Akaun Simpanan Kecemasan (saya prefer Tabung Haji)
  4. Akaun Pelaburan (1 akaun untuk 1 jenis pelaburan)

Saya tak tahu apa nasihat pakar-pakar kewangan (jangan tanya pakar accounting), tapi ini pengalaman saya sendiri.

Contohnya, saya buka akaun khas untuk pelaburan hartanah sahaja. Segala duit sewaan yang dibayar oleh penyewa akan dimasukkan ke akaun tersebut. Tak campur duit lain. In case nak mohon pinjaman untuk tambah lagi pemilikan hartanah lain, tunjuk Bank Statement tersebut kepada pihak bank untuk membantu kelulusan pinjaman seterusnya.

Senang Monitor Perkembangan Dana

Saya juga buka akaun khas untuk bisnes. Segala duit masuk dan keluar dari bisnes, mesti melalui akaun tersebut. Selain dari duit tu tak bercampur aduk, kita senang ‘monitor’ duit keluar masuk hanya melalui Bank Statement sahaja.

Satu nasihat saya, kalau buka akuan untuk tujuan bisnes, wajib buka Current Account, bukan Saving Account. Saving Account ada had duit keluar masuk. Kalau terlalu banyak transaksi, akaun tersebut akan di ‘block’ oleh bank. Dan kita terpaksa pergi ke “home branch” bank tersebut untuk release semula akaun tersebut.

Selain dari itu, Bank Statement berguna untuk tujuan pinjaman bank nanti. Dari situ bank boleh tahu bisnes kita ‘kencang’ atau ‘slow’. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 Disember 2015
11 Rabiul Awwal 1437H

[Kredit foto : wikihow]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • ilmu yg berguna..terima kasih tuan..saya pun baru berjinak jinak dengan bisnes rumah sewa..inshaallah bila dah dapat postve cash flow,saya akan simpan keuntungan dengan emas..sekrang saya tengah survey dan mencari idea untuk bukak bisnes apa yg sesuai dengan saya…klau tuan ada tips tentang bisnes yg sesuai untuk seseorg..share la ye..terima kasih

  • En.Zul buka la satu topik ‘in thing’ pasal orang yang lari dari hutang PTPTN khususnya kakitangan kerajaan yang mana bulan ni gaji dah kena potong habis.

  • Alhamdulillah saya dah mulakan simpanan asing akaun ini beberapa tahun lepas lagi..dan ada satu lagi tambahan akaun yang saya buat iaitu akaun bil..di mana saya akan masukkan duit di situ dan semua bil akan secara automatik potong daripada akaun tersebut..saya tidak perlu lagi bimbang akan terlupa untuk bayar bil..sekadar perkongsian 🙂

    Tahniah tuan Zul, satu perkongsian yang sangat bermanfaat 🙂

  • Assalamualaikum..

    Terima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah terlalu banyak ilmu dari Tuan yang kami telah praktikkan. Jika ada kelapangan, boleh Tuan kongsikan berapa peratus daripada gaji / simpanan Tuan alirkan untuk akaun simpanan anak-anak. Berbaloikah kita buat Takaful untuk anak-anak? Terima kasih

    • Wslm Pn. Farhana,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat.

      Berapa peratus tu tak tentu sebab income orang berniaga tak menentu.

      Yang pastinya, saya tak ambil takaful untuk pendidikan anak-anak. Keutamaan takaful ialah melindungi diri kita sebagai orang yang menyediakan kewangan kepada anak-anak. Kalau kita dah cukup dilindungi, anak-anak insyaAllah akan secure.

  • Bila kita asingkan akaun, kita tak pening fikir sumber duit yang masuk dari mana dan duit tak bercampur bila kita nak keluarkan. Sewaktu belajar dulu saya sudah ada tiga akaun, satu akaun untuk simpanan, satu untuk study dan satu lagi reserve.

    Bila dah kerja ni, memang sangat membantu untuk track keluar masuk duit lagi-lagi bila ada claim semua.

    • Wslm puan,

      Kalau untuk pelaburan dalam jumlah yang besar, perlu akaun semasa. Kalau untuk bisnes, semestinya wajib akaun semasa sebab akaun simpanan ada had dari sudut jumlah transaksi. Bila cukup had, bank akan block.

  • Assalamualaikum tuan,

    kalau bisness baru lagi, sekadar bisness online dan wang masuk pun tak berapa banyak, adakah syarat khas yg diletakkan oleh pihak bank?

    memang rasa perlu ada account semasa utk saya, sebab tangan ni gatal je nak buat transfer sbb semuanya sekarang online .. tapi last last rasa ralat sebab terguna..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >