Cash is King! Siapa berduit, dia lah 'raja'. Di waktu orang takut membuat pelaburan, di waktu itu dia aktif membeli sebab 'harga' pelaburan tersebut menjadi semakin murah. Pasaran saham jatuh, itulah waktu membeli saham-saham yang bagus. Di waktu harga emas murah, itulah waktu memborong. Di waktu pasaran hartanah kurang memberangsangkan, itulah waktu ‘shopping’ sakan. Kita boleh dapat lebih banyak aset pelaburan dengan harga jauh lebih murah.
Saya perhati, sekarang ini berlambak orang jual hartanah. Ekonomi kurang memberangsangkan, kos sara hidup meningkat mendadak dan Bank Negara pula perketatkan syarat pinjaman, maka banyaklah iklan-iklan orang nak jual hartanah.
Membeli Di Waktu Orang Menjual
Rata-ratanya harga yang ditawarkan 10% lebih rendah dari nilai pasaran. Bahkan ada pemilik rumah yang turunkan harga sampai 15% - 30% di bawah nilai pasaran, sebab susah nak dapat pembeli. Rumah lelong makin bertambah, pemilik rumah yang tak mampu bayar pinjaman pun makin bertambah.
Jadi bagi siapa yang berduit (sebab rajin menyimpan sebelum ini), maka merekalah 'raja' ketika ini. Ejen-ejen hartanah suka kepada mereka sebab tak mudah dapat pembeli. Bank-bank suka kepada mereka sebab tak ramai yang boleh lulus pinjaman. Pemilik yang nak menjual rumah pun 'boleh runding asal jadi' sahaja.
Perbetulkan Kewangan Terlebih Dahulu
Sebab itulah saya pernah pesan, tak perlu kelam-kabut membina kekayaan. Fokus perbetulkan kewangan kita dahulu; adakan simpanan kecemasan yang cukup, langsaikan hutang-hutang negatif, rendahkan komitmen kewangan supaya kita mampu menyimpan dengan baik setiap bulan. Bila kita ‘berduit’, peluang-peluang yang baik sentiasa ada, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Damai
30 Disember 2015
19 Rabiul Awwal 1437H
[Kredit foto : poluscapital]
Carian hartanah senang dan tepat di laman https://housenearby.com.my
Saya setuju. Yang penting ialah kukuhkan kewangan peribadi terlebih dahulu. Jika sudah stabil, mudahlah kita menjadi orang yang dicari-cari oleh penjual bila pasaran merosot.
kesimpulannya orang yg suka ‘menyimpan’ yg mendapat peluang.
tetapi tabiat yg terlebih suka menyimpan ni kadang-kala tidak menguntungkan juga jika ‘peluang’ dan ‘matlamatnya’ untuk dia menyimpan tidak jelas…simpan duit beribu2,bila ada peluang membeli hartanah yg mane boleh dibayar dibawah kemampuannya tidak direbut kerana syg takut nilai wangnya berkurangan,kerana takut susah…takutnya pendorong kuat untuk dia menyimpan selamanya…mcm2 ragam hihi
Tuan Zul boleh tulis sikit tentang #2kerja tak? cerita sikit tentang pengalaman tuan berkaitan 2 kerja…Tqvm. #LakarHidupSendiri @ http://www.fauzisabri.com
En. Fauzi,
Saya pernah buat coretan tentang dua kerja ni dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/mulakan-bisnes-masa-tak-perlukan-bisnes.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalam tuan. saya bekerja di kota kinabalu sabah. kerja waktu pejabat.tolong beri tips perniagaaan/ pelaburan di sini. boleh eemel sy kid_farid@yahoo.com atau whatsapp 014-3772707 tq
Wslm En. Farid,
InsyaAllah saya boleh guide.
Apa-apa persoalan, boleh terus wassap saya 019-336 8009.