MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Selamatkan Duit Raya Anak

December 5, 2018

Najdah lebih suka menyimpan duit raya anak-anak dalam bentuk emas berbanding disimpan di dalam bank. Sebabnya, ia dapat mengelakkan dari TERbelanja dan juga dibelanjakan.

Antara kerunsingan kita sebagai ibu bapa ialah bila secara tak sedar kita 'tertarik' duit raya dari sampul anak-anak bila keadaan memaksa, dengan niat duit tu nanti akan digantikan semula. Namun kebiasaan yang berlaku, kita sebagai ibu bapa terkadang terlupa untuk menggantikan semula duit tersebut.

Jadi, untuk elakkan perkara ini dari terjadi, Najdah memilih untuk menukarkan duit raya anak-anak kepada emas. Dan jika duit mereka tidak cukup untuk membeli emas, Najdah akan tambah supaya ia mencukupi. Dengan cara ini, duit mereka selamat dari terguna.

Selain itu, bagi anak-anak yang dah besar, keinginan mereka untuk berbelanja kadang-kadang agak tak terkawal. Jadi, untuk mengelakkan mereka berlebihan dalam berbelanja, Najdah akan tukarkan sebahagian dari duit mereka, termasuklah duit simpanan mereka kepada emas.

Najdah akan pastikan setiap anak ada simpanan emas untuk masa hadapan mereka. Bagi Najdah, anak-anak perlu diasuh menabung sedari usia mereka kecil agar bila dah dewasa nanti, mereka sudah ada simpanan serta tahu menguruskan kewangan dengan betul.

Tentang Penulis

Najdah Mohammed Hussain

  • Betul Kak Najdah. Dulu saya ‘terror’ bab pakai duit anak dengan niat ganti semula. Tapi kalau berganti pun tak sama jumlah yang dah TERpakai..

    Sekarang bila dah tukar duit diorang jadi emas, senang hati. Kalau anak tanya ‘mana duit raya’, saya tunjuk je GAP Statement dia…hehe

  • Assalamualaikum Puan Najdah,

    Syukur saya kena PG semasa saya sudah memiliki 2 anak dan sekarang ada 3 orang dan mereka semua ada akaun emas mereka sendiri .

    mereka maklum tentang wang mereka ditukar menjadi emas dan mereka memahami mengapa emas perlu untuk mereka terutama untuk pembelajaran mereka kelak .

    moga lebih ramai ibu bapa menyedari kepentingan simpan emas untuk anak mereka.

    tukar wang anak menjadi emas!

  • Tuan/cik puan, setelah tukarkan duit anak2 kepada emas, tinggalkan emas itu di public gold atau simpan di rumah?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >