MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Minyak Naik: Rakyat Gembira?

September 28, 2009

Harga minyak naik

Enam tempat teratas (syarikat yang mencatat keuntungan tertinggi dunia) semuanya dibolot oleh syarikat Oil & Gas pada tahun kewangan 2008/2009.

World's Largest Companies

 

 

Tadi try search kat Google "World's Largest Companies". Antara result yang keluar ialah Forbes.com yang menyenaraikan 2000 syarikat terbesar dunia untuk tahun 2009. Saya cuba sort by the "Profits" yang dijanakan pada tahun kewangan 2008/2009. Dan hasilnya adalah seperti jadual di atas.

 

Enam (6) syarikat yang mencatat keuntungan paling tinggi pada tahun kewangan 2008/2009 semuanya terdiri daripada syarikat Oil & Gas! Syarikat pengeluar minyak. Mengalahkan syarikat-syarikat besar seperti General Electric.

 

Minyak Naik: Gembira atau Duka?

 

Nah! Ini membuktikan kenaikan harga minyak dunia akan mengkayakan negara pengeluar minyak seperti Malaysia! Lagi tinggi harga minyak dunia, sepatutnya lebih menggembirakan rakyat (bagi negara pengeluar minyak).

 

Tapi malangnya, kenapa rakyat Malaysia sentiasa rasa takut dengan kenaikan harga minyak mentah global? Di saat kekayaan negara bertambah, rakyat makin rasa terhimpit. Tindakan menaikkan harga runcit minyak dengan alasan kenaikan harga minyak dunia menghimpit rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan yang kesannya cukup terasa hingga ke hari ini.

 

Inflasi: Nilai Duit Semakin Murah

 

Kenaikan harga barang maksudnya nilai duit rakyat semakin murah. Try cek tengok harga-harga barang dulu dan sekarang. Boleh dikatakan hampir semua barang naik melebihi 10%!

 

Cuba bandingkan, berapa kenaikan pendapatan kita? Kalau dulu gaji kita adalah RM2,000 sebulan, maka sekarang nilainya hanya tinggal RM1,800 (kerana susut sebanyak 10%). Bayangkan jika kenaikan gaji cuma 4%, maka gaji dengan gaji baru sebenarnya kita lebih miskin sebanyak 6% - walaupun telah diberi kenaikan gaji.

 

Apapun, semua angka dan anggaran di atas adalah angka minimum. Kenaikan sebenar harga barang keperluan kita bukan 10%, bahkan ada 20% dan 30%. Kenaikan gaji 4% juga adalah tinggi, bahkan banyak syarikat yang memberi kenaikan gaji kurang daripada 4% tahun ini dan saya dengar ada yang tak dapat pun kenaikan gaji! Alasannya, ekonomi tak memberangsangkan...

 

Keuntungan Petronas Susut

 

Walaupun baru-baru ni didedahkan keuntungan bersih Petronas susut sebanyak 13.9% (kepada 52.5 billion) tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 yang lalu, ia adalah isu lain. Ia bukan isu kenaikan harga minyak dunia, tapi disebabkan kenaikan kos cari gali.

 

Di sini kita perlu faham, kenaikan harga minyak dunia tak ada kena mengena dengan kos pengeluaran, tetapi kerana spekulasi. Spekulasi yang mengatakan kurangkan bekalan minyak dunia waktu itu, menyebabkan permintaannya semakin tinggi. Disebabkan ura-ura tersebut, maka 'pembeli' sanggup membayar lebih - dengan harga yang lebih tinggi.

 

Fakta dan Teori Ekonomi

 

Coretan saya ni sekadar meluahkan apa yang saya fikir tentang kenaikan harga minyak. Berdasarkan fakta dan teori-teori ekonomi (i.e. Ekonomi - antara subject yang saya score A+) yang pernah saya belajar di universiti dulu, saya belum faham kenapa harga minyak mentah dunia sentiasa dijadikan alasan untuk naikkan harga minyak runcit dalam negara.

 

Dan secara kebetulan, Tun Dr. Mahathir juga tak bersetuju 'kaedah' yang diguna pakai sekarang sebagaimana yang saya coretkan dalam artikel "Kekayaan Negara Untuk Siapa?" tahun 2008 yang lalu.

 

Wallahu a'lam.

 

Zulkifli

Damansara Damai

28 September 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>