MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Daripada Hutang Keliling Pinggang, Kini En Bashir Mampu Beli Aset Secara Tunai Dengan Simpanan Emas

August 25, 2026

Gaji besar tak semestinya bermaksud kewangan kita kukuh.

Ada orang gaji ribuan ringgit, tapi hujung bulan tetap tak ada duit. Simpanan tak ada, hutang pula keliling pinggang.

Itulah yang pernah berlaku kepada En Bashir Mansor.

Masa mula kenal Public Gold, gaji En Bashir sekitar RM7,500 sebulan. Isterinya pula seorang guru dengan pendapatan lebih kurang RM4,000.

Jumlah pendapatan isi rumah mereka ketika itu dah lebih RM10,000 sebulan.

Tapi masalahnya, hutang terlalu banyak.

More...

Hutang kad kredit sahaja sekitar RM100,000. Rumah bernilai lebih kurang RM400,000 masih ada pinjaman. Kereta Toyota Camry pula ansurannya sekitar RM1,600 sebulan. Itu belum campur personal loan dan komitmen lain.

Pendek kata, hutang memang keliling pinggang.

Tekanan kewangan sampai memberi kesan kepada kehidupan keluarga.

Sampai Nak Pinjam Duit Daripada Mak Ayah

Ada satu masa, keadaan kewangan En Bashir dan isterinya terlalu tertekan sampai mereka terfikir nak pinjam duit daripada ibu bapa masing-masing.

En Bashir cakap kepada isterinya,

“You pergi minta dekat mak you, saya pergi minta dekat mak saya.”

Tapi tiba-tiba dia tersedar.

“Ini kerja gila.”

Mak En Bashir cuma seorang suri rumah. Ayahnya pula dah meninggal dunia.

Sedangkan En Bashir ketika itu seorang senior manager dan senior engineer yang bergaji ribuan ringgit.

Sepatutnya dialah yang membantu ibunya kalau ibunya perlukan duit.

Tapi sekarang dia pula nak pinjam duit daripada ibunya yang tak ada pendapatan.

Begitu juga dengan ibu bapa isterinya yang dah pencen.

Sedangkan En Bashir dan isterinya mempunyai pendapatan isi rumah lebih RM10,000 sebulan.

Persoalan itu betul-betul buat dia berfikir:

Kenapa dua orang yang bergaji lebih RM10,000 sebulan masih perlu minta duit daripada ibu bapa?

Sejak itu, dia sedar yang sesuatu perlu diubah.

Cuba Macam-Macam Untuk Tambah Pendapatan

En Bashir dan isterinya mula cuba macam-macam cara untuk tambah pendapatan.

Mereka pernah jual tudung dan telekung.

Tapi usaha-usaha itu masih belum menyelesaikan masalah utama mereka.

Hutang masih banyak.

Simpanan tetap tak ada.

Sampailah En Bashir membaca buku tentang pengurusan kewangan dan jumpa satu prinsip yang sangat mudah:

Dapat gaji, simpan dulu. Lepas itu baru belanja.

Selama ini dia buat sebaliknya.

Dapat gaji → belanja → bayar komitmen → kalau ada baki, baru simpan.

Masalahnya, sampai hujung bulan memang tak pernah ada baki.

Paksa Diri Simpan 10% Daripada Gaji

En Bashir belajar bahawa sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan perlu disimpan terlebih dahulu.

Gaji dia ketika itu RM7,500.

Maksudnya, dia perlu simpan RM750 sebulan.

Persoalannya:

“Mana nak cari RM750?”

Sebab selama ini, hujung bulan RM100 pun belum tentu tinggal dalam akaun.

Tapi En Bashir sedar, kalau dia terus guna cara yang sama, hidupnya tak akan berubah.

Jadi dia buat keputusan untuk paksa diri.

Pada bulan Julai ketika itu, sebaik sahaja gaji masuk, dia terus asingkan RM750 dan simpan dalam bentuk emas.

Harga emas ketika itu sekitar RM145 segram.

Dengan RM750, dia dapat lebih kurang 5 gram emas.

Bulan pertama memang terasa susah.

Hujung bulan tetap tak ada duit.

Tapi ada satu perbezaan besar.

Dulu hujung bulan tak ada duit dan tak ada simpanan.

Sekarang hujung bulan tak ada duit, tapi dia dah ada 5 gram emas.

Itulah permulaannya.

Terpaksa Ubah Gaya Hidup

Untuk pastikan RM750 itu boleh disimpan setiap bulan, En Bashir sekeluarga terpaksa ubah gaya hidup.

Kalau sebelum itu anak-anak dibawa ke shopping mall hampir setiap minggu, mereka kurangkan kepada sebulan sekali.

Isterinya pula bangun awal pagi untuk masak supaya En Bashir boleh bawa bekal ke tempat kerja.

Menurut En Bashir, amalan bawa bekal itu masih diteruskan sampai sekarang.

Mereka juga berpuasa pada hari Isnin dan Selasa.

Sedikit demi sedikit, kos hidup mula dikurangkan.

Bulan kedua, RM750 berjaya disimpan lagi.

Bulan ketiga, simpan lagi.

Lama-lama, menyimpan emas jadi satu kebiasaan.

Bonus Pun Masuk Emas

Bila dapat bonus sekitar RM20,000, En Bashir gunakan sebahagian daripadanya untuk beli emas.

Lebih kurang RM10,000 dimasukkan ke dalam emas.

Pembelian itu juga menyebabkan dia layak menjadi dealer Public Gold pada ketika itu.

Pada awalnya, En Bashir sendiri tak berapa faham apa maksud menjadi dealer.

Matlamat asalnya bukan nak berniaga.

Dia cuma nak selesaikan masalah kewangan.

Tapi dia terus konsisten menyimpan emas.

Sedikit demi sedikit, simpanannya semakin bertambah.

Kumpul 100 Gram, Jual dan Bayar Hutang

En Bashir kemudian guna satu strategi yang sangat praktikal.

Dia simpan emas sampai terkumpul sekitar 100 gram.

Bila dah cukup, sebahagian emas itu dijual dan duitnya digunakan untuk bayar hutang.

Kemudian dia kumpul lagi.

Bila cukup sasaran, jual lagi untuk selesaikan hutang.

Pada masa yang sama, dia tetap pastikan simpanan kecemasan dikekalkan.

Masalah kewangannya ketika itu memang serius. Dia pernah mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyusun semula hutang.

Antara hutang paling kritikal ialah hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah tinggi.

Sedikit demi sedikit, dengan disiplin yang sama, hutang-hutang itu berjaya diselesaikan.

Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang dua tahun lebih, masalah hutangnya di bawah AKPK berjaya diselesaikan.

Daripada Bayar Hutang Kepada Bina Dana Kecemasan

Selepas hutang semakin terkawal, En Bashir tak berhenti menyimpan.

Dia dah ada satu sistem yang terbukti berkesan.

Jadi dia cuma ulang sistem yang sama untuk matlamat seterusnya.

Pada awalnya, dia bina simpanan bersamaan 3 bulan pendapatan.

Kemudian naikkan kepada 6 bulan.

Selepas itu 9 bulan.

Akhirnya, dia berjaya bina simpanan bersamaan 12 bulan pendapatan.

Satu lagi perkara menarik yang En Bashir buat ialah setiap kali dapat kenaikan gaji, duit tambahan itu tak terus digunakan untuk naikkan gaya hidup.

Contohnya, selepas setahun dia dapat kenaikan gaji sekitar 8%.

Kenaikan itu terus dimasukkan ke dalam simpanan emas.

Lama-kelamaan, kemampuan menyimpannya semakin besar.

Daripada RM750 sebulan pada peringkat awal, akhirnya dia mampu simpan sekitar 10 hingga 20 gram emas sebulan.

Bila Dah Tahu Caranya, Cuma Ulang Untuk Matlamat Lain

Bila dana kecemasan dah cukup, En Bashir mula berfikir:

Kalau cara yang sama boleh digunakan untuk bina dana kecemasan, kenapa tak guna cara yang sama untuk beli aset?

Dia mula buat tabungan emas khas untuk beli tanah.

Bila cukup sasaran, dia beli tanah.

Kemudian dia bina tabungan baru.

Kali ini, sasarannya sekitar 500 gram emas untuk bina rumah sewa.

Dia fokus menyimpan sampai cukup.

Bila sasaran dicapai, emas itu dijual dan digunakan untuk bina rumah sewa.

Daripada strategi itu, En Bashir akhirnya berjaya memiliki empat buah rumah sewa yang dibina secara tunai.

Daripada rumah-rumah tersebut, dia memperoleh sekitar RM2,000 pendapatan sewa setiap bulan.

100 Gram Emas Untuk Pasang Solar

En Bashir kemudian perasan ada satu lagi perbelanjaan besar di rumahnya.

Bil elektrik sekitar RM700 hingga RM800 sebulan.

Dia mula buat kajian tentang pemasangan sistem solar.

Kosnya sekitar RM30,000.

Sekali lagi, dia guna formula yang sama.

Dia tetapkan sasaran untuk kumpul sekitar 100 gram emas.

Bila dah cukup, emas itu dijual dan duitnya digunakan untuk pasang sistem solar.

Hasilnya, bil elektrik rumah yang sebelum itu sekitar RM700 hingga RM800 sebulan turun sehingga sekitar RM30 sebulan pada waktu tertentu.

Apa dia buat dengan duit lebihan itu?

Simpan emas balik.

Begitulah kitarannya.

Simpan → capai matlamat → guna untuk perkara produktif → duit yang dijimatkan disimpan semula.

Target 1 Kilogram, Tapi 500 Gram Dah Cukup

Pada tahun 2022, En Bashir ada satu lagi sasaran besar.

Dia nak beli sebidang tanah bernilai sekitar RM300,000.

Berdasarkan harga emas ketika itu, dia anggarkan perlu kumpul sekitar 1 kilogram emas untuk capai sasaran tersebut.

Tapi dia hanya sempat kumpul sekitar 500 gram.

Menariknya, apabila harga emas meningkat, nilai 500 gram yang dikumpulkan itu akhirnya dah hampir dengan jumlah yang diperlukan.

Sasaran asalnya 1 kilogram.

Tapi akhirnya, sekitar 500 gram sahaja dah mencukupi untuk capai matlamat tersebut.

En Bashir kemudiannya berjaya membuat bayaran penuh secara tunai kepada pemilik untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.

Tanah itu dirancang untuk dibangunkan sebagai homestay.

Emas Bukan Matlamat, Tetapi Alat

Apa yang menarik daripada perjalanan En Bashir ialah emas bukan matlamat akhirnya.

Emas cuma alat untuk bina tabungan.

Bila perlukan dana kecemasan, kumpul emas.

Bila nak selesaikan hutang, kumpul emas.

Bila nak beli tanah, kumpul emas.

Bila nak bina rumah sewa, kumpul emas.

Bila nak pasang solar, kumpul emas.

Bila satu matlamat dah selesai, bina tabungan baru untuk matlamat seterusnya.

Inilah kelebihan bila seseorang dah ada sistem menyimpan yang betul.

Kenapa En Bashir Kekal Dengan Public Gold?

Menariknya, En Bashir mengaku bahawa pada awalnya dia kenal Public Gold bukan sebab nak jadi dealer.

Bukan juga sebab nak kaya melalui bisnes.

Dia datang sebab ada masalah kewangan dan nak belajar menyimpan.

Tapi selepas berada dalam Public Gold, ada satu perkara lain yang buat dia terus kekal.

Circle.

Menurut En Bashir, emas boleh dibeli di banyak tempat.

Tapi apa yang buat dia kekal ialah circle yang memberikan ilmu, mentor dan persekitaran yang membantu seseorang jadi lebih baik dalam mengurus kewangan.

Harga emas semata-mata bukan segala-galanya.

Ilmu dan persekitaran yang betul juga memainkan peranan besar.

Pendapatan Ada Had, Tetapi Pendapatan Tambahan Boleh Tingkatkan Simpanan

Pada penghujung perkongsiannya, En Bashir berkongsi satu lagi pandangan.

Kalau seseorang bergaji RM10,000 sebulan, mungkin selepas semua komitmen dia hanya mampu simpan RM3,000.

Ada had berapa banyak yang boleh dipotong daripada perbelanjaan.

Sebab itu, selepas disiplin kewangan dah dibina, salah satu cara untuk tingkatkan kadar simpanan ialah dengan meningkatkan pendapatan.

Bagi En Bashir, salah satu caranya ialah melalui bisnes Public Gold.

Pendapatan tambahan itu boleh digunakan untuk mempercepatkan lagi pembinaan simpanan dan mencapai matlamat kewangan seterusnya.

Perubahan Besar Bermula Dengan RM750 Pertama

Kalau kita tengok perjalanan En Bashir hari ini, mudah untuk nampak hasil akhirnya.

Ada simpanan.

Hutang berjaya diselesaikan.

Ada empat buah rumah sewa yang dibina secara tunai.

Ada sistem solar yang mengurangkan bil elektrik.

Ada tanah yang dibeli secara tunai.

Tapi semua itu tak bermula dengan duit ratusan ribu ringgit.

Ia bermula dengan RM750.

RM750 yang pada mulanya dia sendiri rasa mustahil untuk disimpan.

Dia tak tunggu gaji besar.

Dia tak tunggu hutang selesai.

Dia tak tunggu duit lebih.

Dia paksa simpan dulu, kemudian baru sesuaikan perbelanjaan dengan duit yang tinggal.

Itulah perubahan paling penting.

Kadang-kadang masalah kita bukan sebab pendapatan tak cukup.

Masalahnya, kita belum ada sistem yang memaksa kita menyimpan.

Bila sistem itu dah terbina, kita cuma perlu ulang perkara yang sama untuk capai matlamat yang lebih besar.

Simpan sedikit-sedikit. Simpan secara konsisten. Dan beri masa kepada simpanan itu untuk berkembang.

Daripada RM750 pertama, siapa sangka akhirnya boleh membawa kepada kehidupan kewangan yang jauh berbeza.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}