MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Akar Umbi Kukuh, Pokok Boleh Berdiri Teguh

Pokok Besar
"Kalau akar umbi tak kukuh, mana mungkin pokok boleh berdiri teguh"

(sambungan artikel "Antara Cawangan dan Kawasan")

 

Fustal Pemuda Subang

Semua bersetuju, kami terus ke sana. Oh! Rupa-rupanya ia sebuah “tournament”. Hadiah hamper telah tersedia di atas meja urusetia. Wah! Seronoknya. Saya lebih gemar bermain futsal berbanding badminton, jauh sekali sepak takraw. Inilah peluang “test power” sahabat cawangan. Angan-angannya dulu, nak anjurkan tournament futsal antara cawangan-cawangan. Untuk merapatkan silaturrahim antara cawangan di Subang, khususnya kelompok pemuda.

Yang hadir pagi tadi adalah para remaja, pemuda dan juga ‘petua’. Oleh kerana ramai yang hadir sendirian tanpa membawa tim cawangan, mereka terpaksa dibahagikan kepada kumpulan. Apabila dibahagikan, ia menjadi 6 pasukan semuanya. Kami mahu duduk dalam satu pasukan iaitu pasukan Pemuda Damansara Damai kerana memang kami hadir cukup-cukup satu pasukan.

Cawangan – Akar Umbi Pada Jemaah

“Siapa sasaran kita sebenarnya?”

Azfar (sahabat Cawangan) sekadar bertanya kerana saya salah seorang Exco pemuda Kawasan. Er… saya tak dapat menjawabnya kerana saya adalah Exco sekadar nama.

Maksud beliau, siapa yang mahu kita ‘tangkap’ melalui sukan pagi tadi. Pada beliau, sukan sebegini sepatutnya diwakili oleh wakil-wakil daripada Cawangan. Setiap yang hadir, sepatutnya mewakili mana-mana Cawangan di kawasan Subang. Bukan main tangkap muat saja.

Di akhir program, sepatutnya ia akan mengukuhkan unit-unit kerja Cawangan. Walaupun tewas pagi tadi, ia sedikit sebanyak mengukuhkan silaturrahim sesama pemuda di Cawangan kami. Tewas pada perlawanan, tetapi memang untuk menghantar sebuah pasukan! (Alhamdulillah...)

Manfaatkan Sukan Untuk Dakwah

Melalui sukan inilah sepatutnya lebih ramai pemuda Cawangan yang berjaya dikerahkan berbanding halaqah-halaqah usrah yang mungkin membosankan. Kerana program Usrah sebenar, bukanlah sekadar melahirkan para pendengar ceramah. Tetapi untuk melahirkan para pekerja - amilin. Apabila ada apa-apa aktiviti dakwah yang mahu dilaksanakan, unit-unit kerja inilah yang akan berperanan.

Sukan, aktiviti yang sangat berkesan untuk mengukuhkan silaturrahim sesama ahli usrah. Silaturrahim yang kukuh inilah, membolehkan anggota usrah dapat dikerahkan dengan mudah pada bila-bila masa yang jemaah perlukan. (Insyallah)

Walaupun terdapat kekurangan pada program pagi tadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda Kawasan. Setidak-tidaknya kita telah pun memulakan langkah. Ia lebih baik daripada tak mengambil langkah. Yang kurang, kita perbaiki supaya ianya lebih baik di masa hadapan.

Tahniah untuk Ustaz Nakhori khususnya - selaku Exco Sukan Pemuda Subang…

Zukifli
Damansara Damai
11 Mei 2008, 7.15 malam

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>