Dua Hati, Satu Rasa:
Zawati Razak & Fauzi Ibrahim – 24 Mei 2008.
Alhamdulillah… semalam, kami dapat hadir ke kenduri kahwin sahabat Cinta Alam – Ukhti Zawati dan suaminya Akhi Fauzi. Rancangnya, nak ikuti majlis aqad nikah sekali, tapi memandang anak-anak semuanya demam belaka sebaik sahaja tiba di Kelantan, maka kami hanya mampu ke kenduri sahaja. Itupun dah nak tutup kedai dah rasanya.
Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Zawati (Kota Bharu) dan Fauzi (Yan, Kedah). Kami doakan, moga cinta kalian kekal ke Syurga. Selamat melayari kehidupan berumahtangga dengan berbekalkan taqwa.
Zulkifli & Najdah
25 Mei 2008
Damansara Damai, 6.18 petang
gambar siapa tu…