
“Kekoh Nasi Bersama Zulkifli: 22 Mei 2008 (Khamis), jam 12.45 tengahari di Hotel Raudhah. Pohon respon kehadiran.”- Saifudin
Alhamdulillah… dapat bertemu muka dengan sebahagian sahabat-sahabat Cinta Alam Zon 1 di majlis makan tengahari, 22 Mei. Rupa-rupanya, ada ‘usul tergempar’ yang nak dibincangkan iaitu Hari Mahabbah 2008 (reunion).
Hari Mahabbah 2008
Hari Mahabbah yang lalu diadakan pada 25-26 Disember 2005 di Cameron Highland. Tahun ini, cadangnya nak buat di Selangor. Saya ‘dilantik’ menjadi pengarah program – lagi sekali (“,). Tarikh yang dipilih ialah 25-26 Disember 2008 (Khamis-Jumaat).
Maknanya, sahabat Zon 2 (KL dan Selangor) perlu ambil cuti hari Jumaat kalau nak hadir. Jadi, saya mohon sahabat dapat ruangkan masa (cuti) untuk ke program kali ini. Ambil sehari cuti semata-semata untuk bertemu muka sesama sahabat dari seluruh pelusuk Malaysia untuk 3 TAHUN SEKALI mungkin tidak membebankan.
Antara Kos dan Cuti
Mengikut jangkaan saya, kalau itulah tarikhnya – jatuh hari bekerja, insyaallah kos program kita akan lebih jimat. Dan pastinya yuran dikenakan pun lebih kecil.
Setiap kali program, kita sering konflik antara dua perkara – cuti dan kos. Kalau program jatuh pada hari yang semua orang cuti – Zon 1 & 2, kos tempahan penginapan akan tinggi. Kalau sebaliknya, kita dapat jimatkan kos tetapi perlukan sedikit ‘pengorbanan’ sahabat untuk mengambil cuti. Cuma sehari untuk setiap 3 tahun! (“,)
Kalau Masih Ada Cinta
Apapun situasinya, memang mustahil untuk memastikan semua sahabat dapat dikumpulkan dalam satu masa kerana setiap kita ada kekangan hidup masing-masing.
Mulai sekarang, semua sahabat boleh mula kumpulkan dana, dan kosongkan diari daripada sebarang program pada 25 Disember 2008 nanti. Kalaulah masih ada ‘cinta’ antara kita, saya yakin semua kita dapat bertemu muka pada hari bersejarah nanti. Keluarga Cinta Alam pastinya jauh lebih besar daripada Hari Mahabbah 2005 yang lalu.
Moga kita semua dapat bertemu muka pada 25 Disember ini, insyaallah.. Dan saya yakin, sahabat semua pastinya tak sabar setelah sekian lama tak bertemu muka.
Zulkifli
Pasir Mas, Kelantan
24 Mei 2008

Terima kasih pada Pok Din kerana organise dan sponsor majlis makan tengahari. Moga dilapangkan rezeki oleh Allah.
Bertemu itu menarik!
Tarikh itu pun sesuai jika KOS menjadi persoalan. Tinggal lagi tempat sahaja, SELANGOR ni luas & byk tempat2 menarik. Semoga HAMCA 2008 menjelma Nyata!