Bersalin: Jangan Lupa Sijil Nikah

by on January 15, 2009

“Maaf encik, kami tak boleh daftarkan kelahiran anak encik tanpa sijil nikah?”

“Kenapa tak boleh? Saya nak daftar anak ke-4? Bukan ke rekod JPN boleh cek yang saya dah daftar tiga orang anak sebelum ni? Masa daftar anak kedua saya dulu, pegawai tu kata tak perlu sijil nikah sebab JPN dah ada rekod daftar anak pertama”

“Boleh tu memang boleh cek (dalam sistem). Tapi mulai tahun ni, sijil nikah wajib kena ada (tunjukkan dan beri satu salinan) walaupun daftar anak ke-10 sekalipun!?”

“Ish… kenapa susah sampai macam tu?”

“Memang ini kehendak ISO kami. Encik boleh jumpa pegawai kami kalau nakkan penjelasan”

Antara perbualan saya dengan kakitangan JPN Kota Bharu pagi tadi. Sulit sekali kerana sijil nikah saya tertinggal di KL.

Ke Jabatan Pendaftaran Negara

Agak kecewa pagi tadi. Sejam lebih menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Pasir Mas untuk daftar anak ke-4 kami. Tapi talian tetap off-line.

Tak tahu bila masalah talian akan selesai, saya terus ke JPN Kota Bharu di Wisma Persekutuan. Nak selesaikan urusan pendaftaran secepat mungkin.

Wah, agak sesak JPN di sini. Ruang pejabat pun sangat sempit. Sangat jauh bezanya dengan JPN Pasir Mas – yang luas, lapang dan tak ramai ‘pengunjung’.

Kesulitan disebabkan ISO?!

Sudahlah sesak, saya dikecewakan dengan prosedur yang menyusahkan atas alasan ISO. ISO? Saya juga tahu apa itu ISO kerana hampir setiap tahun saya mengaudit syarikat tentang kepatuhan terhadap ISO!

Berdasarkan penjelasan pegawai JPN itu, saya rasa perlaksana prosedur ISO itu tak benar-benar memahami kehendak ISO. Kerana ISO bukan menyulitkan begitu. Saya cuma mendengar penjelasan, dan terimanya dengan rasa terkilan. Cakap banyak pun tak guna sebab pegawai itu bukanlah penggubal prosedur. Dia cuma ikut saja dengan lurus bendul.

Matlamat ISO – Kecekapan Operasi, Kepuasan Pelanggan

ISO. Matlamat akhir ISO ialah kepuasan pelanggan yang terhasil daripada kecekapan operasi. Semua proses yang tak perlu, perlu diubah atau dibuangkan sama sekali untuk memudahkan pelanggan! Kalau ada 4 daripada 10 langkah dalam proses itu yang tak perlu, atau redundant, ia mesti ubah…

Kalau ikutkan pada matlamat ISO, anak ke-4 saya sepatutnya boleh didaftarkan tanpa sijil nikah kerana rekod JPN telah mengesahkan saya telah berkahwin, dan mempunyai 3 orang anak! Jadi apa perlunya lagi salinan sijil nikah! Sudah tiga salinan sijil nikah saya telah tersimpan di JPN – ketika pendaftaran anak pertama, kedua dan ketiga!

Terkilan di Pagi Hari

Terkilan, sijil nikah saya tertinggal di KL! Dan anak saya tak boleh didaftarkan hari ini. Sedangkan pendaftaran cuma boleh dibuat di Kelantan atau Putrajaya sahaja. Di KL/ Selangor tak boleh sebab kelahiran di Kelantan…

Ikut pada jadual, saya akan balik KL pada 12 Januari, dan entah bila akan balik semula ke Kelantan. Kalau daftar di Putrajaya, maksudnya, bila balik KL, saya mesti ambil satu hari cuti semata-mata untuk urusan pendaftaran. Sedangkan saya tengah bercuti panjang ni! Oh, ruginya bazirkan cuti sebegitu…

Tempoh Pendaftaran: 15, dan 42 Hari!

Kakitangan JPN menasihatkan supaya daftarkan dalam masa 15 hari kelahiran atau dikenakan denda atas kelewatan. Atau setidak-tidaknya, jangan lebih 42 hari kerana lepas tempoh itu, prosedurnya amat sukar sekali. Kena angkat sumpah dsb…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Pasir Mas, Kelantan
4 Januari 2009

(diedit pada 15 Januari 2009)

Untuk makluman, JPN hanya terima sijil nikah (asal dan salinan) sahaja. Kad nikah tak diterima. Dan satu lagi, jangan lupa bawa kad pra-natal (pemeriksaan mengandung) sekali. Peringatan ini penting bagi mereka yang merancang untuk balik bersalin di kampung.

{ 136 comments… read them below or add one }

1 mary hughes May 11, 2014 at 6:40 pm

salam..
tumpang tya..pihak JPN just tgk2 mcm tu je ke sijil akuan nikah yg ori tu?kalau bg yg fotostat x boleh ke?nak yg ori tu na scan ke ape?

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 11, 2014 at 7:05 pm

Wslm.

Dia nak yang fotostat bersama dengan yang original sekali.

Reply

3 Zabidi July 1, 2014 at 4:27 pm

Akibat silap faham tentang sijil dan kad nikah, saya terpaksa balik ke rumah nak carisijil nikah. Di sini saya tertanya-tanya apa gunanya kad nikah pintar yang dikeluarkan kalau tak boleh diguna untuk tujuan sebegini? Sedangkan lesen memandu pun boleh digabung sekali dengan Ic. Mengeluh panjang saya di JPN tadi.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie July 1, 2014 at 5:00 pm

Itulah. Saya pun pernah mengeluh tentang masalah ini. Bila terlalu banyak penipuan, peraturan pun jadi semakin ketat.

Reply

5 iiera shazierra October 26, 2014 at 11:24 am

ada sorang kwn sy terlupa untk buat surat beranak anaknya..skrg usia ank nya dh 2thn lbh,blh buat lg x?tolong ajarkn cara2nya

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 26, 2014 at 12:04 pm

Semestinya boleh. Bawa surat pengesahan doktor tu dan dokument yang diperlukan untuk daftar kelahiran.

Reply

7 nur asyikin December 21, 2014 at 9:26 pm

Salam.nak tnya,dah hampir 1tahun kawin baru sedar belum dapatkan sijil perkahwinan.kerana kekangan masa dan jarak,sampai sekarang belum mendaftar untuk dapatkan sijil dan kad e-nikah.agaknya dikenakan denda tak?tq

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2014 at 11:30 pm

Wslm Puan,

Kena percepatkan. Nanti susah daftar anak kalau tak ada sijil nikah.

Reply

9 Ray January 15, 2015 at 4:50 pm

Saya bakal menghadapi masalah yg sama. Sedang tunggu isteri bersalin di Sabah tp sijil perkahwinan tertinggal di KL.. Kena terbang ambik n bawa balik? Hmmm…

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 7:58 am

Betul. Kalau tak, daftar jer di Putrajaya dan bayar denda lewat pendaftaran.

Reply

11 Amad February 21, 2015 at 6:13 pm

Jikalau bernikah di thailand pula bagaimana? Sebab saya ada kawan yg bernikah di thailand dan isterinya sudah mengandung dan mereka masih belum register surat nikah malaysia tapi ade surat nikah thailand punya. Perlu tnjuk surat nikah malaysia jugak ke?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 21, 2015 at 8:21 pm

Kena register nikah di Malaysia segera, takut bermasalah untuk register anak tu nanti.

Reply

13 shah March 13, 2015 at 1:12 pm

Saya nak tanya.
jika seorang wanita melahirkan anak dan wanita tersebut belom berkahwin. Boleh ke beliau mendaftarkan anaknya di jpn bagi mendapatkan sijil lahir?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2015 at 1:15 pm

Wslm. Boleh En. Shah. Tak ada masalah.

Reply

15 christina May 11, 2015 at 10:06 pm

Saya nak tanya saya berkahwin di belanda kerana suami saya orang belanda dan saya bersalin di malaysia tetapi sijil kahwin saya dan suami tertinggal di belanda sebab emergency balik sabah sebab ayah saya meninggal.. masih boleh ke saya buat surat beranak anak saya.. tanpa sijil kahwin saya dan suami. Sebab 24/5/2015 anak saya da masuk dua bulan.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2015 at 2:09 am

Masih boleh tetapi kena bayar denda kelewatan daftar.

Reply

17 Vince May 17, 2015 at 7:34 pm

Hi
Saya non muslim belum berkahwin tapi Baru saja dapat anak

Adakah saya boleh mendaftar sijil lahir anak saya tanpa sijil nikah

Terima kasih

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie May 17, 2015 at 11:01 pm

Hi Vince,

Setahu saya memang boleh, tak ada masalah.

Reply

19 Vince May 18, 2015 at 12:49 am

Terima kasih

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie May 18, 2015 at 7:19 am

Sama-sama puan.

Reply

21 Era August 1, 2015 at 1:14 pm

Salam. Saya ada kawan yg bernikah di thailand ,tetapi mereka belum mendaftar di malaysia, isteriny sudah bersalin tapii belom mendaftar anak mereka di jpn. Adakahh jpn terima sijil nikah thailand dgn segera?

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2015 at 2:58 pm

Wslm Puan,

Panjang kes tu rasanya. Baik rujuk JPN segera.

Reply

23 Nami October 26, 2015 at 10:04 am

Kalau surt nikah hilang, kna buat surt nikah dahulu ke bru boleh register anak? Sbb baru terperasan yang surat nikah ada dalam bag laptop masa rumah kna pecah hilang brsma surt tu…tapi dlm report polis x myatakan surt nikah skali sbb xigt kandungan dalam bag tu, ke boleh bawak report polis je?nak buat surt baru nk kna balik klntan,isteri beranak kt selangor ni je

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 6:57 am

Betul, kena settle urusan surah nikah tu dulu.

Reply

25 wawa January 7, 2016 at 1:32 am

Salam…sye ada seorg kawan ni..satu hari tu suami dia terlepas ckp “cerai”…lpastu dia pergi ke mahkamah dan dah hadiri perbicaraan dan jatuh cerai…tpi diorg tetap hidup mcm suami isteri…sijil nikah dua2 pihak pon ada di tgn…persoalannya..jika dia nk daftar surat beranak anak nanti..jpn boleh detect ke yg diorg ni dah cerai??dan lgi 1 nk daftar surat beranak anak kne bgi sijil nikah ori kita ke..lepas tu nnti kalau dah beranak kedua n ketiga pulak mcm mana kita nk bgi sijil beranak lagi klau jpn dah ambil yg ori??atau jpn nk buat rujukan sahaja kemudian serah kpada kita semula??terima kasih..

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie January 13, 2016 at 6:26 am

Wslm puan.

1. Tak pasti boleh detect atau tak.

2. Sijil original kena bawa dan tunjukkan.

Reply

27 Zakiah September 24, 2016 at 10:23 pm

Salam nk tya.saya nk ambil anak agkat.baby tu akan lahir di tailand bln 11 ni.ibu kpda baby ni isteri muda.isteri prtama tk nk saing brg dftr nikah mlysia…jadi tk ada surt nikah lh.jadi boleh ke baby tu bt srt brnak ya?

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2016 at 1:05 am

Setahu saya, isteri pertama tak setuju pun boleh daftar nikah juga. Selesaikan daftar nikah segera.

Reply

29 syer January 14, 2016 at 9:30 am

salam.. nak tanya.. wajib ke ayah knak2 ada skali waktu pendaftaran??

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2016 at 6:26 pm

Wslm puan.

Tak wajib. Yang wajibnya bawa ic kedua-dua ayah dan ibu. Boleh semak kalau-kalau ada syarat terkini di website Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

31 Shafi January 17, 2016 at 2:56 am

Salam,sy berkahwin dan suami warganegara saudi. Kami bernikah di indonesia pd 2014 dan hanya ade surat nikah dari indonesia. Kini sy hamil 3 bulan dan merancang bersalin di malaysia. Kini sy menetap di saudi. Boleh ke saya mendaftar perkahwinan saya di malaysia sebelum saya bersalin bulan 8 ni bg memudahkan proses pendaftaran anak di JPN?

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2016 at 7:23 am

Wslm puan,

Saya tak pasti pasal prosedurnya. Tapi lebih baik daftarkan segera supaya mudah nak daftar anak nanti.

Reply

33 nelly January 17, 2016 at 12:13 pm

salam..nak tanya..skg umur anak dah masuk tadika tapi belum ada surat beranak.ayah anak tu dah lama meningal dan x sempat buat surat beranak sbb2 ada masalah..tapi kami belum kawin just kawin kampung..agak2 boleh buat x surat beranak dan berape dendanya?t

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2016 at 2:56 pm

Wslm Pn. Nelly,

Saya rasa boleh je daftar. Tapi lebih baik puan semak terus dengan Jabatan Pendaftaran. Bincang dengan mereka.

Reply

35 NAJIB February 8, 2016 at 8:24 pm

Salam
Ayah saye bercerai ketika saya berumur bawah setahun dan lost contact sehingga kini dan ibu saya pula telah meninggal 5 tahun yg lepas .Jikalau salinan sijil nikah berada di JPN , bagaimana cara untuk mendapatkannya ?

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2016 at 7:03 am

Wslm En. Najib,

Cuba contact JPN terus. Minta bantuan mereka.

Reply

37 Ahmad March 19, 2016 at 2:14 am

As salam.. Nak tanya.. Sy pnduduk tetap/ ic merah. Sy kawin di indonesia pd tahun 2007. Jabatan muis hanya dpt keluarkan pengesahan berwarna.. Dan perkahwinan sy tdk dpt d daftarkan kerana sy bukan warganegara.. Ada tak cara supaya perkahwinan kami dapat di daftarkan di malaysia? Terima kasih..

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie March 20, 2016 at 8:30 pm

Wslm En. Ahmad,

Saya tak pasti.

Kena rujuk terus di Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

39 Era April 2, 2016 at 4:46 pm

Salam..encik? Nk tnya..sy dah lama bernikah masa waktu tu sy masih bersekolah, arwah ayah sy berpesan jika dah tamatkan belajar bleh duduk sekali dgn pasangan..masa tu sy budak2 sy xtau apa2 just ikt kata arwah ayah..pasangan sy ni die uruskan hal2 nikah termasuk jurunikah sekali..hal2 dokumen surat apa semua ats jurunikah satu pun die xde simpan..lepas sy tamat belajar umo sy 22 sy cari jurunikah tu utk urusan daftar nikah sbb dulu masa nikah sy masih bwh umo..hasil carian sy x jumpa smpai skrg (utk pengetahuan encik pasangan sy ni masa nikah dia dah punya isteri)..kami dah tinggal bersama sbb buka perniagaan sendri..then skrg sy Hamil dah 6 bulan..pihak klnik asyik tnya sy sjil nikah..pengesahan dr isteri pertama pun perlu utk sy dptkn sjil nikah kn..pasangan sy dah rujuk dgn pejabat agama n akan ambil masa sikit utk semak semua benda.. Jd skrg sy buntu dan risau sbb pihak klinik nk isytihar sy sbg x nikah dlm buku ngandung jika x de sjil nikah.. Apa akan jd bile sy nk daftar kelahiran ank kelak jika diisytihar begitu??

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2016 at 7:07 am

Wslm Pn. Era,

Saya syorkan berbincang dengan pejabat agama bagaimana nak selesaikan kes tu. Minta cadangan mereka. Mesti ada jalan penyelesaian untuk dapatkan sijil nikah tu.

Reply

41 arsat May 12, 2016 at 11:09 pm

Assalamulaikum… saya nak tanya saya rakyat Malaysia istri saya orang Indonesia. kenapa susah nak buat Surat beranak untuk anak saya sendiri. anak pertama. sudah saya lengkap kan semua surat2 yang di perlukan tetapi masi gagal lagi…saya sangat2 kecewa dengan system sekarang ne…saya minta tolong apa macam cara2 untuk dapat kan Surat beranak untuk anak saya…sudah 4 Kali saya urus tapi gagal…

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie May 13, 2016 at 1:31 am

Wslm En. Arsat,

Kena bincang dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan fahamkan apa prosedur / dokumen yang diperlukan. Sediakan sahaja segala dokumen yang mereka perlukan, insyaAllah ianya mudah tak kisah isteri tu warga negara mana sekalipun.

Reply

43 redella May 31, 2016 at 12:12 am

Salam..saya warga negara indonesia suami saya warga malaysia saya mahu buat surat beranak… tetapi anak saya usia 6 bulan masih dapat kah buat surat beranak…saya ada surat nikah di indonesia saja… apakah msih dpat???

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie May 31, 2016 at 6:31 pm

Wslm puan.

Saya rasa tak ada masalah.

Pergi berbincang dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara. call pun boleh.

Reply

45 Rohaya September 10, 2016 at 3:58 am

Saya berasa amat kecewa krn telah tiga kali ayah saya cuba mendaftar nams ank di JPN Perlis. I/Casal suami tiada bersama kerana kami dalam proses penceraian dan kami tidak tinggal.sebumbung lg. JPN tetap nakkn I/C asal suami jg. Ttp suami berkeras nakkn semua dokumen utk dia daftar di JPN penang. Nama anak tidak berbin dan tiada i/c bapa.saya bkn lahir anak luar nikah. Saya amat kecewa kerana pihak JPN x memahami masalah saya. Mohon penjelasan sewajarnya.

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2016 at 6:59 am

Kena berbincang dengan suami macam mana pun puan. Saya pun tak tahu apa jalan lain untuk penyelesaian.

Reply

47 Anis November 21, 2020 at 11:00 am

Assalamualaikum tuan.maaf Saya mencelah dengan beberapa soalan berkenaan ingin lakukan surat beranak anak,tetapi suami kehilangan ic .suami seorang penjawat awam (army).memandangkan suasa sekrang covid.proses untuk mendapatkan ic sementara atau original kembali,amatlah mengambil masa yang panjang shingga terlihat melebihi jangka masa yang ditetapkan jpn 42hri. So apakah yang harus kami lakukan,. Sblum itu,segala document seperti surat nikah dan sbgainya semua nya complate.just ic suami yang original atau sementara itu belum siap dri jabatan arah tentera.harap tuan boleh berikan pencerahan

Reply

48 Sabrina September 18, 2016 at 2:20 am

Hi En. Zulkifli, saya sudah lebih 2 tahun berpisah dengan suami tetapi urusan perceraian belum selesai.
Bagaimanakah cara sy utk mendaftarkan anak di JPN jika sy tengah mengandungkan anak luar nikah (bukan anak suami saya) yang akan lahir awal tahun depan (di mana urusan perceraian belum selesai pada masa kelahiran bayi)?

Terima kasih.

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie September 18, 2016 at 8:49 am

Hi Pn. Sabrina,

Boleh daftarkan sahaja di JPN, cuma anak tu tidak didaftarkan nama bapa.

Reply

50 Ayda September 22, 2016 at 3:09 am

Assalamualaikum..saya hendak bertanya..kawan saya nie mengandung anak luar nikah dan skrg kandungannya mungkin 8 bulan..tetapi dia tidak buat pemeriksaan dimana2 klinik kerana bimbang diketahui oleh keluarga..bagaimana dia hendak mendaftar kan ank nya kelak jika kad merah dan sijil nikah tak da?boleh ke dftr?sebb dia tak nak keluarga dia tahu..

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2016 at 10:29 am

Wslm Pn. Ayda,

Mesti buat check-up. Takut nanti susah nak daftar.

Isu keluarga tu isu lain. Daftar pulak isu lain. Kebajikan anak yang lahir tu nanti penting.

Reply

52 madi rahim October 19, 2016 at 4:14 pm

Assalamualaikum, ingin bertanya kalau sy ingin daftarkan anak gunakan sijil perakuan nikah sementara yang mula-mula kita dapat masa lepas nikah tu boleh ke?

Reply

53 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2016 at 12:26 am

Wslm En. Madi,

Saya tak pasti. Kena cek dengan Jabatan Pendaftaran.

Reply

54 fatihah comey November 19, 2016 at 10:50 pm

Saya berkahwin dekat thailand ..suami org thailand..sy beranak di thailand..saya nk buat surat beranak ank sy bleh ke..sy org malaysia..ank sy dh 9 bulan….bagaimana cara nk buat surat beranak ank sy…n sy blom daftar di malaysia lg..

Reply

55 Mohd Zulkifli Shafie November 21, 2016 at 1:01 pm

Salam Pn. Fatihah,

Saya tak pasti.

Rasanya tak boleh. Untuk confirm, puan contact terus Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

56 muni December 31, 2016 at 8:04 pm

saya seorg warganegara malaysia..suami saya warga india…kami telah daftar perkhawinan di Indiatetapi belum daftar di malaysia kerana suami saya belum dapat passport.sekarang saya mengandung,boleh kah daftar kelahiran anak di JPN hanya dengan sijil khawin dari India.

Reply

57 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2017 at 4:47 pm

Wslm Pn. Muni,

Saya tak pasti. Lebih baik puan terus call JPN untuk confirm.

Reply

58 fizal January 11, 2017 at 8:47 pm

Saya nk tnya,sa da kawin tp kawin kg nikah kg xda surat nikah skg ank ada 2 yg mcm mana nk daftar surat lahir anak?

Reply

59 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2017 at 7:36 am

Saya syorkan buat surat nikah dulu. Lepas tu baru pergi daftar kelahiran anak. Puan boleh berbincang terus dengan Jabatan Pendafaran Negara.

Reply

60 asminda January 14, 2017 at 4:22 pm

assalammualaikum , saya nak tanya saya memegang surat kelahiran tapi bukan warganegara , sy berumur 18 tahun , sy dh berkahwin tetapi kwin secara nikah siri sahaja , skrg sy telah disah kan mngndung ? mcm mana sy nk urus kan surat nikah untuk mndftar kan ank sy nanti ye ? adakah sy kene balik ke negri ibu atau pun boleh daftar disni sahaja ? harap pertolongan jawapan trima kasih

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:46 am

Wslm Pn. Asminda,

Kalau nak daftar anak di Malaysia dan berbinkan bapa dia, memang kena selesaikan surat nikah dulu. Kalau tak, anak tu boleh didaftarkan, tapi dianggap tidak berbapa. Dari sudut undang-undang, dia bukan anak kepada bapanya yang sebenar.

Wallahu a´lam.

Reply

62 asminda January 14, 2017 at 4:23 pm

suami saya warganegara , mememgang ic

Reply

63 Lina January 24, 2017 at 2:47 pm

Assalamulaikum, sy nak tanya , kwn sy mgdung 5bln anak luar nikah , belum berkhwin . Boleh ka kwn sy tu daftar di klinik ibu dan anak kerajaan .

Reply

64 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2017 at 7:51 am

Wslm Pn. Lina,

Setahu saya, tak ada masalah. Yang penting jaga kesihatan dia dan anak kandungan dia dengan baik.

Reply

65 nisma January 26, 2017 at 10:58 pm

say tanya. say sdh nikah thn2012 tapi surat nikah saya 2016.. tapi anak say lahir 2014. mcm nak urus surat baranak nya ada jalannya tak..
tq

Reply

66 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2017 at 7:52 am

Puan kena rujuk terus Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

67 nina February 5, 2017 at 2:05 pm

Sy nak tnya..sy nak daftar ank yg berusia 2 bln utk dapatkan sijil lahir. tp sy x sijil nikah . Blh ke sy dapatkan sijil lahir tu Nanti..Bapa kpd anak sy Ni mahu nama dia utk di Bin kan kpd ank tu..

Reply

68 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2017 at 5:11 am

Salam Pn. Nina,

Kena rujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Reply

69 syafidah February 7, 2017 at 1:04 pm

Assalamualaikum..mohon pertanyaan..
Saya sudah kawin..tapi kawin kg sahaja..kawin di muis tiada..jadi macam mana saya perlukan surat nikah..saya nak daftar surat beranak anak saya yg da berusia 2 bulan..

Reply

70 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2017 at 5:07 am

Wslm Pn. Syafidah,

Kena rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

71 Zawawi February 13, 2017 at 3:22 pm

Assalamualaikum tuan. Nak tanya, kalau belom nikah boleh x bawak tunang utk daftar masuk Hospital kerajaan. Dan kalau kes serius kena operation mintak x surat nikah utk Proced operation tu. Tq

Reply

72 Mohd Zulkifli Shafie February 15, 2017 at 9:21 am

Wslm En. Zawawi.

Untuk masuk hospital tak ada masalah. Nak daftar kelahiran pun tak ada masalah, cuma tak boleh masukkan nama suami. Anak tu nanti dianggap tak ada bapa.

Reply

73 Siti nurasmira March 16, 2017 at 5:33 pm

Assalammualaikum tumpang tanya. Agak sedikit sulit masalah saya. Saya telahpun mengandung anak luar nikah . Dan sekarang 33 minggu . Nanti masa untuk bersalin bolehkah bersalin di hospital kerajaan (hospital sultanah aminah johor) tanpa apa2 dokumen ? Atau mungkin prosedur pun akan dikenakan denda mungkin?

Reply

74 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2017 at 6:26 pm

Wslm Pn. Siti Nurasmira,

Setahu saya, nak bersalin dan daftar kelahiran tak ada masalah. Cuma masa daftar nanti, anak tu dikira tak ada bapa.

Saya rasa tak ada apa-apa denda.

Saya doakan Allah permudahkan urusan puan dan diberi kesihatan kepada puan dan bayi yang bakal lahir nanti, insyaAllah.

Reply

75 Magen March 16, 2017 at 8:37 pm

Hello En.Zul..Saya nk tanye ade kawan lelaki I baru kahwin tahun lepas…n isteri dia memgandung nw…Tapi dia xde sijil kahwin sebab isteri dia takde I.c..Bolehke dia daftar sijil lahir untuk anak dia?

Reply

76 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2017 at 6:23 pm

Hi En. Magen,

Nak daftar kelahiran tu syaratnya mesti ada ic. Dia kena selesaikan ic dulu.

Reply

77 DON RANNO April 15, 2017 at 4:37 pm

Hello nak Tanya Ni..Klu kite blm khwin tp baby dah kluar..Blh ke nak dftar sijil kelahirannya..

Reply

78 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2017 at 6:38 pm

Boleh daftar, tak ada masalah.

Cuma anak tu didaftarkan tanpa nama bapa.

Reply

79 Maria April 24, 2017 at 11:56 pm

Assalamualaikum. Saya maria. Saya nak tanya encik.. pada waktu dulu, sekitar tahun 1990 macam tu.. untuk pendaftaran surat beranak, adakah sijil nikah diperlukan pada waktu tu? Seperti waktu sekarang.. sijil nikah diperlukan semasa pendaftaran surat beranak melainkan jika anak itu anak luar nikah.

Reply

80 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2017 at 5:17 am

Wslm Puan Maria,

Saya tak pasti requirement dulu. Kena tanya ibubapa yang ada anak pada tahun 1990. Tahun 1990 tu saya masih bersekolah rendah.

Reply

81 chasy April 25, 2017 at 1:31 am

salam klo time check nk thu hamil je x kt hospital or check hamil kne Surat nikah juga ke ?

Reply

82 Mohd Zulkifli Shafie April 25, 2017 at 1:50 pm

Wslm Pn. Chasy,

Cek kehamilan tak perlu surat nikah.

Reply

83 Aisyah June 5, 2017 at 4:02 am

Salam..encik sya nak tnya..sya skg dlm pntang,ank sya di lahir kan 17.5.17..hritu sya da daftar srat brank ntok ank,smua kperluan yg dia nak sya da buat smua,just dia nak ic suami,suami sya outstation..sya xde fotostat ic suami,,sya da gtau suami psal niy,tpi suami xdpt nk balik..suami kena smbung lgi kje..so sya nk dpt kn sijil klhiran ank sya,sbb sya nk balik braya di kg sya kt melaka..boleh bgi pndpat mcm mna..

Reply

84 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2017 at 5:15 am

Wslm Pn. Aisyah,

Puan terus call Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan minta pendapat mereka.

Reply

85 romeo June 29, 2017 at 2:05 am

macam mana cara nk buat sijil lakhir beby .tanpa sijil khwin?

Reply

86 Mohd Zulkifli Shafie June 30, 2017 at 5:09 pm

Rujuk terus Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

87 Red July 6, 2017 at 3:19 pm

Assalamualaikum tuan , sy ingin brtanya ttg pndaftaran ank yg bkl dilahirkn .
Sy Dan suami menikah ketika kndungan berusia 18w .
Jd apakah dokumen yg perlu dbawa ktika pndaftaran Dan adakah boleh dibinkan kepada suami ?

Reply

88 Mohd Zulkifli Shafie July 7, 2017 at 10:45 am

Wslm puan.

Saya tak pasti. Puan kena rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

89 Nell July 19, 2017 at 7:55 am

Salam…
Saya nak tanya..kalau ibu pemegang pass imm13 dan suami masih lg pemegang sijil lahir,ada masalah tak nak buat sijil lahir anak di Jpn???

Reply

90 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2017 at 8:07 am

Wslm.

Saya tak pasti.

Puan terus contact JPN untuk confirm.

Reply

91 nurul October 11, 2017 at 12:53 pm

Assalamualaikum..
Saya nak tanya, kalau mengandung tapi belum nikah .. Boleh ke daftar kelahiran baby nanti?? Dan boleh ke bersalin di hospital kerajaan???
Terima kasih.

Reply

92 Mohd Zulkifli Shafie October 11, 2017 at 1:36 pm

Wslm.

Boleh bersalin di hospital kerajaan, dan boleh daftar kelahiran baby. Cuma dalam surat kelahiran nanti, bahagian bapa tu dikira “tiada”.

Reply

93 Pn.a October 13, 2017 at 3:24 am

Assalam, nak tanya. kalau beranak di rumah tanpa bidan atau dokter macam mana nak mintak surat pengesahan kelahiran? ibu ada buku merah tapi disebabkan lahir di rumah, tiada apa2 rekod lahir di hospital dan tiada surat discaj hospital, hanya pemeriksaan bulanan sahaja itupun ibu tidak habis pergi check up sebelum terberanak di rumah. macam mana nak daftar sijil kelahiran di JPN kalau hospital tiada surat pegesahan kelahiran tersebut?

Reply

94 Mohd Zulkifli Shafie October 13, 2017 at 8:20 am

Wslm Pn. A.

Saya tak pasti.

Lebih baik puan terus call JPN untuk pengesahan prosedur.

Reply

95 Pn.f October 16, 2017 at 5:47 am

Assalammaualaikum..pn.a..tak masalah pun nak daftar nikah…mula2 puan kene buat report polis dkt area kawasan berhampiran puan beranak kedua dan nyatakan details…semua..kedua pergi jpn dan ambik borang akuan sumpah…pergi buat akuan sumpah utk dihantar ke jpn…dan siap semuanya pergi kene jpn bawa semua tu sekali

Reply

96 nur October 13, 2017 at 3:00 pm

Asslam,nk tanya.sy ada kwn org msia dan berkhawin org indonesia..tp mereka hanya ada surat nikah gereja dan sijil nikah JPN tiada.sekarang kawan sy dah mengandung dan nk bersalin di m’sia.sepanjang dia dlm tempoh mengandung tak pernah buat pemeriksaan klinik dan buku merah.bolehkah kawan saya daftarkn kelahiran anaknya d JPN???

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie October 14, 2017 at 5:43 am

Wslm Pn. Nur,

Saya tak pasti.

Kalau tak daftar nikah di Malaysia, masa daftar nanti anak dia dianggap tiada bapa.

Kalau tak ada bukti pemeriksaan klinik, rasa risau bermasalah untuk daftar di Malaysia. Lebih baik rujuk kes ni kepada JPN segera sebelum dia bersalin.

Reply

98 muhamad saiful October 24, 2017 at 6:40 pm

assalamualaikum tuan , saya nak bertanya , saya sekarang sudah berumur 19 , bapa saya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas , dan mak saya masih ada lagi , tetapi mak dan bapa saya tiada sijil nikah , mak saya orang indonesia , bapa saya orang malaysia , tuan boleh ke kalau saya nak memohon ke jpn untuk mendapat kan surat beranak dan ic untuk saya , kerana saya cuma ada surat lahir di hospital (HKL) sahaja , tolong tuan beri kan saya sebarang penjelasan supaya saya boleh hidup dan ada masa depan seperti orang lain juga , sekian terima kasih ,

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2017 at 9:56 pm

Wslm En. Saiful,

Saya cadangkan terus ke JPN, minta bantuan mereka. Nanti mereka akan tunjukkan caranya. Kalua ada surat lahir, saya rasa tak ada masalah untuk dapatkan ic. InsyaAllah.

Reply

100 al amin January 11, 2018 at 11:18 pm

masalah saya isteri bersalin di hospital…. tetapi sy tiada di malaysia… berkerja di luar negara…. masa pendaftaran di jpn…. mereka telah taip maklumat tidak diperolehi di ruang bapa…. sbb isteri tiada apa2 dokumen masa itu….. sbb isteri asal sabah nikah di sabah… tinggal semua sijil dia sabah…. dan tiada ic saya time daftar…. isteri keluar dari hospital diurus bapa mertua saya…. bagaimana nak masukkan maklumat saya…. adakah cara… sbb sudah 4 tahun baru perasaan…. sbb baru isteri tunjuk pada saya….. nama anak pun salah…. kalau ikut muhammd razak bin muhammad nik al amin….. tetapi dia org silap taip letak nama muhammad razak al amin bin abdullah…. apakah cara penyelesian ini…. sy masih buntu….anak bukan luar nikah…. sy nikah 01 januari 2012 manakala anak lahir 19 april 2013…..sijil nikah masih ada…. bagaimana cara sy nak buat semua urusan ini…. nak letak bin nama saya dan memasukkan maklumat bapa yg tertulis sekarang maklumat tidak diperolehi…. time kasih

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2018 at 5:45 pm

Lebih baik tuan pergi terus ke JPN, bincang dengan mereka. Minta cadangan dari mereka terus.

Reply

102 Ratna March 1, 2018 at 3:24 pm

Salam..masalah sy bkenaan sijil nikah sy didapati palsu..kami bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama suami sy di kedah..mungkin kami ditipu sindiket..utk daftar seperti biasa kami tak berani..takut diketahui oleh isteri pertama suami..kami buntu..sy mengandung anak kami..dan risau akan jadi masalah pdaftaran anak di jpn..advice plz..

Reply

103 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2018 at 7:05 am

Wslm Pn. Ratna,

Saya rasa tak ada jalan lain, kena jumpa dengan jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lagi lewat daftar, lagi bermasalah.

Reply

104 afiq March 7, 2018 at 2:03 pm

assalamualaikum, sy ada pertanyaan, kawan sy sudah 16 tahun tiada dokumen seperti sijil kelahiran,ibu org indonesia dan ayah org malaysia ,tp saat dlm kandungan ayah telah lari sampai skrg tidak dpt dikesan , jadi urusan untuk pendaftaran sijil kelahiran tidak dapat dibuat sehingga kini,surat nikah pun tidak dapat dikesan saat ayah melarikan diri, kawan sy lahir disini ,di HKL . sudah 16 tahun dia hidup tanpa apa apa dokumen, nak belajar tak boleh dan mcm mana nnti nak kahwin. so ade tak cara lain untuk mendapatkan sijil kelahiran? ape proses dia kalau ada tuan. yg ada cuma surat bukti lahir di hkl sahaja. dia sekeluarga pun dah buntu apa lgi perlu dibuat untuk mendapatkan dokumen diri. harap tuan boleh bantu .terima kasih

Reply

105 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2018 at 9:22 pm

Wslm En. Afiq,

Rujuk terus dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Reply

106 mimiey March 13, 2018 at 8:11 pm

Assalamualaikum. Tumpang tanya. Saya baru lepas lahirkan anak bongsu saya, boleh ker daftar sijil kelahiran anak tanpa ic asal dan sijil kahwin asal? Oleh sebab saya dan suami ingin bercerai. Sijil kahwin asal pada dia. Saya dah minta dia datang kerumah tapi dia enggan katanya anak yg saya lahirkan nie bukan anak dia.

Reply

107 Mohd Zulkifli Shafie March 15, 2018 at 7:28 am

Wslm Pn Mimiey,

Rasanya tak boleh. Apa2 puan terus rujuk Jabatan Pendaftaran Negara segera.

Reply

108 yann March 15, 2018 at 2:53 pm

Assalammulaikum..adakah sistem jpn da menyimpan maklumat peribadi ibu..contohlh si ibu telah melahirkan anak luar nikah nazubillah..dan telah mbuat sijil lahir tuk anak tersebut kemudian si ibu melahir kembali anak seterusnya( telah berkahwin)..adakah masih perlu membawa dokumen lain termasuk sijil nikah..atau automatik sistem/jpn akan mebuat sijil lahir anak yang dilahirkan itu sebagai anak pertama atau kedua?..tq

Reply

109 Mohd Zulkifli Shafie March 18, 2018 at 5:52 am

Wslm Pn. Yann,

Saya rasa JPN memang simpan semua maklumat yang telah kita daftarkan sebelum ini. Apa-apa, terus bincang dengan JPN. JPN memang akan daftarkan semua samada anak luar nikah atau anak sah taraf.

Reply

110 zainon kasim March 21, 2018 at 4:45 pm

sijil nikah saya dan kad nikah saya salah tahun lahir
patut 1973 tp tulis situ 1978
saya dah kahwin 13 tahun anak dah 3
perasan sebab brm tahun ni tak lulus fasal alasan perlu pengesahan perkahwinan
boleh bantu tak

Reply

111 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2018 at 9:34 am

Pn. Zainon terus contact Jabatan Pendaftaran Negara.

Reply

112 Nik March 29, 2018 at 12:53 pm

Aslm. Betul ke kalau budak yg lahir tk cukup bulan(5bulan lebih)pd ic dia nnti tiada nama bapa. Sy ad bca tntg anak tidak sah taraf lahir tk cukup bulan tidak bleh berbin/bintikan nama bapa. Walaupun ank tu adlh ank hasil lepas prkhwinan(bukan ank luar nikah)

Reply

113 Mohd Zulkifli Shafie April 1, 2018 at 6:16 pm

Wslm En. Nik,

Saya tak pasti pasal tu. Kena rujuk pada JPN.

Reply

114 Den May 13, 2018 at 7:26 am

Xde masalah tu..buat je sijil nikah kt pej agama berdekatan..

Reply

115 Johnny May 15, 2018 at 10:40 pm

Nak tanya..isteri saya akan melahirkan
Anak ke 3 kami..anak 1 dan 2 sudah didaftarkan dan ada mykid.
Sekarang ni surat kahwin saya asal agak lusuh/koyak tapi dah tape kan masih boleh dibaca lagi sebab kena banjir masa di kampung..boleh pakai lagi ke utk daftar anak ke3 saya ni??

Reply

116 Mohd Zulkifli Shafie May 20, 2018 at 11:17 pm

Saya rasa boleh je. Bawa je surat beranak tu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Reply

117 Miza August 5, 2018 at 3:31 am

Salam
Sy miza sy org indonesia nikah dg wrg ngr malaysia.
Kami dh cerai tp tetap satu rumah dn kmi punya anak kami daftar k jpn tp xde bin kn ayahnya
Mcm mn nk binkan ayahnya?

Reply

118 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2018 at 1:36 pm

Wslm Pn. Miza,

Saya cadangkan bawa terus berbincang dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Reply

119 Margarette August 17, 2018 at 3:26 am

Klu sya nak daftar kelahiran Anak luar perkahwinan bolehke! (Bukan Islam)

Reply

120 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2018 at 12:43 pm

Boleh. Apa-apa rujuk terus Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Reply

121 natasyah September 12, 2018 at 7:30 am

assalam encik , sy nk tnya .. sy skrng tngh mengandung 9 bulan anak luar nikah .. tapi xprna buat check up kt mna2 hospital kerajaan@swasta .. agak2 nnti bila dh bersalin kt klinik swasta mcm mna nk daftar sijil kelahiran tnpa buku kehamilan ???

Reply

122 Mohd Zulkifli Shafie September 12, 2018 at 9:59 pm

Wslm Pn. Natasyah.

Kena pergi buat check up sebelum bersalin supaya mudah daftarkan anak bila lahir nanti. Buat check up segera walaupun anak luar nikah.

Reply

123 Ain September 16, 2018 at 1:18 am

Dh siap daftar sijil lahir ank .. tapi di sbb kan xbawak passport ayahnye berikutan ayahnye berada di luar negara sewaktu daftar sijil lahir ank .. mmg ank berbin kan ayah .. tapi maklumat ayah yg lain sperti umur dan lain2 di cetak sebagai maklumat tidak diperolehi ..

Reply

124 vanitalecumi kannan October 2, 2018 at 5:09 pm

salam sejahtera. minta tumpang tanya, saya ibu mengandung yang bakal melahirkan anak bulan november. saya dan suami saya kahwin daftar secara sah di sisi undang undang namun kini kami hidup berpisah akibat perselisihan faham. saya khuatir masa saya mengambil surat beranak untuk anak saya suami saya tidak mahu ikut sama dan saya akan menhadapi masalah ambil sijil lahir. saya bersedia untuk buat ujian DNA jika perlu. boleh bagitahu saya cara untuk mengatasi masalah ini. lagipun kami berkhawin tahun lepas 27/09/2017 dan belum sampai setahun suami saya tuntut cerai dari saya.

Reply

125 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2018 at 1:16 pm

Salam puan,

Saya syorkan puan refer terus dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Reply

126 sarah October 14, 2018 at 11:01 pm

salam, nk tanya saya sekarang mengandung anak luar nikah, tapi saya ada buat check up di klinik swasta, susah kah saya ingin membuat surat beranak anak saya nanti kalau sudah lepas bersalin kelak?

terima kasih.

Reply

127 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2018 at 11:04 am

Wslm Pn Sarah,

Setahu saya tak ada masalah.

Reply

128 Jecky March 27, 2019 at 1:08 pm

Hai…tumpang tanya…macam mana na keluarkan isteri dalam hospital sebap isteri sy baru siap bersalin tapi sy tak ada surat nika lgi…sedangkan dokter tu cakap klu nak keluarkan isteri and bby dekat hospital kena ada surat nika..tpi sy masi belum ada surat nika..apa perlu sy buat..

Reply

129 Najdah Mohammed Hussain April 7, 2019 at 2:53 pm

En. Jecky boleh berunding dengan pihak hospital. InsyaAllah mereka boleh bantu.

Reply

130 Fiza August 20, 2020 at 7:58 pm

Salam.. Encik sy nk tnye.. Sy brkhwin dgn org bgldesh skrg sy sdah bercrai dn dia pun sdah blik ngra asal. Mse tu sy mngdung.. Pihak mhkmah sdah ambik sijil nikah.. Skrg ade surat cerai sje.. Jdi blh ke nk dftarkn ank tnpa sjil nikah and pasport ex- suami?

Reply

131 Mohamad Hafiz Shafie December 19, 2020 at 11:20 am

Wslm Cikpuan Fiza,

Saya tak berapa arif tentang ini. Better rujuk JPN terus.

Reply

132 Lissa November 11, 2020 at 9:58 pm

Asalam sy nk tya,kalau dlm surat beranak ank binti bapa ade, maklumat bapa hnya ade nama dia sahaja akan dtg blh sekolahkn anak atau tidak? Sbb sy brjauhan slame 2tahun lebih.

Reply

133 lihinafandors@gmail.com December 12, 2020 at 9:46 pm

Nak tanya saya berumur 16 sekarang dan saya menikah berumur 14 saya berkahwin sirih bersama ustaz dan keluarga di masjid dan saya sekarang mengandung 4bulan saya dah buat check up kat klinik adakah saya bisa mendapatkan sijil lahir Karna saya surat beranak dan suami saya kosong dan kami tidak ada sijil nikah apakah yang harus saya buat

Reply

134 Mohamad Hafiz Shafie December 19, 2020 at 10:56 am

Cuba rujuk di JPN

Reply

135 Mohd Zulkifli Shafie March 27, 2017 at 8:59 am

Betul.

Reply

136 Che Khairul Ikhwan December 5, 2020 at 1:40 pm

Assalamualaikum WBT, saya nak tanye,

Bolehkah suami mendaftar anak dari isteri kedua menggunakan sijil perkahwinan dengan isteri pertama kerana isteri kedua tersebut tidak mempunyai sijil nikah dari Malaysia kerana berkahwin di siam ?

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: