MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh

November 15, 2009

Ada rakan sepejabat tanya pasal had umur aqiqah semalam. Apa yang saya tahu, ia sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran anak. Tentang had umur tu, saya tak pasti. Jadi, tadi saya call Ustaz Azhar, EZ Qurban Sdn. Bhd. untuk dapatkan kepastian. Mungkin dia lebih 'pakar' bab fiqh aqiqah sebab bisnes dia ialah aqiqah dan qurban. Dan beliau pernah datang bagi kuliah tentang aqidah dan qurban di pejabat kami.

Jawapan Ustaz; hukumnya "sunat muakkad" untuk anak selagi dia belum baligh. Dan hukumnya "harus" bila anak dah baligh. Katakanlah ibubapa kita tak pernah aqiqahkan untuk kita, kita boleh buat untuk diri kita sendiri. Dan soal jawab pasal aqiqah (dan qurban) dah ada di bahagian FAQ website EZ Qurban tersebut.

Mudahnya Aqiqah Dengan EZ Qurban

Waktu kelahiran Fathi (anak ke-4 kami) hari tu, kami buat aqiqah dengan EZ Qurban. Alhamdulillah... mudah. Kami buat tepat-tepat hari ke tujuh. Kami bank-in duit hari ke-3 kelahiran Fathi, dan kemudian saya menelefon Ustaz Azhar supaya aqiqah dilaksanakan hari ke-7.

Lepas tu, EZ Qurban poskan resit, sijil perlaksanaan aqiqah dan siap bagi foto kambing yang disembelih bersama nama "Fathi Mohd Zulkifli" dan tarikh perlaksanaannya sekali. Alhamdulillah. Memang boleh dipercayaai...

Sijil perlaksanaan aqiqah EZ Qurban

Siap mereka poskan foto kambingnya sekali

Kalau nak buat aqiqah cara biasa, kami memang tak sempat la hari ke tujuh. Sebab tujuh hari pertama kelahiran baru, biasanya kami kelam-kabut sikit. Banyak hal nak kena settle. Apatah lagi dalam proses transisi hidup daripada ber-anak tiga (3) kepada ber-anak empat (4). Nak kena biasakan dengan keadaan baru.

Aqiqah dan Qurban Bukan Hal Remeh

Pasal aqiqah ni, sebelum dengar kuliah dari Ustaz Azhar, saya anggap ia hal remeh sahaja. Nak buat bila 'mampu'. Jadi, releks la dulu. Tunggu duit banyak baru nak buat. Tapi kalau ikutkan duit, memang tak pernah rasa banyak. Ada duit simpanan RM1,000 rasa tak cukup. Ada RM10,000 pun rasa tak cukup juga! Jadi, tak pernah rasa cukup. Takut-takut dalam diri ini ada sifat kedekut untuk berbuat perkara yang baik...

Sebab ada sifat kedekut itulah Tuhan suruh kita keluarkan zakat dan infaq dari kekayaan yang Tuhan beri pada kita. Dan Tuhan juga suruh laksanakan ibadah qurban yang semua itu kita kena korbankan duit yang kita sayang kerana Tuhan!

Pentingnya ibadah qurban hinggakan Nabi s.a.w berpesan, jangan datang ke masjid baginda bagi orang yang tak laksanakan ibadah qurban sedangkan dia mampu. Begitu seriusnya amaran Nabi tentang ibadah qurban;

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Tawassul Dengan Ibadah Qurban

Ibadah qurban, selain hukumnya sunat muakkad (sunat yang hampir hukum wajib), qurban juga boleh digunakan sebagai 'tawassul' untuk apa sahaja hajat kita. Bila laksanakan ibadah qurban, mintalah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan, kata Ustaz.

Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Apa sahaja masalah, mintalah Tuhan selesaikan masalah kita. Sebab keputusan selesai atau tidak masalah itu semuanya di tangan Tuhan. Mudah-mudahan, Tuhan sempurnakan hajat kita kiranya ada ikhlasan dengan ibadah qurban yang kita laksanakan. InsyaAllah.

Setiap Anak Tertahan Dengan Aqiqahnya

Masa kuliah Ustaz Azhar itu, beliau kupas pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan "tertahan" tersebut. Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:

  1. Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;
  2. Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan
  3. Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).

Azam Percepatkan Aqiqah Anak-anak

Jadi, lepas dapat kefahaman baru, kami percepatkan aqiqah Fathi (anak ke-4 kami). Kami terus buat pada hari ke tujuh. Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah... Setakat ini, Fathi adalah anak kami yang paling senang dijaga dan tak banyak masalah. Mungkin itu antara hikmah mempercepatkan aqiqah untuknya.

Kakak-kakak Fathi dulu, ada yang jenis banyak menangis. Ada yang jenis tak tidur malam. Ada yang mudah sakit, demam, selsema dan macam-macam lagi. Mungkin juga disebabkan kami selalu tangguh-tangguhkan aqiqah untuk mereka semua. Tunggu Raya Haji baru nak buat aqiqah! Itupun kalau ada duit…

Saya di sini sekadar berkongsi apa yang saya faham tentang ibadah qurban dan aqiqah. Untuk mendapat ilmu yang lebih sahih, rujuklah para alim ulama. Ini cuma perkongsian sesama teman tentang sedikit sebanyak yang saya tahu.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
13 November 2009
25 Zulkaedah 1430H

(Kredit foto : grit)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • alhamdulillah sy dah selamat aqiqahkan anak sy melalui EZ Qurban. sebelum ni selalu terfikir duit belum cukup nak buat majlis aqiqah sebab plan macam2 i.e. marhaban, buai berendoi etc. Mungkin kemahuan lebih besar daripada kemampuan, sampai terlupa kewajipan sebagai ibu bapa untuk laksanakan tuntutan aqiqah anak. terima kasih tuan. hati saya dibukakan untuk buat apa yang termampu dan dalam masa yang sama, membantu umat islam yang daif di luar malaysia.

  • salam…saya tertarik soal aqiqah n korban ni….saya bukanlah dri krluarga senang tp alhamdullilah saya dah bekeluarga dah dah bekerjaya….sya dah aqiqahkan diri saya sendiri sebaik saja sya berumah tangga…y jd persoalan sekarang..saya nak aqiqah kan mak ayah saya…ap hukum dia n boleh ke diakikahkan mak ayah saya atau x perlu akikah boleh dikorbankan je….saya musykil sbb ad fmly y xbg saya wat akikah katanya membazir n suruh saya korbankan je untuk mak ayah..mgikut kpercayaan saya wajib akikah baru boleh korban….mcm mna tu?…mnta penjelasan…sbb sy mmg niat nak wat untuk mak ayah..takot nnt amalan y saya wat xdterima…

    • Wslm Puan.

      Lebih baik refer pada ustaz yang mahir bab fekah ni. Kalau rujuk buku “Indahnya Hidup Bersyariat” Ustaz Ismail Kamus, tanggungjawab ibubapa gugur bila anak tu dah baligh. Sebaiknya, anak tu buat akikah untuk dirinya sendiri.

      Tentang anak buat akikah untuk ibubapa tu saya tak pasti. Dalam buku tu tak ada ulas apa-apa.

      Wallahu a’lam.

    • Betulkn jika sy silap tp setahu sy aqiqah ialah hadiah daripada ibubapa kpd anak2 jd ibubapa yg perlu aqiqahkn ank2, bkn sebaliknya. Allahualam.

  • Alhamdulillah …Kesan daripada aqiqah mengikut sunnah Nabi s.a.w mendatangkan barakah ke atas anak yang diaqiqahkan..bukan setakat itu sahaja… ibu bapa perlu mengikut sunnah dalam proses mencari isteri atau suami” Sepertimana hadis nabi yang berbunyi ” Carilah tempat kamu menumpahkan air mani kamu, sesungguhnya urat itu menjalar (Ada perbahasan yang menarik mengenainya dalam kitab tarbiyatul awlad fil Islam karangan Syeikh Nasih Ulwan)”
    Proses perkahwinan perlu bermula daripada kita sendiri, kemudian mencari pasangan, majlis perkahwinan yg berlandaskan sunnah; hubungan kelamin yang mengikut sunnah, kandungan yang diiringi dengan sunnah, kelahiran yang disertai sunnah, anak didik dengan sunnah… maka hasilnya akhlakul karimah.. insyaAllah… wallahua’lam

  • Assalamualaikum
    Alhamdulillah.. kami baru selesai mengadakan akikah utk anak lelaki sy dgn dua ekor kambing.. walaupun agak terlewat sbb anak dah berumur 4 thn, tapi sy & suami amat bersyukur sbb sudah melaksanakan tanggung jawab kmi.. ringan rasa hati.. bila baca entry tuan ni, lagi sy rasa amat2 bersyukur sbb dah melaksanakan.. InsyaAllah, jika di beri zuriat lg akan kami percepatkan akikahnya.. terima kasih berkongsi info..:)

  • Assalamualaikum….sy nak brtanya sdikit ya…adik bradik suami sy ada 6 org…suami sy yg sulung…Keenam mreka x prnah buat aqiqah….trmasuk la kedua ibubapa suami…macamana sekiranya sy ada anak lelaki atau prmpuan…bolehkah sy truskan buat aqiqah utk anak sy???atau sy kna buat utk suami dhulu???atau utk kedua ibubapa suami trlebih dhulu???….

  • kalo saya xbuat aqiqah tpi sya buat korban terus utk anak-anak, suami dan blh ke ustaz walaupun anak2 sy blm yg akil baligh lg

  • Assalammualaikum ustaz,
    Saya nak tanya?klau kita nak buat ibadah korban untuk diri kita,tapi kita tak mampu,tapi ada adik beradik yang ikhlas nak bagi duit untuk buat korban ke atas diri kita?boleh tak klau duit tu bukan dari sumber kita sendiri?

  • Alhamdulillah, saya dan suami pun dpt laksanakan ibadah aqiqah buat anak sulung kami Sumayyah dengan ezqurban pd hr ke7.. sama lah anak kami mmg x byk ragam, mmg jrg menangis sgt2, nak tidur pun tidur sendiri x perlu didodoikan pun.. smpai kan family yang lain pun kagum dgn sikap dia yg serba tak kisah dan kerap senyum bila ditegur.. mungkin itu salah satu hikmah awalkan aqiqah ..hanya Yang Maha Esa je tau.. kami bersyukur dengan rezeki yang Dia berikan..

  • tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya sy sbg bapa masih belum dapat buat aqiqah utk anak sulung yg dah hampir 6 bulan..bukan nak kira kedekut..kalau berkemampuan esok juga akan saya buat.

  • salam.. nk tnya,, mak mertua ada mengatakn yg dahulu dia akikahkn suami sy dan anak2 lelakinya yg alin dgn seekor kambing shj.. adakah akikah itu sah?? perlukah suami sy melakukan akikah utk dirnya sekali lg?

  • As salam..boleh ke nenek atau atok buat akikah utk cucu??dan akikah tersebut dibuat semasa raya haji mggunakan 1bahagian dripada lembu..terima kasih..

    • Wslm puan,

      Saya tak pasti. Apa yang saya tahu, Rasulullah akikahkan untuk cucunya. Saya syorkan puan rujuk Ustaz yang mahir dalam fiqh.

      Apa yang saya belajar, pendapat yang lebih kuat, aqiqah tu seekor kambing, bukan berkongsi bahagian lembu.

  • Assalamualaikum…

    Saya nak bertanya, mcm anak saya, dari
    Lahir hingga sekarang, masih belum. Di aqiqahkan.
    Umur anak saya dah nak masuk 6 tahun.
    Sekiranya lebih dri 7 tahun umur dia, masih
    Boleh ke di aqiqahkan.

  • Assalamualaikum wbt,
    Alhamdulillah…saya dtakdirkn Allah swt dpertemukn dgn page EZQurban ini. Saya bakal mlahirkn anak yg ke3 pd hujung bln Nov2014 ini Insya-Allah & tertarik utk mlakukn aqiqah seawal 7hri slps klahirannya nnt.
    Adakah EZQurban ada djalankn d kwsn Sipitang,Sabah?
    Terima ksih..
    AsSalam 🙂

  • Assalam…
    Suami saya akan aqiqah 2ekor kambing utk dirinya. Saya nak tahu adakah dia boleh memakan daging yg diaqiqah itu atau pn tidak.
    ezQurban ada tak di kota bharu kelantan?
    Terima kasih.

  • Assalamualaikum. Sy nk bertanyer. Ank sy umur 6 tahun. Aqiqah da buat. Boleh kah ibadah qurban pd umur nyer sekarang 6 tahun

  • sy ada 3 anak. 1-20, 2-16, 3-8: sy x pernah buat aqiqah utk ketiga2nya. skrg ni kewangan agak ok, apa yg perlu sy buat utk anak2 sy

  • salam.
    Sume anak2 saya dah akikahkan sejak kecik lagi. Ikutkan saya mmg tak tau sgt ape kepentingan akikah..tapi sbb saya tinggal dikampung dan penduduk disitu macam dah jadi wajib, anak lahir je mesti kena akikahkan. jadi kami sekeluarga mengikut je. tapi setuju, anak2 mmg x meragam..senang jaga..even dah besar pun skrg..alhamdulillah x banyak prob. kdg2 tgk anak lebih ‘islamic’ dr kami suami isteri. kami ni jenis biasa2 je.

  • Salam.. Saya ingin bertanya mengenai aqiqah. Anak saya yang ke-4 meninggal 7 bulan dalam kandungan 2 tahun lepas dan anak ke-5 lahir cukup bulan tetapi tak sampai sejam dia meninggal. Perlukah dilaksanakan aqiqah until kedua-dua Akak tersebut?

  • Salam Uztaz…

    Ingin bertanya…sewaktu kecil..ibu dan ayah saya tidak mampu melaksanakan akikah untuk saya…

    Apabila sudah besar ini, saya berhajat untuk menunaikan korban..tetapi adakah saya perlu melaksanakan akikah untuk saya dahulu? Baru saya boleh melaksanakan korban?

    • Wslm En. Shazd,

      Aqiqah cuma sekali sahaja seumur hidup. Apa yang saya faham, selesaikan aqiqah dahulu, lepas tu bagi ibadah qurban.

      Jawapan EQ Qurban di bahagaian FAQ : Boleh dan sekiranya mereka sudah meninggal pun boleh laksanakan sendiri kerana rasulullah sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul.

  • salam..sy nk tnya…anak saya umur 11 bulan..tp blm akikah lg…klu sy nk beli satu daripada 7 bahagian lembu..bersamaan RM300 satu bahagian blh ke?

  • Assalamualaikum tuan,di fahamkn aqiqah untuk ank lelaki adalah 2ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing shj…bole ke kalau saya buat aquqah utk ank lelaki sya dg seekor kambing sahaja…sekian wasalam

  • assalamualaikum..

    In sha Allah hujung minggu ni sy akan buat kenduri akikah untuk 2 org anak perempuan sy..nak kepastian, 1 ekor kambing untuk seorang anak ok ke?

  • Alhamdulillah.. saya pernah laksanakan Qurban dengan IzyQurban dan pergi sekali ke Kemboja.. di sana memang sesuai buat qurban kerana kesusahan umat islam di sana. Dan EzyQurban pn buat dengan sistematik..

  • Assalamualaikum.saya belum buat akikah ank perempun(3thn) n ank lelaki(9bln).blh ke saya buat Qurban terus masa kenduri kahwin adik thn dpn dgn se ekor lembu?.blh ke saya n family Mkn daging tersebut?

  • Assalamualaikum,
    Saya ada dua kemusykilan:
    1) Saya telah melahirkan seorang putra tapi hanya sempat hidup 11 hari sahaja. Perlukah saya membuat aqiqah untuk dia?

    2) Aqiqah anak lelaki dua ekor kambing, bolehkah saya buat seekor dahulu atau mesti aqiqahkan dua ekor serentak.

    Mohon pencerahan.

  • Assalamualaikum tuan.

    Saya ingin aqiqahkan putra saya dlm mase terdekat ni, tetapi dlm masa yg sama juga saya ingin beli emas sebagai simpanan. boleh ke saya beli emas lepas tu pajak emas tu balik untuk urusan aqiqah pula?

    mohon pencerahan. terima kasih tuan.

  • Assalamualaikum. Sy nak buat akikah untuk anak lelaki sy. Sy ibu tunggal dan segala kos tu sy yang tanggung. Adakah akikah itu sah? Bapanya masih ada tapi sy yg berniat untuk akikahkan anak sy ni. Bole ke ustaz?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >