Pesta Belon Panas Putrajaya 2010

by on March 20, 2010

Apa sahaja perkara baru bagi anak-anak, kami akan sedaya upaya beri peluang untuk mereka explore. Hari ni, mereka dapat kenal dan lihat sendiri belon panas, parachute, pesawat kawalan jauh, bagaimana helikopter mendarat dan berlepas dsb. Satu pengalaman baru buat anak-anak.

Family time. Manfaatkan betul-betul waktu bersama anak-anak.

Helikopter Penerbangan Sabah. Nak naik, kena bayar RM120 seorang. Dia bawa pusing-pusing kawasan Putrajaya.

Ingatkan anak-anak excited nak tengok, tapi bila sampai, Amal & Anis takut especially warna hitam tu.

Nak naik kena bayar RM10 rasanya. Tapi naik tak tinggi la. Dia dah tambat siap-siap.

Parachute pun ada. Tak pasti pulak apa namanya, tapi dia ada kipas sekali.

Penat ronda, lepak tepi tasik sekejap.

Bola apa entah. Boleh masuk dalam tu.

Ada persembahan helikopter dan pesawat kawalan jauh oleh mereka yang sangat profesional. Memang menarik.

Ada pelbagai gerai. Macam karnival.

Anis seperti biasa. Lebih suka layan “bubble”. Isteri belikan satu untuk dia, RM15.

Lepas penat di Putrajaya, terus ke masjid Shah Alam. Ada mesyuarat agong Alumni Kolej Islam (ALKIS).

{ 2 comments… read them below or add one }

1 abangpuchong March 21, 2010 at 5:24 am

Bang ..yang ada kipas dan parachute tu dipanggil paraglider..
Bagus kerana menghabiskan masa bersama anak-anak…dan isteri yang cantik tu.

Reply

2 Mohd Zulkifli March 22, 2010 at 7:29 am

Oh, nama dia Paraglider yer..t.kasih abang puchong.. salam perkenalan..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: