Pelaburan emas memang simple, tapi kalau tak ada ilmu, kita boleh rugi besar. Untuk memudahkan sahabat pembaca faham tentang pelaburan emas, saya senaraikan 20 point penting. InsyaAllah, sahabat semua boleh faham asas pelaburan emas fizikal hanya dalam masa 5 minit.
#1 - Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding simpan emas?
Kalau untuk jangka panjang, simpan emas lebih untung. Purata kenaikan harga emas sekitar 15% setahun sejak 10 tahun lepas. Lepas tolak kos susut nilai & zakat, untungnya sekitar 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Cek sejarah harga emas di Malaysia di http://bit.ly/webbnm (web BNM).
Secara tepatnya, harga emas naik secara purata 12.80% sejak 2001. Ini data yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Ahmad Kameel (UIA) pada 1 Mac 2014. Kali pertama berlaku penurunan pada tahun 2013 iaitu sebanyak 27.33%. Ia satu kelebihan untuk mereka yang ingin memulakan atau menambah simpanan emas.
#2 - Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan?
Kalau dulu, saya boleh recomend tiga jenama iaitu :
(1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas Public Gold. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi ini yang paling berkredibiliti di Malaysia. Tapi sekarang, saya cuma recomend Public Gold sahaja. Bukan sebab saya dealer Public Gold, tapi sebab kelebihan Public Gold yang ini sekarang.
#3 - Berapa tempoh minimum emas tu boleh dijual?
Emas tu boleh jual bila-bila masa. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia sentiasa naik dalam jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai at least dalam tempoh dua tahun.
Sejarah harga emas 10 tahun. Kenaikan melebihi 500% dalam nilai USD. Saya beli 1 dinar Public Gold (RM616) pada 2 Oktober 2010. September 2011, harganya pernah cecah RM833. Kenaikan 30% setahun! Sekarang harga emas turun semula ke paras tahun 2010. Ia peluang terbaik membeli lagi.
#4 - Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi
Simpan emas, tak takut kenaikan harga barang (inflasi), tak takut bila duit ringgit (RM) lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb. Emas penyimpan nilai sebenar. Ia akan sentiasa bernilai sepanjang zaman dan di mana sahaja seluruh dunia.
Zaman Nabi, seekor kambing harganya 1 dinar. Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM600 – RM800. Cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Tapi, tahun 1980-an dulu, belanja budak sekolah cuma 50 sen sehari. Tapi hari ni at least RM2.00 sehari! Duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada inflasi.
#5 - Kat mana nak beli emas Public Gold?
Terus ke page www.publicgoldofficial.com/zulkifli mula menabung emas. Daftar akaun dan terus mula menabung.
#6 - Emas apa yang terbaik untuk ‘pelaburan’ di Malaysia?
Setakat pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang beli, senang jual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik. Dealer & cawangan banyak seluruh Malaysia. Stok sentiasa ada. Tak perlu risau emas tercalar, kemek, bengkok sebab syarikat jamin akan beli balik. Anda boleh baca artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”.
#7 - Senang ke nak jual balik nanti? Nak jual kat mana?
Emas senang ditukar kepada tunai. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia, asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tapi kalau nak dapat harga terbaik, jual di tempat di mana anda membelinya. Dealer emas mesti berebut-rebut beli kalau ada orang nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu tertentu bila nak pakai duit SEKEJAP untuk aktiviti yang menguntungkan melebihi kos pajak – 1.15% sebulan atau 13.85% setahun.
April 2011, saya pajak beberapa keping gold bar untuk pusing modal bisnes. Kos pajak sebulan ialah 1.15%, tapi saya dapat pusing duit tu dan menjana keuntungan melebihi 10% sebulan. Itulah untungnya emas. Walaupun melabur, duit kita tak beku macam saham, unit trust, Tabung Haji atau investment lain.
#8 - Macam mana buat untung dengan emas ni?
(1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya Dua TAHUN. (2) Jual hanya bila perlu duit tunai, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Pastikan ia patuh syariah.
#9 - Beli emas atau bayar kad kredit dulu?
Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit (interest 18% setahun), dalam masa yang sama beli emas.
#10 - Macam mana dengan zakat emas?
Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85 gram. Barang kemas yang dipakai pun kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di KL, urufnya 150 gram. Detail, boleh rujuk www.zakat.com.my.
#11 - Mana tempat selamat nak simpan emas?
Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Yang penting, jangan simpan dalam almari. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Saya lebih suka simpan di syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi & tak terikat pada waktu pejabat macam bank. Sewa sekitar RM100 – RM550 setahun. Tengok saiz box.
Kalau emas banyak, sewa safe deposit box. Baru lena tidur. Kalau emas sikit, simpan di rumah jer. Tapi yang paling penting, jangan kecoh-kecoh pada orang lain yang anda ada emas.
#12 - Berbaloi tak simpan dalam ar-rahnu?
Tak berbaloi. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar, potensi untung sangat kecil. Kalau nak simpan, baik simpan di Safe Deposit Box.
#13 - Berapa modal paling minimum?
Kalau modal kecik (min. RM100), beli melalui akuan emas Public Gold. 1gram pertama tinggal baki dalam akaun, gram kedua dan seterusnya terus keluarkan secara fizikal. Rujuk di page cara mula menabung
#14 - Mana untung beli Barang Kemas berbanding syiling Dinar atau Gold Bar?
Syiling dinar dan gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas sebab dia tolak susut nilainya sekitar 25% - 30% daripada harga semasa. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.
Barang kemas perhiasan kurang sesuai untuk pelaburan sebab (1) harga lebih mahal (2) ada kos upah dan susut nilainya tinggi, iaitu sekitar 25% - 30%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti i-series Public Gold ataupun barang kemas pelaburan Sri Ayu (www.sriayu.com).
#15 - Emas Public Gold, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui dealer?
Lebih untung beli melalui dealer. Tak ada apa-apa kos tambahan, bahkan anda dapat BIMBINGAN percuma, tips pelaburan dan lain-lain bantuan dari dealer. Dealer akan bantu place order untuk anda. Nanti, buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas direct dari ofis Public Gold terdekat dengan anda.
#16 - Kat mana office Public Gold?
Kat KL di Ampang, Bandar Sunway, Kajang & Klang. Yang lain, di KB, JB, Ipoh, Penang (HQ), Sungai Petani, Kuantan, Kuching dll. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Boleh cek di publicgold.com.my.
Office Public Gold Sunway. Kat bawah tu boleh sewa Safe Deposit Box (www.rsdb.com.my). Kalau untuk penyimpan emas biasa, saya syorkan sewa di www.safedepositbox.com.my sebab ia lebih murah.
#17 - Ok tak kalau masuk SKIM Pelaburan Emas yang bagi income bulan-bulan?
Kebanyakannya adalah scam – penipuan. Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tetap. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT atau SURAT PAJAK!
#18 - Mana bagus, buka Akaun Pelaburan Emas di bank atau bel emas fizikal?
Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh buat manipulasi teknik Ar-Rahnu untuk maksimumkan keuntungan bila sesuai. Setakat ni, cuma KFH & Al-Rahji bank sahaja disahkan patuh syariah (halal). Yang terbaik ialah KFH.(Bank yang tawarkan Akaun Pelaburan Emas buat masa ni; Maybank, Public Bank, CIMB, UOB Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi)
#19 - Kat mana nak tengok harga emas semasa?
(1) Kijang Emas bnm.gov.my - berubah setiap hari (2) Dinar Kelantan arrahn.com.my - berubah setiap hari (3) Public Gold publicgold.com.my – berubah setiap 20 minit. Contact dealer untuk lock harga kalau nak beli.
#20 - Macam mana nak beli?
Contact mana-mana dealer Public Gold atau contact saya – 019-336 8009 (Zul). Saya juga dealer Public Gold yang aktif. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas walaupun duduk di mana-mana seluruh Malaysia.
Zulkifli
Damansara Damai
30 November 201
26 Dzulkaedah 1431
Artikel ini telah saya upgradekan ke dalam bentuk ebook ringkas yang lebih berinformasi dan dikemaskini dari masa ke masa. Sahabat semua boleh download di sini (klik di sini).
(Kemaskini pada 31 Oktober 2023)
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
Sila Lawat Kami kembali
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami… Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda…
sekarang dah ramai yang menceburi dengan pelaburan emas katanye lebih untung ….
Saya berminat dengan public gold dinar. Minta ejen yg dok berhampiran Parit Buntar call saya. 019-5176476
Salam Joe, dah dapat contact ke ejen yang saya bagi tu?
Selamat menjadi warga EMAS!… (“,)