MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Jenis Property Game Yang Biasa Dilakukan Oleh Pelabur Hartanah

October 26, 2021

Property Game

Kalau dengar orang cakap tentang pelaburan hartanah. Mungkin ada yang ingat, beli rumah dan beri sewa.

Dalam property game, ada beberapa cara untuk seorang pelabur hartanah kembangkan kekayaan dalam pelaburan mereka.

Saya akan terangkan satu persatu secara umum dan ringkasnya, supaya anda mudah faham.

Cuma, ini bukan semua jenis pelaburan hartanah. Yang saya terangkan ini cuma yang utama sahaja.

Property Game 1 : Cashflow 

Cashflow

Yang ni paling mudah, tapi tidak semua yang mampu buat.

Kebanyakan hartanah terutama di luar “prime Area” yang telah matang, kadar untuk membayar pembiayaan adalah melebihi jumlah sewa.

Hanya dengan strategi sewaan yang betul, barulah pelabur boleh menikmati cashflow positive. 

Ini situasi berbeza jika dibandingkan 20 tahun yang lalu.

Contoh:

Bayar kepada bank RM 1000, sewa RM1500. Maka, positive cashflow ialah RM500 sebulan.

Untuk setahun, dapat untung RM 6000. Nilai sewaan akan naik mengikut waktu, jadi kadar keuntungan bertambah besar.

Property Game 2 : Capital Gain

Capital Gain

Kaedah ini bermatlamat meraih kenaikan nilai asset terutama dengan kelebihan kenaikan harga pasaran serta booster yang meningkatkan harga hartanah.

Pendek kata, kita beli dulu murah.

Kemudian kita akan jual dengan harga lebih mahal, dan melebihi kos-kos yang telah kita keluarkan semasa dapatkan hartanah tersebut sebelum ini.

Contoh,

Di kawasan yang berdekatan dengan stesyen LRT (sebagai booster), harga hartanah tidak sama sebelum LRT siap, dan selepas LRT mula beroperasi.

Harga hartanah RM 300 000 naik ke RM 420 000 dalam masa 3 tahun disebabkan projek LRT siap. Maka, untung setahun ialah RM 40 000 setahun!!!

Property Game 3: Cashflow + Capital Gain

Ini ialah permainan mereka yang pakar dalam bidang hartanah.

Ia bukan sahaja memerlukan ilmu yang betul dan strategi yang updated, tetapi juga memerlukan data yang tepat serta leverage tertentu.

Mengambil dua contoh di atas, (3 X RM 6000) + (3 X RM 40 000), maka jumlah keuntungan ialah RM 138 000 dalam masa 3 tahun.

Kunci Kejayaan

Walaubagaimanapun, kunci kejayaan dan kekayaan dalam apa-apa pelaburan ialah terhadap ilmu kita dalam sesuatu bidang tersebut.

Sebelum bermula,

Cari ilmu, cari guru yang betul,

Tentang Penulis

Sabri Yaacob

Seorang Chemical Engineer yang bekerja di syarikat oil & gas di Kemaman. Master Dealer di bawah G100 Network (network dealer Public Gold terbesar diasaskan oleh En Mohd Zulkifli) dan hustler FAR Capital (syarikat pelaburan hartanah terbesar) yang diasaskan oleh Tuan Faizul Ridzuan.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>