Pelaburan hartanah tak semudah pelaburan emas.
Ianya agak rumit, dan risikonya juga melibatkan jumlah wang yang besar, dengan komitmen kewangan dalam jangka masa yang sangat panjang!
Inilah sebabnya, mengapa ramai orang yang mengumpul aset dalam bentuk hartanah mengalami kerugian atau lambat "maturity point" untuk membolehkan hartanah yang dibeli memberikan keuntungan.
More...
G100 Network dan FAR Capital
G100 adalah satu group dealer yang paling aktif dan cepat berkembang dalam Public Gold yang dibimbing oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie.
Manakala, FAR Capital pula adalah satu syarikat yang menyediakan servis analisa tentang pelaburan hartanah yang dibimbing oleh Tuan Faizul Redzuan, iaitu guru hartanah nombor 1 di Malaysia.
Kerjasama yang dijalinkan antara G100 dengan FAR Capital adalah satu bentuk leverage, khususnya membantu para dealer semua (terutamanya Master Dealer G100) yang sudah memiliki pendapatan pasif melebihi RM10k sebulan supaya mengembangkan lagi kekayaan mereka ke tahap seterusnya.
Dengan leverage ini, mereka boleh menumpukan lebih perhatian mengembangkan bisnes sebagai dealer Public Gold tanpa perlu melakukan analisa secara mendalam untuk memahami sama ada sesuatu hartanah yang bakal dibeli itu menguntungkan atau tidak.
Semua kajian dan data-data lengkap sudahpun disediakan oleh FAR Capital untuk mereka.
Mereka hanya diberi "menu" sahaja, dan mereka pilih mengikut selera kewangan mereka sendiri.
Pengalaman Saya Rugi Dalam Hartanah
Tanpa data dan analisa yang lengkap, mana-mana pelabur hartanah berisiko mengalami kerugian yang sangat besar untuk jangka masa yang saya panjang!
Saya sendiri pernah buat kesilapan besar dalam hartanah.
Pada tahun 2015, saya membeli sebuah rumah Semi-D di Cherating dengan SANGKAAN harganya akan naik dalam masa 5 ke 10 tahun. Tapi ternyata sekali sangkaan saya itu amat meleset!
Selepas beli, barulah saya sedar harga yang saya beli adalah sangat tinggi berbanding harga sebenar pasaran.
Ketika itu, harga pasaran adalah RM270,000 untuk unit setara. Tetapi dengan kaedah pembelian "zero downpayment" serta mendapat sedikit "cashback" (lebihan tunai), harga jual beli yang ditandatangani di dalam SPA (Sales and Purchase Agreement) ialah pada RM305,000.
Selepas 6 tahun, rumah ini cuma bernilai RM320,000 dengan cashflow negatif sebanyak RM800 sebulan walaupun dengan sewaan RM800 sebulan.
Nampak Untung Atas Kertas, Tapi...
Walaupun nampak peningkatan harga RM15,000 dalam masa 6 tahun, tapi sebenarnya ia tidak sepadan dengan "bleeding" (kerugian) RM57,000 (RM800 X 6 tahun X 12 bulan) selama 6 tahun ini, yang dibayar dengan hard-gained income (duit gaji saya).
Kalau dikira kos lain seperti pembinaan pagar (RM3,000), Table top (RM2,000), Kitchen Cabinet (RM1,000) dan lain-lain, kos sebenar adalah jauh lebih besar.
Ini penjelasan angka secara ringkas dalam memahami property game.
Kerugian ini dapat dielakkan kalau kita mempunyai data yang cukup dan membuat analisa yang lengkap sebelum membeli sesebuah hartanah. Jadi FAR Capital membantu client mereka untuk mencari hartanah yang menguntungkan untuk pelaburan.
Insyallah, dalam masa terdekat, FAR Capital akan menambah "stok hartanah pelaburan" dengan hartanah bernilai sekitar RM300,000, yang boleh memberikan cashback (lebihan tunai) antara RM30,000 ke RM100,000, dan positive cashflow untuk client.
Untuk mendapatkan tawaran ini, "modal" untuk daftar sebagai client FAR Capital amatlah kecil dibanding nilai sebenar yang tawarkan.
Membantu Penyimpan Emas Melabur Hartanah
Itulah sebab kenapa Tuan Mohd Zulkifli tak sarankan melabur dalam hartanah bagi sesiapa yang tiada ilmu, kecuali melalui bimbingan hasil kerjasama yang dijalankan antara G100 Network dengan FAR Capital.
Saya diberi amanah sebagai pemudah cara untuk membantu customer dan dealer Public Gold di bawah network beliau (G100 Network) melabur dalam hartanah dengan cara yang mudah, tetap dan menguntungkan, insyaAllah.