MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Abaikan “Growth” Ini Kalau Nak Buat Duit Banyak Dalam Bisnes

September 22, 2026

7 tahun buat bisnes, tapi hasilnya tak seberapa? 

Itulah saya dulu... Bertahun-tahun buat bisnes, tapi hasil tak seberapa. 

Kalau nak dibandingkan, saya ambil masa 9 tahun untuk jadi seorang "Master Dealer", yang mana ramai dealer Public Gold hari ni ambil masa kurang 2 tahun saja!

Peliknya, saya tak pernah give-up. Walaupun down berkali-kali, bila ingat balik impian yang saya nak capai melalui bisnes, saya bangkit balik. 

Saya tak ada pilihan untuk give-up untuk capai impian saya. 

More...

Bila bercakap tentang "growth", kita sering terfikir apa yang tumbuh di atas tanah. Walhal sebelum tumbuh, pertumbuhan tu kena berakar dan mencengkam ke dalam tanah dulu. 

Begitulah juga kita dalam mencipta kejayaan. 

Bukan hanya tentang duit 

Growth dalam bisnes tak boleh diukur hanya dengan duit yang masuk ke dalam poket saja.

Bertambah ilmu... Itu pun growth.

Skill makin baik... Itupun growth...

Bertambah besar jaringan circle dan network berkualiti... Itupun growth...

Attitude dan habit dah berubah lebih baik... Itu pun growth.

Mindset sudah berubah, itupun growth...

Akar kuat, kejayaan bertahan lama

Malah bila berjaya, kejayaan tu lebih besar dan lebih bertahan lama... 

Ibarat pokok yang akarnya sudah mencengkam kuat dalam ke dalam tanah, maka pokoknya susah nak tumbang walaupun dipukul angin ribut sekalipun. 

Begitulah juga kita dalam membina kejayaan.

Itulah sebabnya kena fokus buat PERKARA YANG BETUL dengan SABAR... Kejayaan hanyalah persoalan masa saja. InsyaAllah...

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
21 September 2026
8 Rabiul Akhir 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}