MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Gara-gara Tak Tahu Hari Cuti, Tukang Potong Rumput Jadi Mangsa!

October 27, 2026

Pukul 8.00 pagi tadi, tukang potong rumput datang rumah. Tapi security guard tak bagi masuk!... 

Katanya, hari ni public holiday. Tak boleh guna mesin rumput dalam kawasan perumahan. 

Public holiday? Cuti apa pulak hari ni?... 

Saya buka Google Calendar, tak nampak pun ada cuti. 

Bila isteri saya cek, rupanya hari ni (Isnin, 26 Oktober 2026) cuti umum ganti negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor. 

Aduh... Kesian tukang potong rumput tu. Dah datang jauh-jauh, tapi tak boleh buat kerja... 

More...

Dah 13 tahun tak cakna hari cuti 

Inilah antara masalah saya sejak berhenti kerja makan gaji 13 tahun lalu... Sampai hari cuti pun dah tak ambil tahu! 😅

Bukan tak boleh cek, tapi tak ada sebab untuk cek...

Sejak tak lagi terikat dengan jadual kerja makan gaji, hari bekerja ataupun hari cuti, lebih kurang sama saja bagi saya... 

Cuma kalau ada training untuk dealer Public Gold ataupun meeting dengan team, memang kena alert dengan jadual.

Itu pun PA (Personal Assistant) kena ingatkan...😅

Kalau tak diingatkan, siap-siap boleh terbabas! Takut-takut... baru nak jamah makanan di kedai makan dengan anak-anak, tiba-tiba dapat call dari PA;

“Mentor dah ready ke masuk Zoom?” 😅

Haha... Kelam-kabut... Pernah jadi sekali dua...😅

Itulah realiti kehidupan saya... Kurang cakna tentang hari cuti dan masa...😅

Nikmat sebenar kebebasan kewangan

Tapi bila fikir balik, saya rasa bersyukur...

Sebab salah satu nikmat besar dalam hidup ni bukan sekadar ada duit, tapi bila kita ada kebebasan untuk tentukan cara kita nak gunakan masa sendiri.

Nak bekerja, boleh... Nak berehat, boleh... Nak luangkan masa dengan keluarga pun boleh...

Dan yang paling saya rasa bersyukur, saya masih boleh terus share ilmu dan pengalaman dengan masyarakat, tanpa fikirkan soal bayaran.

Sejak dulu lagi, saya memang tak buat duit dengan sampaikan ilmu...

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang saya ada, jadi kebaikan buat orang lain, dan "pahala pasif" buat saya...

Antara sebab kenapa saya selalu galakkan bina kewangan yang kukuh, bukan semata-mata kita sekeluarga dapat hidup senang, tapi kekayaan kita jadi rahmat buat orang lain juga.

Selain banyak kerja kebajikan yang kita boleh buat, kekayaan kita tu sendiri boleh jadi rezeki buat orang lain...

Malas kita, asbab rezeki orang lain

Macam tukang potong rumput tadi...

Saya rasa sungguh bersalah dekat dia...

Susah-susah dia datang angkut mesin rumput, tapi tak boleh buat kerja... Gara-gara saya tak alert yang hari ni sebenarnya public holiday.

Jadi dia minta izin tinggalkan mesin rumput dia di rumah saya hari ni... Katanya, esok pagi-pagi lagi dia akan datang selesaikan kerja-kerja dia...

Mudah-mudahan, malas saya potong rumput sendiri di keliling rumah jadi asbab rezeki dan kegembiraan bagi tukang potong rumput tu esok... InsyaAllah...

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidak boleh hasad dengki melainkan terhadap dua golongan: Seseorang yang Allah kurniakan harta, lalu dia membelanjakannya pada jalan kebenaran; dan seseorang yang Allah kurniakan hikmah (ilmu), lalu dia mengamalkannya dalam membuat keputusan dan mengajarkannya kepada orang lain."

- (HR Bukhari no. 73, Muslim no. 816)

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#FinancialFreedom

Zulkifli
Cyberjaya
26 Oktober 2026
14 Jamadil Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}