Fokus Beri Manfaat, Untungnya Bertahan Lama

by on June 8, 2014

Post image for Fokus Beri Manfaat, Untungnya Bertahan Lama

Carilah akhirat dalam bisnes, dunia akan kejar kita. Tapi kalau hanya cari dunia dalam bisnes, dunia akan lari meninggalkan kita. Kita terpaksa terhegeh-hegeh untuk dapatkan dunia. Cari akhirat dalam bisnes maksudnya fokus jadikan hidup orang lain lebih baik dengan produk dan servis yang kita ada (kerana Allah). Bukankah peranan kita sebagai “khalifah Allah” itu memberi manfaat kepada manusia?

Bila fokus jadikan hidup orang lain lebih baik, bisnes akan mudah berkembang, bahkan akan bertahan lama. Sales akan datang dengan sendiri dan kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk kejar sales. Bila fokus nak beri manfaat kepada orang lain, kita akan buat terbaik untuk penuhi keperluan dan kehendak sebenar customer, bukan sekadar nak dapat sales. Tapi kalau fokus nak dapat sales untuk poket kita, kita tak kisah macam mana pun, janji dapat sales. Maka manfaat sebenar untuk pelanggan selalunya akan terabai!

Peniaga Jujur, Orang Akan Cari

Kesian kekadang saya tengok orang buat marketing hebat, tapi dia ‘mislead’ pelanggan semata-mata untuk dapat sales. Marketing berlebih-lebihan, tapi produknya taklah sehebat apa yang dipromosi. Mereka buat marketing untuk mencari mangsa demi habuan sendiri. Ilmu yang betul tak diajar, perkara yang betul tak didedahkan semata-mata untuk dapat untung. Bila macam tu, customer akan beli sekali, lepas tu menyesal. Bila customer dah tahu “tembelang”, maka customer akan bosan dan “chop” peniaga ni tak boleh pakai. Maka peniaga akan penat untuk sentiasa cari customer baru.

Kalau buat bisnes dengan betul, ajarkan benda yang betul, fokus manfaat sebenar kepada customer, insyaAllah bisnes akan semakin kuat dengan ‘regular’ atau ‘loyal’ customer. Customer terus datang beli, lagi dan lagi. Bahkan customer sedia ada akan syorkan orang lain datang membeli. Kalau sampai tahap macam tu, insyaAllah bisnes akan jadi lebih mudah. Untung rugi tak perlu dirisau-risaukan lagi.

posmen jujurPeniaga amanah lagi pakar akan dicari orang walau diceruk mana sekalipun. Kalau sampai orang tolong promote bisnes secara percuma begini, untung rugi tak perlu dirisau-risaukan lagi.

Kesilapan Peniaga Emas Membuat Jualan

Dalam dunia peniagaan emas, saya perhati, kesilapan yang dibuat oleh peniaga semata-mata untuk dapat sales, antaranya;

  • Beri tahu prediction kenaikan harga emas yang palsu untuk tarik orang membeli sedangkan pergerakan sebenar harga emas, tak siapa yang tahu.
  • Suruh pembeli pajak emas dan beli lagi. Maka sales peniaga akan meningkat sedangkan pembeli menanggung kos ar-rahnu yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.
  • Suruh pembeli buat pinjaman untuk beli emas tanpa menerangkan risiko sebenar turun naik harga emas. Sales peniaga ‘confirm’ meningkat mendadak, sedangkan pembeli dalam risiko dan mungkin kecewa kalau harga emas lambat meningkat.
  • Suruh pembeli join skim pelaburan emas yang ada income bulan-bulan sedangkan pembeli tak dapat emas yang dibeli. Sales peniaga memang meningkat, tapi pembeli emas sangat berisiko duit tu lebur 100%!
  • Promote emas yang susut nilainya tinggi, dan mendiamkan diri dengan hakikat pembeli emas sebenarnya rugi. Sales meningkat, tapi `pembeli terpaksa tunggu waktu sangat lama untuk ‘balik modal’.
  • Suruh beli emas dengan duit kecemasan sebab beli emas ‘confirm’ untung katanya. Sales peniaga meningkat, sedangkan pembeli terpaksa rugi kalau nak pakai duit dalam jangka masa terdekat.
  • Suruh trading jual beli emas secara kerap untuk dealer jana komisyen berkali-kali, sedangkan pembeli yang masih naif sedang ‘memperjudi’ nasib turun naik harga emas. Lagi sedih, kalau dealer sendiri pun tak buat trading!

kiyosaki fokus membantu manusia

Cari Kepuasan Sebenar Dalam Bisnes

Kalau nak rasa nikmat sebenar berniaga, sayangilah customer sebagaimana kita sayang diri kita sendiri. Pesan Nabi s.a.w, “Tidak (cukup) beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia kasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri” (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Al-Hakim). Dalam konteks berniaga, tak cukup beriman seorang peniaga yang cuma fikir poket mereka sendiri sahaja melebihi kepentingan atau manfaat sebenar kepada pembeli.

Jangan promote produk yang kita tahu ianya tak bagus, tapi promotelah produk yang kita yakin ianya terbaik. Jangan promote produk yang sebenarnya pembeli tu tak perlu pun, tapi promotelah produk yang betul-betul penuhi keperluan mereka. InsyaAllah, cepat atau lambat, kita akan berjaya.

jernihkan kaedah marketing

Melahirkan Ejen Tak Berbayar

Peniaga yang cuma fikir untung sendiri jer, bisnesnya tak bertahan lama tapi peniaga yang fikir kepentingan sebenar pelanggan, bisnes mereka semakin maju dan bertahan lama, insyaAllah. Mereka bukan sahaja dapat kekalkan sebahagian besar customer berpuashati, bahkan customer berpuashati tu akan jadi ejen yang sanggup buat promosi untuknya walaupun tak dibayar!

Nah, masa tu salesnya akan datang sendiri tanpa perlu berpenat-penat lagi. Memang benarlah, orang yang kejar akhirat, maka untung dunia Allah pakejkan sekali! Bertuahlah siapa yang berbisnes mencari akhirat!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Jun 2014
9 Sya’baan 1435

(Kredit foto : joelnjeza)

{ 8 comments… read them below or add one }

1 MUHSIN June 8, 2014 at 9:32 am

Orang yang TAMAK akan mengundang DUKA, TETAPI orang yang JUJUR akan meraih CINTA :-)

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 8, 2014 at 11:49 am
3 aini June 10, 2014 at 9:12 am

setuju!

Reply

4 Shukri Sahari June 10, 2014 at 1:52 pm

Di mana Ada kejujuran, di situlah lahirnya kesetiaan 😉

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie June 10, 2014 at 6:18 pm
6 jusmiyati June 17, 2014 at 1:19 pm

Kejujuran jua yg akan d cari dan berkekalan…

Reply

7 Lukeman June 30, 2014 at 9:45 am

Terima kasih tuan Zul atas entri ini. Inilah juga salah satu sebabnya saya beli dinar emas public gold dengan tuan Zul walaupun kita tidak pernah bersua muka :)

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 30, 2014 at 10:03 am

Alhamdulillah. Terima kasih juga atas kepercayaan En. Lukeman kepada dealership saya. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: