MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nombor Handphone Kitar Semula

December 20, 2009

Rupa-rupanya nombor telefon ni ada yang dikitar semula. Dah dua kali saya kena. Bila sms kawan-kawan lama, yang jawabnya orang lain. Katanya, saya salah nombor. Kalau ikutkan, memang dah betul dah.

Masa sms “Selamat Maal Hijrah” tadi, tetiba ada dapat phone call dari nombor kawan saya Zulfendi. Dia tanya, “Siapa ni?”. Saya jawab “Zul”. Dia cakap saya salah nombor. Jadi, saya minta maaf la sebab tersalah nombor.

Bila saya cek betul-betul, saya rasa memang tak salah. Nombor dalam handphone saya ni adalah nombor kawan saya Zulfendi. Saya call balik orang tadi, Ghafar namanya. Saya tanya dia, nombor ni sebenarnya nombor kawan saya Fendi.

Dia jawab “Ooo… Zulfendi yer”. Ramai orang telefon nombor ni nak cakap dengan Zulfendi, baik lelaki baik perempuan. Katanya dia baru pakai nombor ni dalam setahun. Mungkin nombor Zulfendi yang dah terminate tu telah direcycle balik.

Jadi, kalau sesiapa simpan nombor kawan yang dah lama tak contact, mungkin nombor tu sekarang dah jadi milik orang lain. Cuba la cek.

Zulkifli

Damansara Heights
17 Disember 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>