Kenapa Pilih Yang Semulajadi?
Saya tertanya-tanya kenapa orang yang faham tentang nutrition (pemakanan) dan vitamin cenderung untuk ambil vitamin semulajadi (asli) berbanding vitamin sintetik (tiruan). Walaupun harga vitamin semulajadi lebih tinggi berbanding vitamin sintetik, mereka yang tahu tetap memilih yang semulajadi.
Bagi mereka yang kurang arif, mereka selalu cakap “Ah, ambik vitamin kat klinik atau hospital jer. Lagi murah”.
Tapi bagi mereka yang arif dan rajin membaca buku-buku vitamin dan pemakanan, mereka lebih gemar memilih vitamin yang asli walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos.
Yang Asli Lebih Berkesan
Saya cuba tanya sahabat saya Zainuddin. Beliau memang ambil berat tentang keperluan suplemen vitamin dan beliau agak pakar tentang topik ni. Bila saya sebut apa-apa istilah nutrition yang saya rasa agak asing bagi mereka yang tak belajar tentangnya, mesti beliau tahu dan dapat explain dengan lebih baik.
Entah dari mana beliau belajar. Yang pastinya, beliau bukan doktor ataupun farmacist, tetapi adalah seorang IT auditor satu pejabat dengan saya.
Menurut beliau, vitamin semulajadi ni lebih berkesan. Walaupun dos dia mungkin tak begitu tinggi, tapi badan kita senang menyerap (absorb) benda yang asli katanya.
Vitamin sintetik, walaupun dos dia tinggi dan harganya lebih murah, tapi ia kurang berkesan. Walaupun kita dapat dos yang tinggi, badan kita tak dapat terima dengan baik dan ianya banyak terbuang (waste).
Ia memang murah, tapi seolah-olah kita membuang duit membelinya.
Fitonutrien Datang Bersama Vitamin Asli
Tambahnya lagi, vitamin semulajadi biasanya datang bersama fitonutrion (faktor makanan bersama) yang ada pada buah atau sayuran yang menjadi sumber vitamin tersebut. Contohnya dalam sebiji oren mengandungi vitamin C. Dalam buah oren juga terdapa fitonutrien dan vitamin lain yang ada bersamanya. Antaranya dipanggil bioflovonoid, yang mana ia membantu penyerapan vitamin C dengan lebih berkesan oleh tubuh manusia.
Walaupun saintis pun tak dapat nak tentukan apakah sebenarnya fungsi fitonutrien tersebut, tapi yang pastinya, fitonutrien tu membantu penyerapan vitamin dengan lebih efektif.
Manfaat Dari Sebiji Oren
Maksudnya, kalau kita dapatkan tablet vitamin C semulajadi yang dibuat daripada buah oren dan ceri contohnya, kita bukan hanya dapat manfaat daripada vitamin C sahaja, tetapi juga fitonutrien dan lain-lain vitamin yang terdapat daripada buah oren dan ceri tersebut. Semua zat terdapat dalam buah oren dan ceri telah diubah bentuknya menjadi tablet vitamin yang senang ditelan pada bila-bila masa.
Daripada penerangan beliau tadi, saya dapat belajar sesuatu yang penting. Bila ambil vitamin, yang penting bukan tabletnya yang mahu ditelan, tetapi zat makanan yang ada dalam vitamin tersebut.
Dan kalau keluarkan duit, pastikan setiap sen duit yang kita keluarkan itu berbaloi. Itulah namanya value for money…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
22 Disember 2009
Dr. Bruce Miller points out, the product should be “concentrated from a quality natural source.” The product will then be accepted and more easily tolerated by our bodies. Link
An example would be if you had an orange from which you wanted to manufacture vitamin C. The synthetic process would make it in the lab and the organic isolate process would extract only the vitamin C. However, the whole food process takes the vitamin C along with all the other co-factors that are found in nature. In other words, the whole orange!
[…] Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik […]
Saya pilih vitamin c yang ada pelepasan masa sebab ada gastrik. Tak tahan asidic level tinggi sangat..