Kelebihan Belajar di PASTI
Melihatkan prestasi PASTI An-Nur Damansara Damai tahun lalu yang sangat cemerlang, Aisyah sambung ke kelas 6 tahun sessi 2010. Syukur alhamdulillah, guru PASTI sangat komited mendidik anak-anak.
Selain daripada pandai membaca dan mengira, kami cukup seronok melihat kesan penerapan nilai-nilai Islam di PASTI. Asas-asas Islam banyak diterapkan pada anak-anak PASTI.
Tak Dapat Hantar Sendiri
Cuma saya sedikit terkilan kerana tahun ni tak dapat hantar sendiri Aisyah ke sekolah macam tahun lepas. Tahun lepas dia belajar sessi pagi, tapi tahun ni dia masuk sessi petang sebab kelas pagi dah penuh.
Hari pertama ke sekolah hari tu, Aisyah sedikit merungut, “Nak papa hantar Aisyah (ke sekolah)” katanya. Tapi saya promosikan sikit kelebihan sekolah petang dan kelebihan pergi sekolah dengan Van Ustaz Saad, Aisyah boleh terima, alhamdulillah.
Berimpi Hantar Anak Ke Sekolah
Bila Aisyah merungut nak saya hantar sendiri dia ke sekolah, saya teringat pada sahabat saya Zainan. Katanya dia berimpi nak hantar (dan ambil) sendiri anak ke sekolah sejak anaknya umur setahun lagi.
Hari ni alhamdulillah, dia berjaya urus kerjayanya dengan baik. Dia dah ada waktu untuk itu.
Memang benar. Berbeza perasaan anak-anak bila kita sendiri yang hantar dan jemput mereka ke sekolah. Saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Wah, excitednya ke sekolah dan balik sekolah kalau mama abah sendiri yang hantar/ jemput.
Isu Keselamatan Anak-anak Sekolah
Itu dulu, tapi sekarang, isunya bukan sekadar excitement dan motivasi anak-anak, tapi soal keselamatan. Macam-macam isu yang timbul sejak akhir-akhir ni membuatkan kita ibubapa agak risau untuk biarkan anak-anak pergi dan balik sendiri dari sekolah.
Untuk Aisyah tahun ni, alhamdullillah. Orang yang hantar dan jemput dia ialah Ustaz Saad – pimpinan kami di Damansara Damai, dan ayah kepada sahabat karib saya. Kami kenal benar dengannya. Tanpa sahabat yang kami kenal, kami tak berapa selesa untuk biarkan Aisyah di hantar/ jemput ke sekolah oleh orang lain.
3 – 5 Tahun Mendatang
Rungutan Aisyah tu, membuatkan saya juga bercita-cita seperti sahabat saya, Zainan. 3 atau 5 tahun dari sekarang, kami nak hantar dan ambik sendiri anak-anak kami ke sekolah. Kami mesti berbuat sesuatu sekarang. Moga Allah mempermudahkan laluan kami untuk itu, amin…
Zulkifli