MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Inter-Takaful Operators Futsal 2011

August 1, 2011

Dah lama benar tak main futsal. Lebih kurang 2, 3 tahun juga tinggal. Alhamdulillah, dua minggu lepas main balik di Futsal Tournament Inter-Takaful Operators 2011, Triways Padang Jawa, Shah Alam. Just for fun.
Komen kawan-kawan “Huh, laju nyer kau main. Atas, bawah, atas, bawah. Larat pulak kau yer?”.
Alhamdulillah. Maksudnya, fitness masih ada. Ingatkan dah 3 tahun tak main, mesti pancit. Rupa-rupanya masih boleh bertahan. Taklah semput separuh mati macam mula-mula main tahun 2003 dulu.
Rupa-rupanya, main futsal lagi penat dari main bola padang sebab cara permainan futsal kena laju. Main tanpa henti. Tak macam bola padang. Kalau jaga bawah, masa bola naik atas kita boleh rest. Tapi futsal… huh… patut la orang cakap ramai star world cup asah bakat di gelanggang futsal sebelum jadi ‘star’. Apapun, syukur. Moga kita semua fit sepanjang masa, untuk nafas dakwah yang panjang. Jaga pemakanan, exercise 2, 3 kali seminggu, rehat yang cukup, jiwa terdidik, dan fikiran yang sejahtera. Itulah 4 kunci kesihatan optimum.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>