MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Adakah Benar Jual Beli Emas Public Gold Patuh Syariah (2025)?

Macam mana cara akad jual beli emas untuk pembelian emas secara online di Akaun Emas GAP Public Gold? 

Adakah sah aqad jual beli tanpa lafaz "saya jual" dan "saya beli" dengan Public Gold? 

Sebenarnya saya dah malas nak jawab...

More...

Soalan ringkas, jawapan berjela

Ibarat dah dapat cop halal dari pakar, tapi masih persoal tentang kesahihan cop halal tersebut. 

Bila orang tanya saya soalan macam ni pada tahun 2016 (lepas hampir 10 tahun Public Gold dapat sijil pengesahan syariah), saya akan tanya dia balik.

"Kalau beli dari vending machine, aqad dia macam mana?"

"Sah tak jual beli (di vending machine) tanpa aqad?"

Masing-masing garu kepala. Celaru... 

Ada yang jawab "tak ada aqad". 

Bahkan bila saya tanya, "aqad tu sebenarnya macam mana?".

Masing-masing krik, krik... Tak tahu... 

Tiada keperluan seminar syariah

Itulah sebabnya saya malas nak jawab... Sebab perkara paling basic tentang "aqad" pun tak faham. Apatah lagi tentang aqad jual beli emas yang lebih complicated.

Kalau saya nak cerita, nanti panjang... 

Sebelum PG dapat sijil syariah, saya memang jelajah seluruh Malaysia sampai Singapore ajar orang pasal jual beli emas patuh syariah bersama rakan saya Ustaz Khairul Anuar Basri.

Tapi lepas PG dapat sijil syariah, dah tak ada keperluan untuk saya buat seminar tu.

Bila pakar dah sahkan patuh syariah, kita (orang awam) boleh jual beli dengan yakin - tanpa perlu faham pun macam mana sesuatu jual beli tu patuh syariah.

Sebab pakar dah sahkan. 

Nak fahamkan orang pasal topik ni bukan mudah. Banyak yang persoal tentang aqad, tapi realitinya apa maksud “aqad” pun dia tak faham. 

Maksud "aqad" pun orang tak faham

Jual beli di vending machine tu pun kena ada aqad. Kalau tak ada aqad, jual beli tu tak sah. Haram dan berdosa... 

Ringkasnya, “aqad” maksudnya “offer & acceptance”. Tawaran jual dan beli. 

Apa sahaja bentuk yang menunjukkan wujudnya “offer” dan “acceptance”, maka aqad jual beli tu sah.

Walaupun tanpa tangan bersalam, tanpa lafaz “saya jual” “saya beli” pun... 

Semua urusan jual beli wajib ada aqad walaupun transaksi secara online ataupun vending machine.

Cuma maksud “aqad” tu pun orang tak faham. Apatahlah lagi nak hurai detail pasal syariah dalam jual beli emas yang lebih complicated.

Istilah “lani”, “yadan bin yadin” lagi pening nanti... 

Sijil patuh syariah Public Gold

Mungkin ramai tak tahu...

Sebenarnya saya lah yang propose kepada Founder Public Gold supaya dapatkan sijil patuh syariah. 

(Saya dengan bantuan Ustaz Khairul Anuar Basri)

Supaya customer PG dapat berjual beli dengan yakin tanpa was-was. 

Sebagai orang awam, sijil syariah ni sudah memadai untuk kita yakin SOP jual beli tu dah disahkan patuh syariah.

Macam JAKIM dah keluarkan sijil halal, maka orang awam dah tak perlu question dah... 

Memadai dah dengan pengesahan oleh pakar syariah. 

Tapi siapa berminat nak baca lebih detail, boleh baca artikel yang saya pernah tulis sebelum ni.

Kalau betul-betul nak faham, kena rajin membaca... Membaca tu jambatan ilmu...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Mekah
1 Jun 2025
5 Zulhijjah 1446H

Sebelum dapat sijil syariah, saya dan Ustaz Khairul Anuar sama-sama jelajah satu Malaysia (sampai Singapore) untuk beri ilmu jual beli emas patuh syariah. KLIK DI SINI untuk tengok balik posting berkaitan dengan seminar ni. 

Ini ketika kali pertama kami pertemukan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (penasihat syariah) dengan Dato Wira Louis Ng (Founder Public Gold) di Wisma PG Bayan Lepas, Penang.

Sijil patuh syariah Public Gold.

Laporan media tentang sijil patuh syariah Public Gold.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}