MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Makan Bersama, Ibadah Bersama : Kunci Bahagia Bersama Keluarga

Makan sama-sama... Ibadah sama-sama... 

Ini dua prime time saya bersama isteri dan anak-anak. Ini waktu privasi saya bersama keluarga.

Dua waktu ni, saya tinggalkan handphone.

Fokus cuma bersama keluarga sahaja. 

More...

Waktu terbaik komunikasi keluarga

Waktu lain, masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. 

Ada yang sibuk dengan sekolah.

Yang belajar universiti sibuk dengan kuliah.

Saya dan isteri sibuk dengan kerja.

Jadi waktu makan dan ibadah, saya akan kerah semua untuk ibadah dan makan sama-sama.

Inilah dua waktu semua ahli keluarga berkumpul.

Inilah waktu terbaik komunikasi dua hala bersama keluarga. 

Keluarga tempat untuk bertenang 

Dalam hidup ni, kita tak sunyi dari masalah...

Tapi apa pun masalah, selagi keluarga kita dalam keadaan baik dan harmoni, kita masih ada tempat untuk bertenang.S

tress di tempat kerja, balik rumah anak-anak sambut dengan pelukan, isteri tunggu dengan senyuman, stress kita hilang...

Rumahtangga jadi terapi untuk kita terus bertahan.

Sebesar mana pun masalah di luar rumah, masalah terasa kecil bila ada ahli keluarga yang masih menyayangi dan mempercayai kita.

Kita masih ada harapan untuk cipta masa depan yang lebih baik. 

Bina keluarga seiring kerjaya

Tanpa ahli keluarga, kekayaan dan kejayaan yang dicipta di luar rumah hampir tak bermakna.

Bahkan boleh merobohkan kejayaan-kejayaan yang pernah dicipta sebelumnya!

Nak pastikan kejayaan tu bermakna, pimpinlah ahli keluarga bersama. Kerjaya dan keluarga mesti grow bersama-sama.

Supaya kita dan ahli keluarga kita masing-masing di muka surat yang sama.

Barulah kejayaan yang kita cipta akan bermakna. 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."(Surah Ibrahim 14 : 40) 

#TipSuamiIsteri 

Zulkifli
Cyberjaya
4 Mei 2025
6 Zulkaedah 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}