MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Duit Ada, Ke Mana Patut Kita Pergi Dahulu?

Satu Soalan Yang Berat Di Hati

Duit pertama yang saya belanjakan untuk ke luar negara.

Walaupun dah banyak kali ke luar negara sejak 2013 bersama Public Gold, saya tak pernah belanjakan duit sendiri untuk ke luar negara sebelum ni untuk tujuan berjalan atau makan angin. 

Semuanya duit #PublicGold.

Trip umrah kali inilah duit pertama yang saya belanjakan.

Setiap kali datang keinginan nak pergi melancong guna duit sendiri, timbul rasa bersalah dan rasa berdosa selagi tak datang ke Baitullah di Mekah dan ziarahi Nabi s.a.w. di Madinah.

Saya fikir, kalau saya mati sebelum sempat datang ke sini, macam mana saya nak jawab di hadapan Tuhan satu hari nanti? 

More...

Kewajipan Yang Perlu Didahulukan

Haji dan umrah tu wajib. Ia rukun Islam ke-5.

Maksudnya setiap Muslim wajib persiapkan duit yang cukup untuk tunaikan haji dan umrah.

Kalau tak ada duit, kena cari duit.

Kalau tak mampu, kena usahakan sampai mampu. Kena usaha sehabis baik untuk tunaikan sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup kita.

Selagi belum cukup duit untuk tunaikan kewajipan itu, selagi itu patut rasa berdosa bermewah-mewah untuk perkara lain (yang bukan keperluan dan bukan kewajipan).

Bila ada duit lebih (setelah cukupkan simpanan haji dan umrah sekitar RM40k), pergilah nak pergi berjalan ke mana sekalipun. 

Itulah yang saya fikir...

Bila ada duit yang cukup, kita dah boleh merayu dengan pihak TH untuk pergi haji walaupun giliran kita belum tiba. 

Kena ada duit dulu baru boleh buat rayuan.

Sekurang-kurangnya kalau mati sebelum sempat tunai kewajipan haji, kita boleh jawab di hadapan Tuhan;

✅ Kita dah bekerja keras cukupkan duit untuk tunaikan haji.

✅ Kita dah buat rayuan tiap-tiap tahun untuk tunaikan haji.

Tapi mati sebelum sempat tunaikan haji... 

Kita dah buat yang terbaik sepanjang hidup kita untuk sempurnakan rukun agama yang ke-5...

Persiapan Lengkap, Tawaran Diterima

Tahun lepas isteri saya nak berjalan ke Korea dia rasa bersalah. Tapi saya bagitahu dia, pergilah... Kami dah buat persiapan cukup untuk haji. 

Hanya tunggu panggilan sahaja... 

Ya betul. Sebaik sahaja dapat panggilan, kami terus terima tawaran haji dalam masa seminggu. Bayar duit RM33,300 seorang dan sahkan menerima tawaran haji untuk tahun 1446H/ 2025 ni.

Alhamdulillah...

' Walkthrough ' Haji Bersama Ustaz

Hari ni kami ke Tanah Suci, disamping tunaikan umrah, datang nak belajar cara tunaikan ibadah haji dan buat persiapan untuk haji dengan bimbingan Ustaz Syahrul Azlan

Saya minta Ustaz bawa kami 'walkthrough' bagaimana perjalanan kami ketika haji nanti.

Alhamdulillah. Pukul 1.00 pagi tadi (bersamaan 6.00 pagi di Malaysia), kami selesai umrah pertama kami. 

Banyak yang kami belajar dari Ustaz.

Kami tengok Ustaz buat, kami follow. Yang mana tak faham atau kurang jelas, kami terus tanya. 

Misi seterusnya kami minta Ustaz bawa kami ke tempat-tempat yang kami perlu pergi ketika menunaikan haji nanti. 

Dan cadangan hotel yang kami nak menginap ketika musim haji nanti. InsyaAllah...

#TravelogUmrahDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya
9 Februari 2025 
10 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}