MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Momentum, Itulah di Sebalik Nasihat “Hadir MDC 4 Kali Berturut-turut”

September 18, 2026

"Siapa skip sekali MDC, kira reset. Kena start balik dari kosong!" 

Itulah apa yang En Wan Chapit share dalam #PGMDConference  ke-10 hari tu. Dia bukan cakap pasal teori, tapi pengalaman dia sendiri. 

Ramai yang tak faham di sebalik nasihat saya; "hadir 4 kali MDC berturut-turut untuk capai 1000 FL". 

Sebenarnya ia bukan tentang kekerapan hadir. 

Tapi tentang "momentum". 

More...

Momentum, tak boleh buat sekerat-sekerat 

Nak dapatkan momentum, tak boleh buat kerja sekerat-sekerat. 

Kena buat sampai habis... 

Sampai berjaya, macam pesawat nak take-off (berlepas). 

Pesawat penumpang terbesar; Airbus A380 akan pecut sejauh 3 kilometer secara berterusan sebelum tayarnya terangkat dan berlepas sepenuhnya. 

Kalau dia cuma pecut 1 km, kemudian berhenti. 

Lepas tu pecut lagi 1 km, kemudian berhenti lagi. 

Lepas tu pecut lagi, dia tak akan berjaya take-off walaupun sudah 3 kilometer dia pecut.

Malah, kalau pecut 10km berkali-kali dengan cara begitu pun pesawat tu tak akan berjaya berlepas!

Sebab ia bukan tentang jarak... Tapi momentum... 

Buat sekali, buat betul-betul sampai jadi 

Nak dapatkan momentum, kena buat secara berterusan sampai berjaya take-off sepenuhnya.

Lepas dah berjaya take-off, boleh tenang-tenang terbang tinggi di atas awan, tanpa perlu perah tenaga yang banyak macam masa nak take-off tu lagi...

Begitulah juga untuk cipta kejayaan...

Buat sekali, buat betul-betul sampai jadi...

Biar penatnya tu cuma sekali, tapi enjoy hasilnya sampai mati, insyaAllah...

Jangan buat sekerat-sekerat...

Kerja begitu penat yang tak akan pernah sudah...

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
18 September 2026
5 Rabiul Akhir 1448H

En Wan Chapit adalah achievers pertama yang buat sharing di pentas MDC ke-10 di MITEC, KL baru-baru ni. Bekas Mat Rempit, tapi sekarang income dia dengan PG sudah pun mencecah RM30k sebulan! MasyaAllah... Sharing beliau benar-benar berikan inspirasi kepada 2,800 peserta.

Saya tertarik dengan sharing Pn Risha. Lanyard MDC ni bukti beliau "follow system" yang akhirnya berjaya capai 1000 FL setelah join MDC 4 kali berturut-turut. Baca coretan di FB Pn Risha ni.

Ini foto saya dan isteri ketika di Shiphol Airport, Amsterdam (Netherlands). Carian saya dapati, pesawat penumpang terbesar; Airbus A380 di belakang saya tu perlu pecut secara berterusan untuk dapatkan momentum supaya tayarnya terangkat dan take-off (berlepas) sepenuhnya. Begitulah juga kita dalam mencipta kejayaan. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِBisnes, team perkongsian dan ilmu yang selama ini saya cari. Terlalu banyak ilmu yang dapat saya perolehi dari buku buku tuan mentor, journey saya sebagai Dealer Public Gold pun berjalan lancar lepas hadir ke MDC 10 yang pertama kali saya hadir setelah sebulan menjadi dealer. Pernantian saya untuk ke MDC 10 tidak sia-sia setelah bakat saya diasah oleh upline saya Dr. Wadie dan Puan Ciwa, cabaran Dr. Syafiq Roslan juga menjadi batu loncatan kepada saya untuk lebih bekerja keras dengan lebih semangat. InsyaAllah saya akan menjadikan diri sebagai contoh kepada keluarga saya secara peribadinya dan umumnya kepada penyimpan emas bawah bimbingan saya pula. Terima kasih Tuan Mentor sudah bertahan dan berusaha gigih melebarkan sayap G100Network hingga kami juga mendapat rahmat dari usaha gigih tuan. Alhamdulillah.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}