MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kalau Public Gold Tutup Macam Mana? Itu Soalan 15 Tahun Lalu. Tapi Sekarang…

September 19, 2026

15 tahun lalu, orang selalu tanya saya; kalau Public Gold tutup macam mana?

Jawab saya, asalkan emas ada di tangan kita, Public Gold tutup pun tak ada masalah. Emas laku di mana saja, pada bila-bila masa, di seluruh dunia. 

Kita tak terikat dengan mana-mana kilang atau pengeluar. 

Sebab nilai emas berdiri dengan sendiri. Nilainya melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Tak perlu jaminan daripada sesiapa pun. 

More...

Dulu orang selalu tanya soalan ni 

Dulu orang tanya soalan tu sebab umur #PublicGold masa tu belum pun sampai 5 tahun. Entah company ni boleh survive ataupun tidak...

Tapi sekarang, persoalan tu dah tak timbul...

Sebab sesiapa pun boleh datang tengok sendiri kilang #PublicGoldRefinery tersergam di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kilang bernilai RM30 juta. Kosnya memerlukan seketul setengah gold bar yang saya pegang ni!

Emas RM18 juta untuk display saja!

Ini gold bar seberat 31.1 kilogram (1000 troy ounce) yang nilainya sekarang sekitar RM18 juta. Masuk dalam Malaysia Book of Records.

Saya bayangkan betapa kayanya Public Gold.

Nilai sebesar RM18 juta tu dijadikan bahan untuk display kepada orang ramai saja!😅

Kalau kita, emas 1 dinar yang nilai sekitar RM2,500 pun dah risau mana nak sorok... Tapi Public Gold guna untuk display macam tu saja...🤣

Ini bukti Public Gold bukan company kaleng-kaleng... 

Zulkifli
Penang
16 September 2026
3 Rabiul Akhir 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}