Emas Juga REAL Property!

by on November 11, 2010

Simpan emas bagus untuk pendidikan anak-anak dan pergi haji.

Hari tu, masa ke pejabat Public Gold di Sunway Mentari, sempat sembang lama dengan Raymond, staff Public Gold. Masa tu dah nak maghrib. Orang semua dah balik. Tinggal staff Public Gold, dan dua orang dealer termasuk saya.

Pengalaman Belajar Uji Ketulenan Emas

Sempat tengok macam mana dia test berat dan ketulenan emas dan perak. Dan mungkin, itulah kali pertama saya sentuh dinar emas dan kepingan emas seberat 20 gram, 50 gram dan 100 gram! Emas orang punya, bukan saya punya… (“,)

Sebelum tahu pasal emas ni, saya memang tak ambik peduli sebab saya ingatkan emas ni hal orang perempuan jer.

Satu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh Raymond sambil tengok dia test emas-emas yang orang jual balik pada Public Gold.

Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak

“You tahu tak macam mana orang Cina simpan emas untuk education anak dia?” Wah… teringin juga nak ambik tahu.

Katanya, masa anak tu lahir, dia akan beli kepingan emas 100 gram dan simpan. Setiap kali birthday anak dia, dia akan beli sekeping 100 gram. Bayangkan 18 tahun dia buat macam tu. Maknanya masa birthday ke-18, anak tu ada 18 keping emas 100 gram! Bersamaan 1,800 gram emas! Kalau ikut nilai sekarang, value emas dia ialah RM270,000! Wah… lepas duit belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi…

Pada saya, kalau tak mampu simpan emas 100g setiap kali birthday anak, belilah dinar, ataupun gold bar 20g. Janji ada TABIAT menyimpan untuk anak-anak.

Satu perkara yang kita kena ingat, untungnya simpan emas ialah ia tahan inflasi. Kalau simpan duit, nilai RM270,000 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan 1,800 gram emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1,800 gram hari ni, bahkan mungkin lebih.

Nak Pergi Haji, Simpan Emas

Satu ilmu penting yang saya belajar masa ke Seminar Perniagaan Emas hari tu ialah, kalau nak pergi haji, simpan emas. Sebabnya, kita tak perlu takut kalau kos pergi haji meningkat. Kos haji meningkat, maksudnya kuasa beli duit kertas menyusut! Tapi kalau simpan emas, emas tu nanti cukup untuk pergi haji, bahkan mungkin akan lebih lagi. Sebabnya harga emas meningkat, nilai duit kertas menyusut!

Jadi, nak pergi haji simpan emas. Untuk pendidikan anak-anak, simpan emas. Nak simpan duit kawin, simpan emas. Sebabnya, emas juga adalah REAL PROPERTY.

Dulu saya ada terfikir nak “protect wealth” dengan beli hartanah. Beli rumah untuk disewakan, ataupun beli tanah. Bukan nak buat untung sangat, tapi nak lari dari inflasi sebab nilai hartanah sentiasa naik. Tapi masaalahnya, modal tak besar. Keduanya urusan jual beli hartanah bukan mudah. Makan masa.

Emas Juga Adalah Real Property

Bila dah tahu pasal emas, alhamdulillah… saya senang hati sekarang. Modal kecik pun boleh beli REAL PROPERTY! Kalau ada dalam RM600, belilah dinar. Kalau ada dalam RM3,000 – RM4,000, belilah gold bar, ataupun syiling emas. Emas juga adalah REAL PROPERTY! Mungkin ia adalah real property yang MOBILE! Boleh disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Apa-apa pun simpanan, ianya sangat ideal bagi orang hidup ‘tanpa’ hutang! Kalau banyak hutang, langsaikan hutang dulu. Lagi-lagi kalau hutang kad kredit. Sebabnya, interest dia 18% setahun! Wow… banyak tu. Boleh set-off dengan kadar kenaikan harga emas setahun!

Jom, pakat-pakat hidup tanpa hutang. Bukan sekadar plenty of money, tapi yang lebih penting ialah peace of mind kata mentor saya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Oktober 2010
19 Dzulkaedah 1431

{ 8 comments… read them below or add one }

1 azfar November 13, 2010 at 5:53 am

Assalam… Menarik ni, kalau boleh tulis hubungan emas & zakat mngkin org dah minat dgn emas (termasuk ana)cuma zakat plak mcmne?

Reply

2 Mohd Zulkifli November 13, 2010 at 10:54 am

Azfar,

(1) Zakat Emas Tak Dipakai

Zakat emas simpanan (emas tak dipakai) ni 2.5% kalau cukup nisab 85gram. Kalau cukup/ lebih 85g, kena zakat 2.5%.

Contohnya kalau ada 100g, zakat emas ialah nilai emas semasa bagi 100g emas, darab dengan 2.5%. Itulah zakat emas yang tak dipakai.

(2) Zakat Emas Dipakai

Kalau barang kemas dipakai walaupun sekali dalam setahun, zakatnya dikira kalau melebihi uruf. Uruf di KL buat masa ni ialah 150g. So, kalau orang rumah ada barang kemas 150g, baru kena zakat 2.5% atas lebihan 150g tu.

Wallahu ‘alam.

Reply

3 Anonymous June 20, 2012 at 5:15 pm

jadi maknanya emas dinar,atau gold bar tmasuk dlm emas yg x dipakai la kan..terima ksih en zul

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2012 at 6:22 am

Betul tu. Dinar dan Gold bar termasuk dalam kategori emas yang tak dipakai.

Reply

5 Anonymous November 4, 2012 at 4:39 am

As salam. En zul, sya nk bertanya mengenai emas perhiasaan.sama ka nilai dgn gold bar,syiling or dinar emas?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2012 at 6:25 am

Wslm tuan,

Emas perhiasan hanya sesuai untuk perhiasan. Ia lebih mengutamakan kecantikan, bukan keuntungan. Umumnya, emas perhiasan ni susut nilai sekitar 25% bila kita jual balik.

Emas pelaburan (dinar, gold bar) memang dikeluarkan khas untuk pelaburan. Ciri-ciri paling utama susut nilainya rendah. So, untung jauh lebih cepat berbanding emas perhiasan. Kalau tuan nak beli emas untuk dipakai, tapi dalam masa sama nak buat pelaburan, boleh beli barang kemas i-series Public Gold. Susut nilainya cuma 10%.

Wallahu a’lam.

Reply

7 Anonymous November 6, 2012 at 3:33 am

Camna nk dptkan brg kemas i- series?design n paten cmna?harganya lebih rendah ka mahal dr emas perhiasan di kedai?maaf byk tya.bleh tuan jelaskan.sya berhasrat melabur dan pd masa yg sama bleh dipakai emas tu.terima kasih.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie November 6, 2012 at 6:40 am

Nak dapatkan emas tu boleh beli melalui mana-mana dealer Public Gold atau direct ke office Public Gold. Kalau puan perlu bantuan saya, boleh sms pada saya 019-3368009.

Design dia standard. Puan boleh cek di web Public Gold. Gunakan link ni:

http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=799

Harga dia lagi murah dari emas perhiasan di kedai emas dan tak ada caj upah. Memang sesuai sangat untuk dipakai dan dalam masa sama sesuai buat pelaburan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: