Membangun Diri

Mula Dengan Sebuah Impian

April 6, 2017 Membangun Diri
Thumbnail image for Mula Dengan Sebuah Impian

Zaman kanak-kanak dulu, aplikasi seperti Waze dan Maps, hanya boleh dilihat dalam cerita kartun. Jam tangan yang boleh jadi telefon seperti Apple Watch juga hanya boleh dilihat dalam cerita kartun. Semua teknologi tu seolah-olah sesuatu yang mustahil pada orang awam ketika itu. Tetapi pada hari ini, ianya sudah jadi realiti dan sesuatu yang biasa bagi […]

Kejayaan Adalah Tentang Cara Berfikir

March 22, 2017 Bisnes
Thumbnail image for Kejayaan Adalah Tentang Cara Berfikir

Seorang anak murid saya dalam bisnes mengadu, dia rasa lemah semangat untuk bina bisnes sebab kenalan dia maju dalam bisnes sangat cepat berbanding dia. Saya senyum sambil kami menikmati sarapan Nasi Kerabu…. Saya tanya dia balik, apa yang dia fikir kalau kenalan dia tu sama-sama buat bisnes bertahun-tahun tapi bisnesnya tak maju-maju? Adakah dia rasa […]

Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan Bisnes

March 9, 2017 Bisnes
Thumbnail image for Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan Bisnes

Cara kerja makan gaji tak sama dengan bisnes. Orang bekerja bila bos suruh, suka tak suka kita tetap buat. Walaupun kita benci boss sekalipun, kita buat juga apa yang dia suruh. Walaupun akhirnya pekerjaan itu bukan milik kita, kita tetap buat mengikut arahan bos. Kerja kita tetap jalan… Dalam bisnes berbeza. Antara cabaran besar bila […]

Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya

January 10, 2017 Membangun Diri
Thumbnail image for Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya

Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya hanya memulakan bisnes ketika saya terdesak perlukan pendapatan tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan. Masa saya baru nak belajar berbisnes kira-kira 13 tahun dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”. Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya […]

Azam Sahaja Tak Cukup Untuk Berjaya

January 3, 2017 Membangun Diri
Thumbnail image for Azam Sahaja Tak Cukup Untuk Berjaya

Masuk tahun baru, ramai yang meletakkan azam untuk berjaya. Meletakkan azam untuk berjaya itu penting, tetapi azam sahaja tak cukup. Kena letak “komitmen” barulah boleh berjaya. Pengalaman saya 2016, saya meletakkan azam untuk tulis buku tentang emas pertama saya. Maka saya letak target nak siapkan buku itu pada  Jun 2016. Saya siap tampal matlamat itu […]

Perelokkan Adab Dalam Berguru

November 16, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Perelokkan Adab Dalam Berguru

“En Zul, saya nak tanya tentang syariah dalam jual beli emas bla… bla… bla…”. Saya jawab sepatah, dia balas 3, 4 patah. Saya terangkan lagi, tetapi belum habis saya beri penerangan, dia sudah potong dengan cerita dan hujjah dia bla bla bla sehingga saya terpaksa beritahu, “diam dulu, biar saya habiskan penerangan saya dulu”. Saya […]

Cara Berfikir dan Masa Depan Kita

August 23, 2016 Membangun Diri
Thumbnail image for Cara Berfikir dan Masa Depan Kita

Semasa rakan saya dari Public Gold Singapore tunggu di lobi Pariss Hotel (JB) untuk bawa saya menyampaikan seminar di Singapore, dia cuba belek-belek akhbar yang diletakkan di lobi hotel. Lihat sahaja “headline” di semua muka depan akbar yang ada di situ, dia terkejut dan terus letak. Tak tahan katanya… Akhbar di Malaysia kebanyakkanya NEGATIF. Kalau […]

Notis 2 Jam Berhenti Kerja, Apakah Persiapannya?

August 16, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Notis 2 Jam Berhenti Kerja, Apakah Persiapannya?

Disebabkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang, saya dapat maklumat ada syarikat Oil & Gas yang memberhentikan staff mereka hanya dengan 2 jam notis. Dapat notis diberhentikan kerja, terus susun-susun barang dan diminta keluar dari pejabat. Bahkan ada yang siap diiring keluar dengan pengawal keselamatan lagi! Nampak kejam dan boleh sakit jantung… Pemberhentian begitu sudah empat […]

Mengajar Untuk Lebih Pandai

July 28, 2016 Membangun Diri
Thumbnail image for Mengajar Untuk Lebih Pandai

Cara lebih cepat untuk jadi lebih pandai pada sesuatu ilmu ialah dengan mengajarkan ilmu tersebut. Lepas belajar, jangan sekadar disimpan ilmu itu, tetapi sampaikan ilmu itu kepada orang lain walaupun sedikit. Tahu sedikit, sampaikan sedikit. Tahu banyak, ajarkan lebih banyak. Saya percaya, orang yang mengajar akan sentiasa setapak kehadapan berbanding orang yang sekadar belajar. Orang […]

Motivasi Dari Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari

July 19, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Motivasi Dari Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari

Sejak zaman sekolah menengah lagi, hampir setiap kali Ramadhan, maka saya wajibkan diri untuk khatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sepanjang Ramadhan. Selalunya dalam tempoh 11 bulan di luar Ramadhan, saya tak dapat habiskan. Baca sekadar baca, tetapi kurang fokus berbanding Ramadhan. Saya fikir, kalau tak dapat habiskan di bulan-bulan lain, sekurang-kurangnya saya habiskan bacaan […]

Bahagiakan Diri Dengan Apa Yang Ada

June 28, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Bahagiakan Diri Dengan Apa Yang Ada

Tuhan tak bagi semua benda pada semua orang. Dia bagi kita satu kelebihan, Dia datangkan bersamanya kekurangan pada yang lain. Jadi kita akan sentiasa rasa susah hati kalau hanya tengok apa yang orang ada, sedangkan orang itu pun susah hati dengan apa yang dia tiada. Orang baru bekerja rasa susah hati bila tengok senior gaji […]

Bayar Yuran Kebodohan, Fokus Masa Depan

June 14, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Bayar Yuran Kebodohan, Fokus Masa Depan

Dalam usaha membina kekayaan, setiap orang pasti pernah buat kesilapan yang merugikan. Saya gelarkan ia sebagai “yuran kebodohan”. Lagi besar kebodohan, lagi besarlah yurannya. ‘Yuran kebodohan’ pertama saya ialah sebanyak RM1,800 akibat tertipu dengan sindikit “Gores & Menang”. Ketika itu, duit simpanan kami suami isteri yang ada cuma duit maskahwin sebanyak RM3,000 sahaja. RM1,800 waktu […]

Kemajuan Terhenti Bila Kita Berhenti Belajar

June 7, 2016 Membangun Diri
Thumbnail image for Kemajuan Terhenti Bila Kita Berhenti Belajar

Tak kisah setinggi mana tahap kita, jika kita rasa sudah pandai dan berhenti untuk belajar dan mencari ilmu baru, kemajuan kita akan turut sama terhenti. Bahkan lebih teruk, ia bukan sekadar berhenti, tetapi akan UNDUR semula kebelakang. Cuba lihat syarikat yang pernah gah satu masa dahulu. Waktu itu kita fikir tak siapa boleh menyaingi bisnes […]

Semua Orang Tuhan Jadikan Pandai

May 24, 2016 Membangun Diri
Thumbnail image for Semua Orang Tuhan Jadikan Pandai

Anak saya darjah 1 rasa dirinya kurang pandai, sebab dia di kelas C. Katanya, pelajar yang pandai semuanya di kelas A. Saya beritahu dia, Tuhan ciptakan manusia semuanya pandai, cuma kepandaian manusia tu berbeza-beza. Cikgu pandai mengajar, tetapi kalau kereta cikgu rosak, dia terpaksa hantar kepada pomen. Saya tanya anak saya, pomen tu pandai atau […]

Jangan Tunggu Perfect Time

May 17, 2016 Bisnes
Thumbnail image for Jangan Tunggu Perfect Time

Nanti dah pencen, nak mula berniaga sebab waktu itu dah tak ada komitmen kerja, anak-anak pun dah besar. Bila anak-anak dah besar, bisnes akan lebih kencang sebab anak-anak dah boleh urus diri sendiri dah, maka boleh lah fokus bisnes. Bila dah jalankan bisnes secara sepenuh masa, maka bisnes akan lebih kencang sebab banyak masa dapat […]

Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak

April 26, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak

Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah dan ia pernah merisaukan saya suatu ketika dahulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Jadi secara logik biasa, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama. Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet […]

Cara Menghidupkan Impian Dalam Diri

April 19, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Cara Menghidupkan Impian Dalam Diri

Hidup tanpa “Impian ” umpama hidup tanpa halatuju; tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup dan sekadar mengikut arus sahaja. Bila menjelang usia tua atau saat kematian nanti, mereka akan diselubungi 1001 kekesalan kerana tak berbuat sesuatu untuk mencapai apa yang penting dalam hidup. Hidup kita hanya sekali. Jadi sentiasa hidupkan impian dalam diri […]

Pilih Komisyen atau Gaji Tetap?

April 12, 2016 Bisnes
Thumbnail image for Pilih Komisyen atau Gaji Tetap?

Sewaktu saya menunggu isteri membeli barang di sebuah kedai, ada seorang jurujual UNIFI minta saya snap foto di booth UNIFI yang baru dibukanya betul-betul berhadapan kedai. Jurujual (berumur sekitar awal 20-an) itu nak hantar foto kepada bossnya sebagai bukti dia bertugas membuka booth. Sebaik sahaja snap foto, saya terus tanya, adakah dia dibayar gaji tetap […]

Tangguhkan Kemahuan Demi Masa Depan

March 31, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Tangguhkan Kemahuan Demi Masa Depan

Saya mengikuti forum Tuan Faizul Ridzuan dan Pakdi dalam Simposium Ringgit (SUPER) 2015, persamaan ketara mereka ialah mereka amalkan “delayed gratification”, tangguhkan dahulu kemahuan buat seketika. Tuan Faizul membeli kereta pertama (2nd hand) hanya selepas dia membeli 13 buah rumah! Itupun dibeli disebabkan mahu sambut kelahiran anak pertama! Bukan saja-saja beli. Kata beliau, ia soal […]

Jangan Harapkan Tongkat Kerajaan

March 22, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Jangan Harapkan Tongkat Kerajaan

Dalam beberapa tulisan Robert Kiyosaki, beliau selalu ingatkan, jangan harapkan kerajaan untuk urus kewangan kita. Kita mesti ambil tanggungjawab penuh tentang kewangan kita sendiri. Bagi beliau, kerajaaan tak mempunyai kebijaksanaan dari sudut mengurus kewangan demi kepentingan rakyat. Kerajaan hanya pandai kutip duit kita (rakyat) melalui cukai dan skim-skim simpanan (hari tua) dan membelanjakannya… Strategi kerajaan […]