MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tetaplah Dengan Rutin Yang Betul, Jangan Sesekali Berhenti

April 1, 2024

Puasa pun terus exercise juga...

Kalau stop exercise bulan puasa ni, lepas raya nanti susah nak start balik. Selalunya berbulan-bulan lepas tu baru start balik.

Benda rutin, kalau stop, susah nak start balik.

Nak buat perkara betul sampai jadi rutin, susah. Kalau dah stop, nak rutinkan balik pun susah.

More...

Risiko bila ubah-ubah rutin  

Bila faham kaitan rutin dan kejayaan masa depan, saya decide untuk terus jer exercise setiap hari macam biasa - walaupun bulan puasa.

Kalau tak cukupkan langkah di taman, saya cukupkan langkah di shopping mall! Janji kena complete 4 km - 5 km sehari.

Sebelum ni, setiap kali Ramadhan, saya akan berhenti exercise.

Sebab tak boleh minum air lepas exercise. Kononnya lepas raya nak start balik.

Tapi realitinya, berbulan-bulan lepas raya baru start balik!

Bulan puasa, berat badan dah turun. Beberapa bulan lepas raya, berat badan naik balik. Naik lebih dari sebelumnya!

Prestasi tenggelam timbul

Sebelum puasa, dah elok dah jaga makan dan rutinkan exercise. Tapi masuk raya, rutinkan perkara sebaliknya - makan, makan, makan... 

Usaha nak jaga kesihatan yang dah berbulan-bulan akhirnya back to square one! Balik asal...

Waktu tu datang rasa insaf... Mulakan balik rutin sebelumnya - jaga kesihatan... Jaga makan... Selalu exercise... Sampailah datang bulan puasa...

Macam tu lah rutin bertahun-tahun...

Jadi tahun ni saya buat azam baru. Nak teruskan rutin yang betul. Dan tambah rutin-rutin baru, khususnya tentang baca Quran...

Sepanjang Ramadhan kali ni, masih lagi konsisten baca Quran 1 juzuk sehari. Alhamdulillah... 

Rutinkan sampai hujung nyawa

Saya letakkan azam nak teruskan rutin baca 1 juzuk sehari walaupun dah habis Ramadhan... InsyaAllah...

Kalau masa dalam penjara saya boleh konsisten baca 1 juzuk sehari sepanjang 2 tahun, saya fikir kenapa bila bebas saya tak teruskan baca 1 juzuk sehari sepertimana ketika dipenjarakan dulu?

Setiap kali ingat tentang rutin baca Quran 1 juzuk sehari sepanjang 2 tahun di penjara, saya sentiasa rasa malu pada diri sendiri.

Perkara yang betul, rutin yang betul, sepatutnya kena diteruskan sampailah ke hujung nyawa nanti. Jangan berhenti...

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat (kasih sayang) di sisi-Mu. Kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurniaan)” (Surah Ali ‘Imran 3 : 8 )

Zulkifli
Cyberjaya
1 April 2024
21 Ramadhan 1445H

#IslahDiri #TabahHadapiMusibah #HealthisWealth

Abu Musa Al-Ash'ari (Semoga Allah meredhai dia) melaporkan: Rasulullah (ﷺ) bersabda,

"Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit atau sedang bermusafir (yang tidak membolehkan dia meneruskan rutin amalannya), akan dicatatkan pahala baginya sepertimana dia beramal ketika dia berada di rumah dan ketika waktu sihat."

[Riyadhus Solihin, 133] [Bukhari, 2996]

“Kalau sesuatu topik tu penting, kena ulang belajar. Kalau sesuatu perkara tu penting untuk disampaikan, kena ulang cakap. Kalau aktiviti tu berkesan dapatkan hasil, kena ulang buat. Kejayaan adalah tentang buat perkara betul berulang-ulang!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 3 September 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>