Mudahnya Mulakan Bisnes Dengan Facebook

by on September 22, 2013

Post image for Mudahnya Mulakan Bisnes Dengan Facebook

Beberapa kali saya conduct kursus New Dealer Orientation di Public Gold Sunway, satu tanggungjawab besar yang saya terfikir-fikir iaitu macam mana nak bantu dealer baru menjana pendapatan dari bisnes Public Gold dengan pantas. Walaupun kekuatan sebenar saya pada blog tapi tak mudah untuk bermula. Boleh dikatakan 90% bisnes saya datangnya daripada blog, 9% dari facebook, dan 1% secara offline.

Nak ajar blogging memang memakan masa. Saya menulis blog sejak tahun 2008 lagi. Memang banyak yang kena belajar kalau nak berblog. Antaranya nak faham setup blog yang bukan simple, skill penulisan yang perlukan latihan berterusan, dan strategi marketing blog tu sendiri. Pendek kata, ilmu blogging ni perlukan masa. Dan saya dah ada asas blogging sebelum buat bisnes Public Gold lagi. Jadi, untuk orang baru, Facebook jauh lebih mudah, tapi kena tahu cara yang betul.

Persoalannya, kenapa bisnes saya cuma 9% jer dari facebook?

Saya belum berpeluang memanfaatkan facebook sepenuhnya sebab saya masih lagi seorang pekerja (sewaktu saya menulis artikel ini). Antara Facebook Friends saya termasuk rakan sepejabat dan supervisor saya sendiri. Boleh berfacebook, tapi tak boleh nampak kuat sangat bisnes sebab tak ada boss atau majikan yang suka pekerjanya buat bisnes sampingan. Nak posting bisnes boleh, tapi berpada-pada. Melainkan, remove semua rakan pejabat dan supervisor, baru boleh all-out! (“,)

Top Dealer Manfaatkan Facebook 1o0%

Walaupun saya belum manfaatkan facebook sepenuhnya, tapi selalu ada jer yang tanya pasal emas ataupun nak beli emas setiap kali saya buat posting di facebook. Kekadang sampai terpaksa tangguhkan new posting kalau tengah sibuk. Takut tak terlayan bila ada orang tanya. Bila ada pengalaman dengan facebook walaupun belum sepenuhnya, saya fikir, memang masuk akal lah macam mana ada Master Dealer yang boleh buat sales lebih RM3 juta setahun hanya dengan facebook. 100% facebook. Tak ada talk, seminar, sebar brosur, mahupun blog. Pagi, petang, siang, malam semuanya facebook. Nampak simple, betul tak?

Jadi kalau nak jana pendapatan dengan pantas, saya syorkan orang baru supaya mulakan dengan FACEBOOK! Hari ni start bisnes, bulan ni juga boleh jana pendapatan, insyaAllah. Sejak saya ajarkan strategi bisnes melalui facebook ni kepada dealer-dealer yang hadir ke Seminar New Dealer Oriention di Sunway, nampaknya berhasil. Mereka mula sibuk melayan customer di facebook. Alhamdulillah.

peluang kembangkan bisnes melalui facebook

7 Peluang Bisnes Melalui Facebook

Kenapa saya syorkan bermula dengan facebook? Sebabnya ada 7 peluang yang memudahkan kita buat bisnes melalui facebook iaitu:

#1 – Senang Bermula

Facebook senang dan cepat untuk bermula, sebab semua orang ada facebook. Zaman sekarang, pakcik makcik pun ada facebook. Yang perlu belajar ialah macam mana memanfaatkan facebook untuk kembangkan bisnes, tanpa perlu jadi salesman di facebook.

#2 – Facebook Friends Ramai

Kalau orang cakap dia tak ramai kawan sekalipun, tapi saya yakin at least dia ada 200 facebook friends. Dan kalau betul tak ramai sekalipun, boleh add kenalan baru dengan mudah sebab pastinya friend of friend tu jumlahnya beribu. Kajian menunjukkan rakyat Malaysia lah yang mempunyai facebook friends paling ramai berbanding rakyat negara lain. Secara purata, setiap pengguna facebook di Malaysia ada lebih kurang 233 facebook friends. Facebook friend inilah bakal jadi customer, insyaAllah.

#3 – Pengguna Buka Facebook Setiap Hari

Majoriti orang yang ada facebook akan buka setiap hari, dan majoritinya adalah silent reader. Walaupun mereka tak pernah letak “Comment”, tekan “Like”, apatah lagi tekan “Share” button untuk mana-mana posting, tapi mereka setiasa ikuti perkembangan kawan-kawan di facebook. Sebelum baca surat khabar, dia akan buka facebook dulu. Sebelum tidur pun dia tengok facebook dulu. Pagi petang siang malam buka facebook.

Saya ada banyak pengalaman; ramai silent reader PM personally bertanya tentang emas walaupun saya tak pernah nampak dia muncul di facebook. Saya sampai dah terlupa yang dia adalah friends di facebook. Tahu-tahu, nak beli emas! (“,)

#4 – Medium Komunikasi Dua Hala Paling Mudah

Facebook adalah medium paling mudah untuk komunikasi dua hala terutamanya dengan orang yang kita belum pernah kenal. Bila kita buat posting, orang boleh letakkan comments, dan kita boleh reply terus. Ataupun ramai juga yang lebih suka hantar “private message” kalau ada persoalan khusus. Pendek kata, kalau tak pernah kenal sekalipun, orang tak segan silu untuk bertanya di facebook.

#5 – Majoriti  Friends Tak Tahu Pelaburan Emas

Majoriti orang di facebook tak tahu ilmu pelaburan emas yang betul. Sehingga ke saat saya menulis artikel ni, tak sampai 1% pun rakyat Malaysia dewasa yang jadi customer Public Gold. Kalau kita tak berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul, nanti kesian kawan-kawan kita buat kesilapan-kesilapan yang merugikan, apatah lagi terjebak dengan macam-macam skim pelaburan emas. Beli emas, dapat kertas! Emas tak dapat, duit pun lesap!

#6 – Tak Perlukan Kemahiran Menulis

Facebook senang nak buat posting. Tak perlu karangan yang panjang, dan tak perlu skill yang khusus untuk menulis. Yang penting, kita ikhlas berkongsi ilmu. Semua perkongsian bersifat “informal”. Tak perlu tulis cara “skema”. Yang penting, tulis dengan ikhlas. Kalau tak tahu tulis sekali pun, pos jer foto-foto emas Public Gold secara konsisten. Sure akan ada orang tanya, insyaAllah.

#7 – Ianya Percuma!

Ianya PERCUMA! Itu paling penting. Tak perlu habis duit petrol dan tol untuk ke sana ke mari untuk cari customer sebab customer di internet dah terlalu ramai sampai tak terlayan. Dah  lebih 2 tahun saya buat bisnes Public Gold, saya tak pernah cari customer dengan buat appointment melainkan customer tu mintak buat appointment dengan saya. Mereka nak jumpa sebab nak belajar tentang emas, bukan sekadar nak beli emas. Jadi saya nampak, orang cari kita bukan sebab kita jadi dealer, tapi sebab sebab kita ada ILMU. Jadi kalau nak ada bisnes yang besar, mulakan dengan ilmu (belajar), dan ajarkan ilmu kepada orang lain. InsyaAllah.

Persoalan sekarang, macam mana nak berniaga emas melalui facebook? InsyaAllah saya akan sambung teknik sebenar berniaga emas Public Gold di artikel yang lain, insyaAllAh.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2013
17 Zulkaedah 1434

Baca seterusnya:

(Kredit foto : creativesapphires, aspiredmusewebdesigns)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: