MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tahun Pertama Masa Untuk Membina Foundation

January 19, 2016

Tahun pertama buat bisnes, ia bukanlah masa untuk buat duit tetapi ia fasa membina foundation (tapak) yang kukuh supaya ia bertahan lama. Ia fasa paling kritikal. Kalau kita kaji bagaimana pembinaan bangunan KLCC, ia mengambil masa 4 tahun untuk capai ketinggian 375 meter. Faktanya, engineer mengambil masa 1 tahun hanya untuk perancangan, dan 1 tahun untuk membina foundation yang hanya kedalaman 30 meter! Maksudnya lebih 50 peratus masa pembinaan dihabiskan hanya untuk perancangan dan foundation sahaja untuk memastikan bangunan tertinggi di dunia itu (suatu waktu dahulu) terus berdiri teguh hingga ke hari ini.

Begitu jugalah bisnes kita. Tahun pertama dalam bisnes, fokus kita ialah membina asas yang kukuh. Hasilnya mungkin tak seberapa kalau dilihat dari sudut wang ringgit, tetapi bila foundationnya selesai, bisnes akan bangun dengan cepat, insyaAllah.

Jadi foundation yang perlu kita biasa pada tahun pertama sepatutnya;

#1 – Foundation Ilmu

Ruangkan masa untuk dapatkan ILMU. Baca buku-buku tentang emas dan tips membina bisnes yang betul, hadir ke seminar-seminar berkaitan, dan berkawanlah dengan mereka berjaya serta mereka yang mempunyai misi yang sama dengan kita.

Sila minta mentor cadangkankan apa buku yang perlu dibaca dan apa seminar yang perlu dihadiri untuk memajukan diri kita.

#2 – Foundation Pengalaman

Kita tak pernah berniaga emas sebelum ini, jadi anggap tahun pertama ialah tahun untuk dapatkan pengalaman pertama; pengalaman handle persoalan customer, memahami kerenah customer dan memahami cabaran dalam bisnes.

Dalam mencari pengalaman itu, kita pasti akan buat silap. Itu saya jamin. Jadi bersiap bersedia untuk terbuat kesilapan dalam bisnes dan belajarlah dari kesilapan tersebut.

Mana-mana orang berjaya pasti pernah buat silap, tetapi kesilapan itu boleh dikurangkan bila kita belajar dari mereka yang telahpun berjaya. Sekurang-kurangnya kita sudahpun belajar dari kesilapan mereka.

#3 – Foundation Kepercayaan

Waktu kita baru setahun jagung, siapalah nak percaya kita untuk bercakap tentang emas? Jadi waktu itu kita kena bina kepercayaan dengan cara tumpang reputasi guru-guru emas supaya customer tahu, kita dilandasan yang betul. Kalau bercakap tentang emas, berikan kredit kepada guru yang telahpun dipercayaai reputasinya tentang emas seperti En. Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) .

Kalau pergi seminar atau berpeluang jumpa dengan orang seperti beliau, snap foto dan upload difacebook. Ini penting supaya bakal customer kita tahu, kita pandai sebab kita dibimbing oleh guru yang betul, bukanlah sebab kita pandai-pandai.

petronas twin tower kuala lumpurKerja paling memakan masa untuk membina bangunan tinggi ialah tapaknya. Tapak yang kukuh akan menjamin binaan itu stabil dalam jangka panjang. Jadi bersabarlah…

Dari RM200 Menjadi RM200,000

Untuk membina follower kita sendiri, ingat pesanan guru saya ni, “people will follow other people who follow other people”. Follower kita lebih yakin untuk follow kita bila mereka tahu kita juga follow someone yang sudahkan terbukti berjaya.

Itulah fokus pada tahun pertama membina bisnes. Pada bulan ke-13 saya menjadi dealer Public Gold, pendapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM200 sebulan dan ia bukan satu kejutan sebab saya tahu apa saya buat. Pendapatan RM200 tu saya anggap sebagai buat duit sambil belajar. Alhamdulillah, ianya terbukti, pendapatan itu telahpun meningkat menjadi RM2,000 dan lebih RM20,000 sebulan, dan insyaAllah suatu hari nanti ia akan mencecah RM200,000 sebulan.

Zulkifli
Damansara Damai
19 Januari 2016
9 Rabiul Akhir 1437H

[Kredit foto : internationalbusinessethicsawards, etawau]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>