Mulianya niat founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng sejak hari pertama beliau membangunkan Public Gold.
Iaitu nak bantu masyarakat selamatkan kekayaan mereka dengan emas. Dan elakkan mereka jatuh lingkup dalam pelaburan.
Inilah catatan yang beliau tulis ketika banyak yang sedang kemaruk "leverage" (melabur dengan cara berhutang), yang mana beliau sendiri sudah lihat depan matanya sendiri bagaimana ia merosakkan kehidupan banyak orang bila jatuh lingkup dalam pelaburan.
Saya terjemah apa yang beliau tulis di wall Facebook beliau pada 9 April 2023 yang lalu:
Kenapa sebenarnya Public Gold ditubuhkan
Tiba-tiba saya teringat balik...
Antara sebab utama saya tubuhkan Public Gold pada tahun 2008 — fokus hanya kepada emas fizikal — adalah kerana pengalaman saya sendiri.
Dulu, saya bekerja sebagai remisier (broker saham) dari tahun 1995 (masa umur 27 tahun) sampai 2005.
Sepanjang tempoh tu, saya tengok terlalu ramai client saya hilang semua duit hasil titik peluh mereka.
Hilang sebab apa?
Sebab terlibat dengan spekulasi dan trading saham... terutamanya yang guna akaun margin (pinjam duit, leverage 2X, 50% dan sebagainya).
Nak kata peluang untung?
Hampir-hampir kosong!...
Saya percaya perkara yang sama juga berlaku dalam:
- Forex (leverage tinggi sampai 30X)
- Komoditi (13X dan sebagainya)
Majoritinya... kalah (rugi besar).
Prinsip Public Gold dari dulu sampai sekarang
Sebab itu, dari dulu sampai hari ini, prinsip Public Gold sangat jelas:
Kita tak galakkan trading dan spekulasi dalam sistem kita.
Apa yang kita percaya?
Beli emas fizikal
Ambil emas tu (1:1, tanpa pinjam, tanpa leverage)
Simpan... dan lupakan
Seiring dengan tagline lama Public Gold:
“Ultimate Wealth Protector”
(Pelindung kekayaan yang sebenar)
Kenapa trading buat hidup tak tenang
Berdasarkan pengalaman saya...
Bila kita terlibat dengan trading dan spekulasi, hidup kita takkan tenang.
Lebih-lebih lagi bila:
- Duit yang kita guna tu besar
- Atau lebih teruk... duit pinjam
Fikiran kita akan sentiasa risau.
Sampai satu tahap...
Tengah malam pun terjaga (2 pagi – 5 pagi)
Semak market New York
Bayangkan kalau market bergerak lawan posisi (merugikan) kita...
Macam mana nak tidur balik?
Kesan pada kehidupan harian
Kalau hidup macam ni berterusan...
- Fokus kerja terganggu
- Bisnes terjejas
- Emosi tak stabil
- Keluarga pun boleh terkesan
Ini realiti yang ramai orang tak nampak.
Kenapa kami kekal dengan emas fizikal
Selepas lebih 16 tahun dalam industri emas fizikal...
Kami tetap yakin:
Public Gold beri nilai terbaik kepada pelanggan
Lindungi mereka daripada kehancuran kewangan dan emosi
Sekarang dah lebih 1 juta pelanggan...
Dan majoriti sebenarnya tak faham pun risiko sebenar trading berleveraj.
Sebab itu kami kekal dengan prinsip ini sampai hari ini.
Sebab itu...
Selamatkan keluarga — beli emas
Bantu negara — simpan emas
Ikut agama — gunakan emas
Louis Ng
Julai 2009
Mudah-mudahan bermanfaat.
Zulkifli
Cyberjaya
11 April 2023
20 Ramadhan 1444H
Main reason public gold was set up.
Suddenly I recall one of the main reason I started public gold on year 2008 to trade only physical gold is because during my time as a remisier (stock broker) from year 1995 (age 27 years old) till 2005, I saw too many of my clients lost all their hard earn money thru speculation and investing in stock especially those margin accounts (50% or 2X) trader.
Their chance of winning almost equal to zero.
I believe the same percentage apply to forex (3% or 30X) and commodities (7% or 13X) traders as well.
Therefore the main principle Public Gold held until today is for all Public Gold customers are we don't belief in trading and speculating in our system.
We believe in customers buy our gold and take their physical gold back (1 to 1, no gearing) to keep then forget about it.
In-line with Public Gold’s tagline many years ago“Ultimate Wealth Protector”.
Because my experience tell me once we involved in trading and speculation our mind will never be calm, (especially the amount of money involve is too big for us to handle psychologically, worst if it is involved margin trading, borrow money).
Very often we will wake up at the middle of the night (2.00 am to 5.00 am) to look at the New York trading screen, can you imagine if the market move drastically against our position, how are we going to fall back to sleep?
Can you imagine how it will affects our customers normal daily life and their job or profession or their businesses if we are in this type of trade.
Therefore after 16 years in physical gold trading we still belief Public Gold provides the best for our customers (one million of them, majority don’t understand the risk involved in margin trading) in-term of value in their investment and protected them from ruin in their personal and family financially and emotionally.
This is the main reason and main responsibility make us belief in physical gold forever.
Save your family, buy gold.
Help our nation, keep gold.
Follow your religion, use gold.
Louis Ng July 2009
[Sumber]



