MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

“Cookies Bini Saya Buat”, Imbau Kenangan Bisnes Kecil Dari Rumah, Sampai Cecah RM1 Billion!

September 19, 2026

Siapa buat biskut ni? 

"Bini saya Bang...", jawab lelaki yang jual biskut ni. 

Saya tanya tu sekadar nak confirm, ini biskut dia sendiri ataupun dia jual biskut orang lain. 

Saya tak teringin makan biskut ni. Tapi saya tengok kegigihan dia berniaga dari meja ke meja, bagi try sample biskut tu, saya support. 

Lebih-lebih lagi biskut yang isteri dia buat. 

More...

Saya teringat satu masa dulu... 

Saya teringat satu masa dulu... Saya nak cari duit extra, tapi saya malu nak promote. 

Isteri saya pandai baking. Cup cake dia sedap, tapi saya malu nak promote pada kawan-kawan. 

Isteri saya cakap, "Cubalah promote. At least kita dah cuba...". 

Saya pun bawa la cup cake ke office. Saya bagi kawan-kawan cuba.

Sekali tu, tea lady try makan. Dia cakap sedap. Dia tanya, boleh tak company nak tempah cup cake ni untuk dihidangkan dalam Board of Directors (BOD) meeting?

Katanya, susah nak dapat supply makanan ringan untuk meeting pagi-pagi. Kalau isteri saya boleh buat, mereka nak tempah!

Hati-hati saya berbunga-bunga... Nasib baik saya dengar nasihat isteri saya. 

Dari cupcake, biskut raya, coklat...

Sejak hari tu, salah satu yang kami niagakan ialah hasil baking isteri saya. Cupcake... Biskut raya... Coklat... Doorgift dsb... Khususnya untuk yang nak buat birthday party...

Duit-duit tu at least dapat jadi duit poket tambahan isteri saya...

Jadi bila saya tengok perkataan "Cookies Bini Saya Buat", ia tersentuh emosi saya... Dan trigger balik perjalanan saya dan isteri dalam bisnes...

Daripada bisnes kecil-kecilan dari rumah, hari ni bersama Public Gold dengan nilai jualan bisnes mencecah RM1 billion setahun...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Kota Rom tak dibina dalam satu hari

Bak kata bijak pandai, Kota Rom tak dibina dalam satu hari. Ia dibina bertahun-tahun lamanya... Begitu juga dengan perjalanan kita membina kejayaan...

Terus buat perkara yang betul dengan sabar, dan percayalah... kejayaan hanyalah persoalan masa saja. InsyaAllah...

Mudah-mudahan kenangan dulu menjadikan kami hamba Tuhan yang sentiasa bersyukur...

Amiin ya Rabbal Alamin...

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
18 September 2026
5 Rabiul Akhir 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}