MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pencen Awal, 5 Tahun Dari Sekarang? Ini Bukan Mimpi, Tapi Realiti

October 25, 2026

Penat kerja bertahun-tahun, tapi tak tahu bila penat tu akan berakhir... 

Bukan tak pandai cari duit... Tapi tak tahu ke mana patut dihala setiap sen duit yang dapat tu, selain habis dibelanjakan ke semuanya! 

Cari duit... Habiskan...
Cari duit lagi... Habiskan lagi...
Cari duit lagi dan lagi, kemudian habiskan lagi dan lagi... 

Tiba-tiba sampai hari dah tak mampu cari duit, lepas terhantuk tu barulah terngadah...

Waktu tu baru sedar, penat kerja bertahun-tahun, rupanya hanya berlari di tempat yang sama!

Tabungan tak cukup...
Harta tak ada...
Yang ada hanyalah hutang!...

More...

Duit hasil penat lelah 

Dalam program #PencenAwal5TahunDariSekarang kelmarin, saya explain sedikit tentang hala tuju kewangan; ke mana akhirnya sepatutnya kita duit hasil penat lelah selama ni.

Supaya penat kita cari duit tu ada penghujungnya...

Hujung-hujungnya, sepatutnya kita ada tabungan yang kukuh... Langsai segala hutang... Dan memiliki harta yang cukup...

Cukup untuk kita nikmati hidup, walaupun tak bekerja.

Buku yang mengubah hidup saya

Bukan ilmu yang saya pandai-pandai reka. Tapi hasil pengalaman berdasarkan apa yang saya belajar dari guru-guru kewangan...

Antaranya buku "Cashflow Quadrant", tulisan Robert T. Kiyosaki.

Inilah sumber ilmu yang jadi inspirasi ketika saya tanam cita-cita capai RM1 juta pertama dan #FinancialFreedom.

Siapa betul-betul faham apa yang Kiyosaki sampai dalam buku ni, saya rasa tak perlulah kerja sampai 30 tahun untuk pencen. Sebenarnya kerja keras 10 - 15 tahun dah lebih dari mencukupi, insyaAllah...

Tapi kalau tak ada ilmu, kerja sampai 30 tahun pun, tak boleh pencen juga.

Pencen bukan tentang umur...

Sebab pencen bukan tentang umur, tapi kedudukan kewangan.

Mana mungkin boleh pencen pada umur 60 tahun kalau tabungan tak cukup, harta yang boleh bagi passive income tak ada, malah hutang pun belum habis bayar!

Sebaliknya, kalau tabungan dah kukuh, semua hutang dah habis bayar, malah ada harta yang cukup, tak perlu tunggu umur 50 - 60 tahun untuk pencen.

Umur 30-an lagi pun dah boleh pencen! InsyaAllah...

Bukti hidup mereka berjaya pencen awal

Dan itulah bukti hidup yang kami bawakan dalam program "Pencen Awal, 5 Tahun Dari Sekarang" semalam;

Dr Syafiq Roslan (doktor perubatan) pencen umur 33 tahun.
Dr Syahirah Razak (doktor perubatan) pencen umur 30 tahun.
Mejar Sakeenah (pegawai tentera) pencen umur 40 tahun.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari kisah kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Mula nampak jalan keluar 

Walaupun saya bukan pakar kewangan, tapi ilmu dan pengalaman yang saya sampaikan dah terbukti bantu banyak keluarga yang akhirnya nampak jalan keluar setelah bertahun-tahun penat bekerja.

Sekurang-kurangnya mereka sedang bergerak menuju ke jalan keluar tersebut. Bukan lagi penat berlari di tempat yang sama.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah... 

Zulkifli
Cyberjaya
25 Oktober 2026
13 Jamadil Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}