“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas dirimu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”
-(Surah Al-Baqarah 2: 83)
Alhamdulillah, sempat bertemu Ramadhan sekali lagi.
Untuk semua sahabat, kami ucapkan selamat berpesta ibadah di bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan, kita semua dapat menjadi graduan Ramadhan yang bertaqwa.
Dan dengan pakej-pakej ibadah di dalamnya, mudah-mudahan dapat membantu kita kembali kepada fitrah yang suci bersih di Aidil Fitri nanti.
Ramadhan Bukan Sekadar Puasa
Zaman kanak-kanak dulu, saya ingat bulan Ramadhan ni bulan puasa saja. Tapi rupa-rupanya bukan begitu. Puasa cuma satu daripada banyak offer yang ada dalam bulan Ramadhan.
Ramadhan rupa-rupanya bulan berpesta ibadah bagi orang mukmin. Di dalamnya ada puasa, ada terawih (qiamullai), ada lailatul qadar, ada tadarus, ada iktikaf, ada sedekah dan semua pahalanya dilipat gandakan.
Pakej-pakej yang Tuhan tawarkan dalam Ramadhan, kalau kita grab semuanya, mampu membuatkan syaitan terduduk! Terbelengu kata Nabi...
Bahkan kalau kita lalui Ramadhan dengan penuh keimanan, Tuhan akan ampunkan semua dosa kita seolah-olah kita kembali semula kepada fitrah kita yang suci bersih dari dosa.
Hari Raya, Hari Kembali Kepada Fitrah Suci
Sebab tu hari raya tu di panggil Aidil Fitri, iaitu kembali kepada fitrah.
Setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah. Hatta anak orang kafir pun lahir dalam keadaan fitrah.
Tak ada apa-apa dosa. Belum dikira dosa pahala hinggalah mereka mencapai umur mukallaf.
Jadi, setiap tahun, Tuhan bagi peluang pada kita untuk ‘overhaul’ diri. Mencuci semula diri untuk kembali ‘baru’!
Maksudnya, kembali kepada asal kita yang suci bersih dari dosa setelah tempuhi ‘dosa’ dalam 11 bulan sebelum ini, dan moga ia menjadi bekalan untuk 11 bulan yang mendatang.
Elak Jadi Orang Celaka Lalui Ramadhan
Ruginya orang yang tak dapat apa-apa dari Ramadhan.
Ramadhan datang dan pergi, tapi sebelum dan selepas Ramadhan sama jer bagi dia. Tak ada perubahan.
Orang beginilah yang didoakan ‘celaka’ oleh malaikat Jibril, dan diaminkan oleh Nabi S.A.W masa Nabi melangkah naik ke mimbar khutbah. Apa taknya, bermacam-macam offer Tuhan bagi, satu pun dia tak grab!
Nauzubillah...
Sepertimana Ramadhan sebelum ni, saya wajibkan diri dengan dua perkara iaitu khatam Al-Quran 30 juzu’ dan solat terawih penuh.
Moga kedua-dua amalan ni sikit sebanyak dapat overhaul hati dan iman, dan dapat bagi lebih nilai dari sekadar puasa.
Cara Khatam Quran Dalam Ramadhan
Nak khatam 30 juzu’ senang saja; wajibkan diri baca 4 muka surat lepas setiap kali solat fardhu.
Sehari insyaAllah akan habis 1 juzu’ (20 muka surat). 30 hari, insyaAllah habis 30 juzu’.
Dan bila ada saja ruang kosong, baca Quran.
Jadikan amalan baca Quran macam baca buku-buku motivasi, kewangan, perniagaan, dan mungkin juga novel.
Saya biasanya perlukan masa 1 jam untuk habis 1 juzu’, tapi jarang la baca straight habis 1 juzu’. Biasanya, paling banyak pun 10 muka surat saja. Itupun rasa nak berpinar biji mata...
Tapi kalau mengadap facebook, blog, 1 jam pun tak terasa! Aduh...
Kejar Lailatul Qadar Dengan Terawih
Keduanya solat terawih.
Dulu saya ada juga tinggal dan tertinggal solat terawih. Especially bila ada event... atau kebetulan badan tak sihat.
Tapi lepas Abah pesan, “Jangan tinggal terawih. Paling mudah nak dapat Lailatul Qadar ialah dengan cukupkan terawih...”.
Lepas daripada tu, saya tak tinggal dah solat terawih.
Memang betul pesan Abah. Terawih cuma ada dalam bulan Ramadhan, setahun sekali saja. So, kalau tinggal terawih, lailatal qadar tu hanya tinggal angan-angan saja...
So, kalau pun tak dapat ke surau dan masjid, kami akan solat juga terawih di rumah.
Mudah saja solat terawih ni... tak payah selawat-selawat pun tak apa. Just niat, “sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat tunai kerana Allah ta’ala”, dan solat la macam biasa.
Mungkin ramai yang tak solat terawih bila tak ke surau masjid sebab mereka fikir susah nak selawat-selawat macam di masjid. Padahal selawat tu cuma ‘add-on’ jer.
So, sekadar tu sahaja coretan hari pertama Ramadhan kali ni.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat jadikan kita orang bertaqwan, dan mengembalikan kita kepada fitrah yang suci bersih, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Heights
1 Ogos 2011
1 Ramadhan 1432H
Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a. bahawa Nabi ﷺ naik ke atas mimbar.
Apabila Baginda sampai ke anak tangga pertama, Baginda berkata: “Amin.”
Apabila Baginda naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata: “Amin.”
Apabila Baginda naik ke anak tangga ketiga, Baginda berkata: “Amin.”
Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau menyebut ‘Amin’ sebanyak tiga kali.”
Baginda bersabda:
“Ketika aku naik ke anak tangga pertama, Jibril datang kepadaku lalu berkata:
‘Celaka seorang hamba yang datang kepadanya bulan Ramadan, kemudian Ramadan berlalu daripadanya sedangkan dia tidak diampuni dosanya.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’
Kemudian dia berkata:
‘Celaka seorang hamba yang mendapati salah seorang atau kedua ibu bapanya masih hidup, tetapi mereka tidak menjadi sebab dia masuk ke dalam Syurga.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’
Kemudian dia berkata:
‘Celaka seorang hamba yang apabila engkau disebut di hadapannya, dia tidak berselawat ke atasmu.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’”
- (Hadis Riwayat Ahmad dalam Adab Al-Mufrad no. 644 - sahih)

