Cara Kukuhkan Bisnes Dengan Facebook

by on October 9, 2011

Untuk sahabat-sahabat yang ada aksess internet, saya cadangkan manfaatkan betul-betul internet untuk kembangkan bisnes. Ini satu benda baru yang saya belajar dan praktikkan.
Saya rasa, buat bisnes tak sesusah dulu kalau kita guna internet. Antara strategi penting dalam bisnes iaitu “consistent contact, consistent reminder, dan consistent follow-up” dengan customer. Itulah teknik rahsia kenapa Joe Girard boleh jadi The Greatest Salesman in The World!
Teknik Rahsia Goe Girard

Joe Girard boleh jual 13,000 unit kereta dalam masa 15 tahun! Ini adalah rekod dunia. Kuncinya ialah kita kena consistent contact, reminder, and follow-up dengan customer. Caranya ialah bina friendship. Zaman dulu, Joe Girard rajin ambik contact number customer dia, rajin bagi ucapan setiap special day, kenali ahli keluarga mereka dsb. Bila bersesuaian, dia bagi hadiah… Itulah cara ‘tradisional’ yang digunakan oleh the Greatest Salesman in The World!..

Tapi sekarang, caranya jauh lebih mudah. Paling mudah ialah sentiasa communicate dengan prospek dan customer melalui internet, terutamanya facebook dan blog. Kita boleh jimat kos telefon, kos petrol, dan kos masa. Walaupun tak sempat jumpa, at least kita still boleh communicate dengan mereka semua dan bina good relationship dengan mereka.
Jimatkan Duit dan Masa Dengan Facebook

Dan bila ada masa, atau berkebetulan pergi area tempat customer tinggal, ruangkan masa untuk singgah sekejap rumah mereka (kalau bersesuaian). Persahabatan yang baik akan menghasilkan jualan secara automatik!
Macam mana nak buat?
Aktifkan diri melalui Facebook sebab ramai prospek suka duduk depan facebook. Jadi, kalau nak senang, jumpa dia di facebook jer… Di facebook ni, jangan buat banyak promosi, nanti orang menyampah. Tapi, ambik peluang untuk kongsikan tips dan apa sahaja yang positif yang boleh membuatkan hidup mereka lebih baik. Dan pastikan setiap posting tu hanya yang positif. Kata Nabi, siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap (berposting) yang baik (positif) ataupun diam sahaja.
Cara begini akan bina kredibiliti kita secara tak langsung, insyaAllah.
Kata orang bisnes, jual diri dulu sebelum jual produk!
Wallahu a’lam.
Zulkifli Damansara Heights

4 Oktober 2011

6 Zulkaedah 1432
p.s. Kami dah buat duit melalui internet marketing, dan tiba masanya untuk kami online 24 hours dan di mana sahaja. Sekarang ni tengah consider nak beli Samsung Galaxy Tab 10.1’ atau 7’. Beli guna duit bisnes, tak sentuh pun duit gaji. Memang besar penangan internet, alhamdulillah…
Artikel berkaitan:

{ 2 comments… read them below or add one }

1 YusNur May 21, 2012 at 1:05 am

Memang terbaek tuan.. ;)

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 22, 2012 at 7:01 am

Alhamdulillah…

Reply

Leave a Comment

Current day month ye@r *

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: