MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kami Bukan Sekadar Ejen, Tapi Kami Adalah Pemilik Bisnes!

Bebas Kewangan Bersama Public Gold

Lebih kurang 15 tahun dulu, saya baca buku Robert Kiyosaki bertajuk Cash Flow Quadrant.

Dalam buku tu, Robert Kiyosaki tekankan — kalau kita nak capai financial freedom, kita kena “lompat” ke kuadran sebelah kanan. 

Daripada seorang yang "employee" ataupun "self-employed)" (kuadran kiri), kepada "business owner" ataupun "investor" (kuadran kanan). 

Tukar kerja tak cukup

Maksudnya, kita tak boleh selamanya kerja makan gaji ataupun bekerja sendiri.

Cara tu tak akan membuatkan kita capai financial freedom - tak kerja pun ada duit.  

Kita kena pilih salah satu, samada:

  1. Jadi Business Owner (pemilik bisnes), yang ada bisnes ber­sistem dan ada team yang bekerja ikut sistem tu untuk kita, atau
  2. Jadi Investor (pelabur) yang ada banyak harta - ada cashflow.

Itu jalan yang Robert Kiyosaki ajar kalau kita nak bebas kewangan (financial freedom). 

Impian jadi "business owner"

Saya simpan impian nak jadi "business owner" tu bertahun-tahun. Lama saya mencari jalan. 

Saya nak jadi “Business Owner” sebenar. Bisnes yang bersistem, yang membolehkan orang lain (team) bekerja dalam sistem. 

Bukan sekadar ejen jual barang. 

Alhamdulillah, akhirnya Allah lorongkan saya dengan Public Gold. 

Bisnes bersistem yang bagi saya "ownership" seumur hidup. 

Public Gold bukan macam kebanyakan syarikat lain. Founder Public Gold sendiri, Dato’ Wira Louis Ng (bersama isteri beliau, Datin Wira Yvonne Lim), tetapkan prinsip yang sangat jelas;

Dealer Public Gold bukan “ejen”, tapi pemilik bisnes.

Apa yang kita usahakan dalam Public Gold ni, jadi milik kita seumur hidup.

Malah kalau kita meninggal dunia sekalipun, bisnes tu boleh diwariskan kepada isteri dan anak-anak. Itu janji dan jaminan founder sendiri. 

Dari 0 customer, kini jadi empayar

Saya masih ingat lagi, saya mula serius bina bisnes Public Gold pada Oktober 2010.

Masa tu, customer yang daftar bawah saya kosong. Dari “0”, hari ini empayar bisnes yang kami bina dah ada lebih 23,000 customer base.

Semua customer tu kekal bersama Public Gold sampai hari ini.

Mereka simpan emas, beli perak, dapat servis daripada team Public Gold di 18 cawangan di Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Kami pula sebagai dealer, menikmati hasilnya melalui konsep Life Time Profit Sharing – berdasarkan saiz empayar bisnes yang kita bina.

Itulah keindahan jadi Public Gold Business Owner (PGBO). 

3 Core Business Public Gold

Hari ni, Public Gold dah ada 3 cabang bisnes utama:

  1. Public Gold – simpanan emas & perak. 
  2. Aurora Italia – emas perhiasan trend terkini.
  3. PG Mall – platform shopping online dengan peluang jana pendapatan.

Dealer bukan sekadar ada satu sumber pendapatan, tapi ada pelbagai cabang untuk sama-sama berkembang. 

Bila saya imbas balik perjalanan ni, saya bersyukur sebab Allah izinkan kami jumpa platform Public Gold.

Daripada hanya impian semata-mata nak jadi “Business Owner”, sekarang jadi realiti.

Dan yang paling saya lega, bisnes ni bukan sekadar untuk hari ni. Ia boleh diwariskan terus kepada generasi seterusnya.

Itulah beza besar antara sekadar jadi ejen dengan jadi pemilik bisnes

Zulkifli
Cyberjaya
16 Oktober 2018
5 Safar 1440H

Tentang Penulis

Najdah Mohammed Hussain

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >