MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dealer Public Gold Bukan “Ejen”, Tapi “Owner” Seumur Hidup

August 27, 2025

pengasas public gold pg group dato wira louis ng 2021

Ramai orang ingat dealer Public Gold ni sama macam ejen-ejen lain. Yang kerjanya cuma cari customer untuk sesebuah syarikat.

Kalau apa-apa terjadi, semuanya habis belaka. Kosong... 

Hakikatnya dealer bukan ejen, tapi owner.

Sebab tu dealer Public Gold diistilahkan sebagai PGBO - Public Gold Business Owner. Bukan ejen. 

More...

Setiap penyimpan emas yang berdaftar di bawah seorang dealer, itu adalah milik dealer tu selamanya – sampai mati.

Bahkan bila dealer tu meninggal dunia, bisnes dia diwarisi kepada ahli keluarga

Itulah jaminan yang ditegaskan sendiri oleh #FounderPublicGold , Dato Seri Louis Ng.

Hubungan seumur hidup

Sebab tu, dealer Public Gold yang terlatih akan ambil tanggungjawab penuh terhadap penyimpan emas masing-masing.

Hubungan mereka bukan sekadar sekali dua transaksi, tapi hubungan seumur hidup.

Saya sendiri, lepas lebih 15 tahun jadi dealer, penyimpan-penyimpan emas yang mula-mula daftar dengan saya (sejak tahun 2010) masih bersama saya sampai hari ini.

Malah sekarang, anak-anak mereka pulak join saya

Dari kosong kini berharta

Dulu, mereka sama macam kebanyakan orang – dah kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun tak ada.

Lepas kenal emas, keadaan berubah:

  • Tabungan makin kukuh,
  • Hutang langsai satu persatu,
  • Aset bertambah dari tahun ke tahun.

Bila anak-anak mereka masuk universiti, mereka sendiri suruh anak-anak join saya.

Supaya dari awal usia, anak-anak mereka buat perkara betul tentang kewangan.

Tak perlu “terhantuk baru tengadah” - macam kebanyakan daripada kita. 

Tua dan kaya bersama-sama

#PublicGold sediakan platform bukan sekadar untuk saya sampaikan ilmu, tapi untuk kaya bersama-sama dengan penyimpan emas yang percaya kepada saya.

Daripada saya seorang diri lebih 15 tahun lepas (sejak 2010), hari ini sudah ada lebih 850,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Dan sebahagian besar bersama saya dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga – mengejar dan mencapai #FinancialFreedom sama-sama.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2025
3 Rabiul Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>