MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Wang Kertas Ada Tarikh Luput, Tapi Emas Kekal Selamanya

November 14, 2024

Hanya dengan satu pengumuman oleh Bank Negara India pada 8 November 2016, duit 500 dan 1000 Rupee (duit kertas India) jadi tak bernilai.

Siapa yang masih simpan duit tu, nilainya jatuh sama macam tisu tandas! 

Itu apa yang berlaku pada tahun 2016 dulu, yang membuatkan berlaku kekalutan di kalangan rakyat di India dan juga pelancong yang masih simpan duit kertas India tersebut. 

More...

Kekayaan hilang sekelip mata

Duit 500 rupee (Rs. 500) dan duit 1,000 rupee (Rs. 1000) nilainya cuma RM25 dan RM50 duit kita (Malaysia). 

Maksudnya, itu duit kertas yang kecil nilainya, yang kebanyakan orang simpan.

Jadi itulah yang membuatkan semua orang kalut...

Sebenarnya, kerajaan India hapuskan denominasi duit tu untuk pastikan sesiapa yang sorokkan kekayaan hasil daripada aktiviti haram seperti rasuah atau lari daripada bayar cukai terpaksa 'serahkan diri' kepada kerajaan. 

Mereka hanya ada 2 pilihan; serah diri atau kekayaan mereka hilang nilai 100%! 

Ada perkara penting yang kita perlu belajar dari isu kelam kabut di India itu, iaitu;

#1 - Nilai duit akan jatuh kosong

Nilai duit bukan terletak pada kertasnya, tetapi ia terletak pada jaminan kerajaan. 

Itu cuma sekeping kertas yang dipaksa nilai ke atasnya. Tanpa jaminan kerajaan, kertas tu sebenarnya tak bernilai pun.

Jaminan kerajaan bukanlah selama-lamanya. Ia ada "tarikh luput".

Dengan kata lain, nilainya boleh hilang 100% pada bila tiba waktunya... 

#2 - Kekayaan kita boleh dirampas

Bila simpan duit kertas, kekayaan kita dikawal oleh orang lain - kerajaan.

Kerajaan tahu berapa banyak duit yang kita ada (dalam akaun bank). 

Bahkan kalau keluarkan duit dari bank (untuk simpan sendiri sekali pun), kerajaan boleh rampas balik kekayaan kita dengan mengisytiharkan duit itu tak lagi bernilai - macam apa yang berlaku di India.

Suka tak suka, samada duit lama kena serahkan balik kepada kerajaan (sebelum tarikh luput), atau kekayaan itu dirampas!

Hanya dengan satu pengumuman, kekayaan kita boleh dirampas oleh kerajaan!

Duit yang masih dalam simpanan kita tu akhirnya senilai dengan tisu tandas sahaja... 

Kawal kekayaan 100% dengan emas

Kalau nak KAWAL KEKAYAAN 100%, aset terbaik ialah emas.

Nilai emas berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan sesiapa. Ia tiada tarikh luput, dan diterima di mana-mana pada bila-bila masa. 

Tiada sesiapa boleh rampas kekayaan kita selagi emas masih di tangan kita.

Itulah sebabnya pakar kewangan Azizi Ali sarankan, simpan 10% daripada kekayaan kita dalam bentuk emas sebagai 'insuran kekayaan' kita....

Simpanan emas itu boleh dijadikan tali hayat terakhir melindungi kekayaan kita... InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
14 November 2024
12 Jamadil Awwal 1446H

Bila simpan emas, kekayaan itu ada di tangan kita sendiri. Ia 100% di dalam kawalan kita, bukan kerajaan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>