MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bedtime Story Untuk Leader Yang Nak Lahirkan New Leaders!

August 8, 2025

Leaders are hard to FIND.
Leaders are hard to GATHER.
Leaders are hard to KEEP! 

Itulah yang saya kupas sambil mengopi di KLIA2 semalam. 

Sebaik sahaja selesai kami hantar 115 achievers yang berangkat ke #PGSEATripJogja, kami pergi mengopi... 

More...

Mengopi cara orang bisnes 

Macam biasa, mengopi kami bukan sembang kosong. Tapi lebih kepada dapatkan update tentang bisnes, brainstorming dan coaching...

Walaupun orang lain nampak kami asyik kerja, tapi bagi kami, itu bukan kerja. Tapi hobi yang menyeronokkan.

Kami boleh sembang lebih 2 jam. Tapi rasa macam beberapa minit je masa berlalu.

Masa sembang semalam, Cikgu Wea Mohamed Ridwan tanya saya pasal leader. Dia cakap, bukan mudah nak lahirkan new leaders.

Saya setuju. Pengalaman saya yang sudah lahirkan 20 leaders dalam Public Gold, saya setuju...

Memang susah...

Kebetulan saya nampak Cik Shara Ismail pegang buku pasal leadership (yang saya suruh baca) tulisan John C. Maxwell (bertajuk "The 21 Irrefutable Laws of Leadership"), saya pinjaman buku tu dan huraikan. 

Buku leadership tulisan John C. Maxwell

Dalam buku tu memang dah tulis; nak cari leader memang susah. Nak satukan hati leader lebih susah. Dan nak pastikan leader tu kekal bertahan dengan kita, itu paling susah!

Leader bukan followers yang follow membabi buta.

Mereka ada pendirian sendiri.

Mereka bukan ayam daging yang perlu diberikan makan. Yang kalau kita lepaskan, dia cuma duduk di situ tak ke mana-mana.

Leader ibarat eagle (burung helang).

Eagle tak perlu diberi makan. Dia tahu cari makanan dia sendiri.

Eagle tak perlu terbang ramai-ramai. Dia boleh terbang sendirian tinggi di atas awan.

Eagle susah dijumpai. Eagle susah dikumpulkan. Bahkan eagle susah untuk ditambat!

Sebab eagle ada pendirian dia sendiri. 

Wujudkan environment mesra eagle 

Kalau nak lahirkan eagle, kena pastikan organisasi kita sediakan environment yang eagle boleh grow.

Eagle tak suka dipaksa-paksa. Eagle tak suka orang lain tentukan itu ini untuk dia.

Eagle tak makan bangkai. Eagle cuma makan makanan yang fresh.

Nak pastikan eagle bertahan, sediakan ruang untuk dia boleh serlahkan potensi dia bersama kita.

Nak buat apa-apa keputusan penting, buka telinga luas-luas... Cuba dengar apa eagles tu semua nak bercakap dan capai target mereka.

Bukan dipaksa-paksa ikut cara kita.

Kalau semuanya nak suruh ikut telunjuk kita, itu bukan eagle. Tapi ayam daging.  

Dia bukan true leaders yang boleh sambung legasi kita, tapi dia sekadar followers ataupun producers...

Dia boleh hasilkan result - sampai ke tahap tertentu. Tapi dia tak mampu memimpin misi besar menggantikan tempat kita. 

Yang mana bila kita tak ada satu hari nanti, semua misi yang kita aturkan selama ini akan berkubur bersama-sama kita... 

Penyambung legasi kerja baik kita

Sebab itulah bukan mudah nak lahirkan leader.

Tapi tanpa melahirkan new leader, tiada siapa yang akan meneneruskan legasi kerja-kerja baik yang pernah kita usahakan bila kita sudah tiada satu hari nanti...

Kerja-kerja baik yang kita usahakan selama ini akan bertitik noktah sebaik sahaja kita sudah tiada atau sudah hilang kemampuan untuk terus memimpin. 

Jadi kalau nak legasi usaha baik kita diteruskan bila kita dah tiada, setiap leader tak boleh berhenti mencari dan melahirkan new leaders. 

Kerja-kerja yang diteruskan oleh new leaders nanti bukan sahaja menjadi kebaikan untuk kita di dunia, bahkan akan jadi pahala pasif buat kita - sebagai pelopor kerja baik tersebut. InsyaAllah... 

Itulah bedtime story saya bersama anak-anak murid saya dalam #PGG100Network dan #5GAssociates di Cofee Beans KLIA2 semalam. 

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Mundhir bin Jarir meriwayatkan daripada bapanya (dalam hadis yang panjang):

Rasulullah ﷺ bersabda:

Sesiapa yang memulakan suatu amalan yang baik dalam Islam, dia akan mendapat pahala daripada amalan itu dan pahala orang yang mengamalkannya selepas itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. Dan sesiapa yang memulakan suatu amalan yang buruk dalam Islam, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya selepas itu, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.”

- (Hadis Riwayat Muslim no. 1017)

>> Hadis penuh tentang pahala pasif siapa memulakan usaha yang baik.

Mundhir bin Jarir meriwayatkan daripada bapanya:

Ketika kami berada bersama Rasulullah ﷺ pada waktu pagi, datanglah sekumpulan orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, hanya memakai kain bulu yang bergaris-garis atau selendang, dengan pedang tergantung di leher mereka. Kebanyakan mereka, bahkan semuanya, berasal dari kabilah Mudhar.

Apabila Rasulullah ﷺ melihat mereka dalam keadaan miskin begitu, berubah wajah Baginda (kerana sedih). Baginda kemudian masuk ke rumah, lalu keluar dan memerintahkan Bilal supaya melaungkan azan. Bilal pun melaungkan azan dan iqamah, lalu Baginda solat bersama para sahabat.

Selepas itu, Baginda berkhutbah kepada mereka sambil membaca ayat Al-Quran:

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri…” hingga akhir ayat “…Sesungguhnya Allah sentiasa Mengawasi kamu.” (Surah An-Nisa’ ayat 1)

Kemudian Baginda membaca ayat lain dari Surah Al-Hasyr:

“Bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap jiwa melihat apa yang telah ia sediakan untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah…” (Surah Al-Hasyr ayat 18)

Lalu para sahabat mula berlumba-lumba bersedekah — ada yang menyumbang satu dinar, ada yang menyumbang satu dirham, ada yang menyumbang pakaian, ada yang menyumbang satu sa‘ gandum, dan ada yang menyumbang satu sa‘ kurma — sehingga Baginda ﷺ bersabda:

“Bawalah walaupun separuh biji kurma.”

Kemudian seorang lelaki Ansar datang membawa sebuah beg wang yang tangannya hampir tidak mampu mengangkatnya — bahkan benar-benar tidak mampu. Selepas itu orang ramai terus berdatangan menyumbang sehingga aku melihat dua timbunan besar makanan dan pakaian.

Aku juga melihat wajah Rasulullah ﷺ berseri-seri seperti emas kerana gembira.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang memulakan suatu amalan yang baik dalam Islam, dia akan mendapat pahala daripada amalan itu dan pahala orang yang mengamalkannya selepas itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. Dan sesiapa yang memulakan suatu amalan yang buruk dalam Islam, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya selepas itu, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.”

Hadis ini direkodkan oleh Imam Muslim, no. 1017Sahih.

Zulkifli
Cyberjaya
8 Ogos 2025
13 Safar 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>