Bila saya cakap anak-anak muda yang berjaya bersama #PublicGold tak perlu hantar resume untuk pergi kerja, ada yang kecam...
Katanya jangan sebarkan mentaliti bodoh ni...
Kononnya idea saya tu merosakkan pasaran pekerjaan.
More...
Dia rasa, anak-anak muda kena masuk kerja makan gaji, barulah dikira menyumbang kepada negara...
Dia tak tahu... Anak-anak muda di kalangan #PesaraMahasiswa yang kami lahirkan melalui program #G100x5GApprentice ni, lebih banyak menyumbang daripada apa yang dia fikir...
Top-student di universiti
Pertama, mereka bukanlah pelajar drop out universiti. Sebaliknya top-student di universiti.
Kalau bisnes yang lebih mencabar ni pun mereka boleh berjaya, apalah sangat sekadar nak study dan jawab dalam exam dengan cemerlang.
Itu mudah bagi mereka - bila ada mindset dan attitude yang betul - yang dibangunkan melalui latihan dalam bisnes.
Tak cari kerja, tapi cari pekerja!
Kedua, walaupun mereka tak hantar resume untuk masuk kerja, tapi mereka ni terima banyak resume untuk orang bekerja dengan mereka!
Ketika dia sibuk kira gaji dia sendiri, pasangan muda macam Tuan Azim Aliif dan Pn Odah Solehah dah gajikan beberapa staff full-time bersama mereka pada usia mereka 25 tahun lagi!
Ketika anak-anak muda seusia mereka tengah mengeluh susahnya cari kerja yang sesuai dengan pengajian mereka, anak-anak muda kami sibuk nak cari staff lagi dan lagi untuk mereka gajikan!...
Sibuk buat kebaikan
Ketiga, walaupun dah kaya, mereka bukan anak muda yang duduk goyang kaki buang masa di cafe-cafe hipster.
Tapi sibuk ke sana ke mari bantu orang lain ubah kehidupan melalui tabungan emas dan bisnes Public Gold.
Sibuknya life mereka, sampai ada bulan yang mereka cuma 2 hari saja duduk di rumah! Life mereka mungkin lebih sibuk dari orang biasa yang sekadar kerja - keluar pagi balik petang.
Dalam banyak hari, mereka selalu balik rumah dah lewat malam gara-gara berkerja! Tapi mereka enjoy dengan life mereka... Alhamdulillah...
Berbakti kepada ibubapa
Owh ya, ketika anak-anak muda lain masih berkira-kira nak bagi duit kepada parents setiap bulan, anak-anak muda kami dah bagi duit kepada parent ketika masih belajar di universiti lagi!
Bahkan pada usia terlalu muda, mereka dah hantar parents mereka tunaikan umrah dah beberapa kali! Alhamdulillah...
Itulah yang saya sebut, seseorang tu akan bermusuh dengan kejahilan dia sendiri.
Dia tak boleh brain, tapi tak cuba belajar dan faham. Sebaliknya jari-jari mereka sangat gatal untuk kecam usaha orang lain - yang dia tak faham!
Generasi masa depan negara
Dia tak tahu, ketika dia cuma sibuk fikir periuk nasi dia dan keluarga dia sahaja, kami sedangkan persiapkan anak-anak muda ni untuk masa depan negara lagi 10 - 20 tahun.
Kami sedang membina generasi masa depan negara yang lebih baik. InsyaAllah...
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."
#MisiUbahHidup1000Keluarga
#MenjagaLidah
Zulkifli
Cyberjaya
5 September 2025
12 Rabiul Awwal 1447H

Menuduh dan membodohkan orang lain tak menampakkan kita bijak. Malah membuka pekung kebodohan sendiri.
Artikel berkaitan:
- Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!
- Pelajar Tercorot, Akhirnya Memimpin Organisasi Yang Besar
- Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!
- Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan
- Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari
- Anak Muda... Berhijrahlah dan Bina Kehidupan di Tempat Baru