MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Korbankan Harta Demi Ibadah Haji Terbaik

Kalau ada harta untuk pergi haji dengan pakej RM150k seorang, nasihat saya pergilah haji dengan pakej PJH, bukan tunggu giliran muassasah.

Quota muassasah tu, bagi laluan kepada mereka yang kurang mampu.

Haji ni ibadah sekali seumur hidup.

Alang-alang sekali seumur hidup, buatlah yang terbaik.

More...

Bayar Mahal Untuk Ibadah Lebih Fokus

Yang bayar mahal, bukanlah membazir.

Tapi dia dapat kemudahan berbaloi dengan harga yang dia bayar.

Dia boleh fokus ibadah dengan lebih baik.

Yang banyak korbankan harta... dia tak perlu banyak berkorban susah macam orang lain (yang pergi dengan muassasah). 

40 hari haji tu, hampir tiap-tiap hari dia boleh solat dalam Masjidil Haram dengan mudah. Bahkan kalau keluar bilik 5 minit sebelum azan pun masih sempat lagi solat berjemaah dalam Masjidil Haram! 

Hari-hari boleh tatap Kaabah dari bilik tidur.

Bahkan speaker Masjidil Haram tu direct connect ke bilik tidur kita!

Ibadah Menjadi Lebih Mudah 

Bila dekat Masjidil Haram, hari-hari boleh buat ibadah tawaf (ibadah paling utama di sana). Masa haji hari tu, ada hari saya buat sampai 4 kali tawaf dalam sehari!

Sebab dekat.... 

Dalam Masjidil Haram tu tak ada toilet.

Yang duduk hotel dekat, kita settle urusan toilet semua di bilik hotel kita terus. Tak perlu guna public toilet. 

Yang bayar mahal, tak perlu jalan kaki lebih 1 kilometer setiap kali pergi masjid. Bukan saja jauh, jalan pulak agak berbukit dan cuaca pulak panas cecah 41 darjah celcius!

Yang pernah pergi haji boleh faham struggle tu...

Korbankan Demi Haji Yang Terbaik

Point saya ialah, siapa mampu, korbankanlah harta...

Pertama demi buat yang terbaik untuk ibadah haji kita...

Kedua, peluang dapat giliran fast track berbanding kena tunggu berbelas tahun (untuk pergi dengan Muassasah).

Ketiga, quota Muassasah kita tu dapat berikan kepada orang lain yang kurang berkemampuan...

Mudah-mudahan pengorbanan kita demi ibadah, Allah kurniakan haji yang mabrur dan diberikan rezeki melimpah ruah lepas balik haji nanti... Amiin ya Rabbal Alamiin...

#TravelogHajiDealerPublicGold

Zulkifli 

Cyberjaya 

5 January 2026 

15  Rejab 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}