MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dunia Bisnes Keras, Itulah Sebab Kenapa Mentor Bersikap Tegas!

January 27, 2026

Kira-kira 8 tahun lalu, saya pernah remove dia (Tuan Syarif Jamil) dari support group (sebagai hukuman).

Tapi hari ni, dia orang kanan saya.
Orang paling kanan...

Saya pergi haji ni, seluruh empayar penyimpan emas yang mencecah 800,000 orang hari ni saya serahkan kepada dia untuk memimpin sepanjang ketiadaan saya.

Hari ni dia golongan T1. Kaya dan pencen sebelum umur 30 tahun! Alhamdulillah...

Lagi 10 tahun, saya yakin dia akan lebih kaya dari saya. InsyaAllah... 

More...

Tak perform, tiada siapa kesian

Sepanjang 15 tahun saya bersama Public Gold, antara perkara yang saya tak suka pada diri saya sendiri ialah bersikap tegas dan keras dengan dealer-dealer di bawah saya.

Tapi saya nak sangat tengok mereka kaya dan berjaya.

Saya tak ada pilihan, saya kena ambil sikap keras dan tegas bila keadaan memerlukannya.

Ada ketika saya kena cakap direct. Walaupun dia kecik hati, saya kena cakap juga.

Dunia bisnes ni keras. Ia tak sesuai untuk orang yang lembik, mudah terasa hati dan kecil hati. 

Dunia bisnes tak ada belas ihsan. Kita cuma dibayar bila kita perform. Kalau tak perform, tak ada siapa akan kesian.

Siapa nak beli nasi lemak yang tak sedap dan tak jadi? 

Tanggungjawab penuhi harapan orang  

Tak kisahlah kita penat bangun masak pukul 3.00 pagi sekalipun pun, orang tak akan beli.

Orang tak kesian pun kita kena bangun pukul 3.00 pagi semata-mata nak berniaga nasi lemak. 

Nasi tak jadi orang tetap tak akan beli.

Semua alasan betul, tapi tiada siapa pun kesian...

Tak perform, maka tak ada hasil!

Bisnes bukan sahaja soal duit. Apa yang lebih penting ialah harapan orang dan tanggungjawab.

Orang bisnes kerjanya selesai masalah orang dan penuhi harapan orang.

Dia kena fokus selesaikan masalah orang dengan penuh tanggungjawab, barulah duit akan datang menyerah diri! 

Kalau fokusnya hanya duit, duit, duit, itulah bisnes tak ke mana-mana. Sebab dia tak ada hati pun nak selesaikan masalah orang.

Dia cuma nak duit orang saja. 

Terpaksa tegas supaya berdisiplin

Jadi nak pastikan murid-murid saya berjaya, saya kena tune otak mereka dan disiplinkan mereka.

Yang mana merendah diri dan ada keinginan kuat untuk dengar cakap (teachable), dia akan terus bersama saya.

Yang mana keras kepala nak buat cara sendiri (yang saya tahu tak akan buatkan dia ke mana-mana), saya terpaksa rasa remove, hukum ataupun block sahaja dia.

Sebab berdasarkan pengalaman saya, sikap dia tu tak akan buatkan dia ke mana-mana. Buang masa saya, dan buang masa dia sahaja.

Tapi selagi mereka percaya dan dengar cakap saya, saya akan berjuang bersama-sama mereka sampai mereka berjaya.

Sampai hidup mereka dan keluarga berubah. InsyaAllah. 

Tegas kerana sayang... 

Walaupun setiap kali saya bersikap tegas dengan mereka, timbul rasa kesian macam seorang ayah baru lepas rotan atau denda anak-anak.

Di sebalik marah dan sikap tegas, jauh di sudut hati, saya sayangkan mereka. Saya nak tengok mereka berjaya. InsyaAllah...

Sempena nak tunaikan haji ni, saya dengan rendah diri mohon maaf dengan semua murid-murid saya (dealer-dealer Public Gold di bawah bimbingan saya).

Doakan saya dapat haji yang mabrur.

Saya doakan kalian semua jadi sebahagian daripada kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga. Amiiin Ya Rabbal Alamiin... 

#TravelogHajiDealerPublicGold

Zulkifli
Madinah Al-Munawwarah
18 Mei 2025
20 Zulkaedah 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}