MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lesen B Full: Kita Pun “Boleh” Berjaya, Asalkan Sanggup Belajar dan Berusaha!

February 8, 2026

Akhirnya... saya “boleh” juga rupanya!... 

Pagi tadi sambung lagi kelas semalam.

Bezanya, kali ni cikgu bagi pakai motor yang lebih baru. Kondisi elok, meter jelas, gear pun senang nampak. 

Terus rasa... eh, lain macam beza dia - motor baru. 

Tak macam semalam...

More...

Terkilan sebab tak perform

Saya baru nak belajar, tak tahu masuk gear. Gear pula tak keluar dekat meter. 😂

Itu yang sampai ke sudah tak jumpa gear. Sampai hujung-hujung... bateri motor kong. 

Tak tahulah bateri memang dah nak kong... atau saya yang buat motor tu jadi kong. 😂

Motor asyik mati, kena start berkali-kali... Orang lain nampak relaks je... Saya sorang terkial-kial... 

Balik kelas tengah hari semalam, saya rasa terkilan. Sebab rasa, kenapa aku tak boleh buat macam orang lain? 

Sampai terdetik dalam hati, nak beli motor ni sebijik... Nak praktis sampai pandai semata-mata nak lulus lesen.

Cek harga... eh, dekat RM40k juga.

Takkanlah nak beli motor RM40k semata-mata nak belajar? 😂

Praktis sampai pandai!

Pagi ni saya buat keputusan untuk praktis sampai pandai. 

Saya ligan betul-betul dari pukul 8.15 pagi. Fokus biasakan diri dengan Modenas Z650 (650cc). 

Fokus pertama, nak faham motor dan sesuaikan diri. 

Ada masa tersalah masuk gear... Ada masa terlupa tarik clutch... Ada juga motor mati tiba-tiba... 

Tapi kali ni saya tak panik. Saya anggap semua tu sebahagian daripada proses belajar. 

Bila dah rasa lebih yakin, baru saya masuk litar untuk praktis 6 elemen: 

  1. naik titi
  2. lalu kon
  3. brek kecemasan 
  4. jalan berbonggol
  5. bulatan 8
  6. dan terakhir lorong bentuk nombor 6

Berkali-kali saya ulang... Berkali-kali baiki kesilapan...

Sampai satu tahap... semua elemen tu boleh dibuat dengan baik! 

Bukan sebab susah, tapi sebab baru 

Masa tu baru saya sedar... “Oh... aku boleh rupanya”. Alhamdulillah... 

Rupanya bukan benda ni susah. Cuma semalam saya masih baru.

Ilmu belum cukup... Skill belum ada... Pengalaman pun totally kosong! 

Tak sama dengan orang lain yang memang dah ada pengalaman.

Saya dan mereka tak bermula di garisan yang sama. Walaupun sama-sama nak ambil lesen, tapi kami sebenarnya bermula di garisan berbeza. 

Saya kena bagi peluang diri saya untuk lalui proses. 

Bila kita bagi masa pada diri sendiri untuk belajar dan praktis, benda yang dulu nampak mustahil akhirnya jadi biasa. 

Dan itulah pelajaran yang saya dapat dalam proses ambil lesen B Full ni:

👉 Jangan rasa rendah diri sendiri di fasa permulaan. 
👉 Jangan bandingkan fasa 1 kita dengan orang lain yang dah difasa 10.

Jangan under-estimate diri

Hakikatnya semua orang “boleh”...

Asalkan sanggup belajar dan berusaha, sesiapa pun boleh berjaya, insyaAllah... 

Kena buat perkara yang betul... dengan sabar...

Pukul 12.15 tengah hari tadi habis kelas... Saya balik rumah dengan rasa puas hati dan syukur... 

Sebab saya dapat buat kesemua 6 elemen dalam litar tu dengan baik - "lulus ujian"...  

Tapi kawan saya yang lebih berpengalaman dari saya asyik tak lepas naik titi dari semalam... 😂

Jangan sekali under estimate diri sendiri, dan jangan overestimate orang lain...

Fokus berlumba dengan diri kita sendiri saja untuk jadi lebih baik dari semalam. InsyaAllah... 

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
6 Februari 2026
18 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}