Sayang bukan bermakna kena sentiasa berlembut. Macam kita sayang anak-anak juga...
Anak kecil, kita berlembut dan melayan kerenah mereka.
Bila usia dia masuk sekolah rendah, itu fasa kita didik mereka dengan disiplin.
Ada ketika kita cakap baik-baik... Ada ketika kita tegas...
Ada ketikanya kita denda dia. Bahkan ada ketika kita rotan dia bila dia faham dia buat kesalahan lepas diingatkan berkali-kali.
Kita buat semua tu tak ada sebab lain... kecuali sebab kita sayang mereka.
More...
Antara respek, sayang dan takut
Begitulah juga watak saya dalam memimpin team terbesar dealer Public Gold.
Team yang hari ni lebih 2,200 dealer aktif; aktif join training dan membimbing penyimpan emas sehingga lebih 650,000 seluruh Asia Tenggara.
Itulah watak saya.
Mereka follow saya dengan perasaan bercampur baur antara respek, sayang dan takut.
Mereka tahu saya sayang mereka.
Selagi mereka tak putus asa untuk ubah hidup mereka bersama saya, saya akan terus berjuang bersama mereka.
Saya sentiasa ada bersama mereka.
Tapi kalau ada yang tak betul melibatkan keharmonian sesama team, saya orang pertama akan ambil tindakan cepat dan tegas.
Tiada kompromi...
Akhirnya jadi rakan seperjuangan
Sebab nak menyatukan hati-hati manusia yang pelbagai makan masa bertahun-tahun lamanya. Nak meruntuhkan sekejap saja.
Tanpa sikap tegas seorang leader, team akan rasa tak secure. Lama-kelamaan hubungan makin rapuh... Ibarat api dalam sekam...
Bila murid-murid saya yang dah berjaya capai #FinancialFreedom, mereka jadi kawan-kawan dan partner saya.
Kami pergi travel sama-sama.
Kami pergi diving sama-sama.
Dan kami pergi laksanakan ibadah umrah sama-sama.
Itu waktunya kami berkawan lebih rapat. Supaya saya kenal mereka dengan lebih dekat, dan tune skil leadership mereka.
Supaya satu hari nanti mereka juga mampu bantu dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga dan memimpin empayar yang besar...
Buat keputusan walaupun tak disukai
Itulah watak seorang leader.
Ia tak sentiasa disukai. Tapi dia kena sentiasa buat perkara yang betul walaupun tidak disukai.
Kalau nak semua orang suka, jadi penjual aiskrim saja. Semua orang akan suka.
Jangan jadi leader (pemimpin). Sebab seorang leader kena sentiasa buat keputusan yang betul.
Dan keputusan itu tak akan semua orang suka kecuali mereka yang benar-benar punyai cita-cita yang sama dengan kita...
Zulkifli
Cyberjaya
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
Artikel berkaitan:
- Dunia Bisnes Keras, Itulah Sebab Kenapa Mentor Bersikap Tegas!
- Beza Branding Diri Ketika Fasa Membina Customer & Membina Team
- Pentingnya Orang Muda Dalam Membina Team Yang Cekap
- Duplicable - Kalau Nak Team Grow, Buat Perkara Mudah Ditiru
- Love Them First, Prinsip Penting Membangunkan Team Yang Kuat
- Dosa Rehat Seorang Leader, Kesannya Kepada Seluruh Empayar

