MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nikmat Sihat Yang Selalu Kita Lupa 

February 27, 2026

Bekerja Tanpa Paksaan Sesiapa

"Encik tak nak MC kan?", tanya doktor pakar yang merawat saya.

"Betul. Tak nak doktor". 

"Awak kalau nak beli emas cari dia ya... Haha... Saya tolong promosikan"... Kata doktor kepada nurse yang ada di situ.

Eh, macam mana doktor tahu saya dealer Public Gold?

Walaupun hospital ni sangat selesa macam hotel 5 bintang, tapi 2 malam di sini saya rasa tak sabar nak discharge (keluar) untuk masuk kerja.

Saya rasa lebih sihat dan bersemangat bila bekerja.

Kerja adalah terapi bagi saya. 

Tak ada siapa paksa saya pergi kerja.

Dengan limpah kurniaan Tuhan kepada saya, saya tak perlu pergi kerja kalau hanya kerana duit (sejak 2013). Alhamdulillah.

More...

Bekerja Sebagai Sumber Pahala

Saya bekerja sebab saya suka kerja saya.

Kerja saya adalah amalan bermakna untuk hari kematian saya; bantu bebaskan orang lain dari kesusahan dari sudut kewangan. InsyaAllah.

Dengan kerja-kerja saya, mudah-mudahan Tuhan bebaskan saya dari kesusahan dunia dan akhirat. Amiin... 

Manfaat Medical Card Semasa Di Hospital 

Duduk 2 hari 3 malam di sini saya rasa kosnya hampir RM17,000. Tapi syukur alhamdulillah, saya tak perlu bayar satu sen pun. 

Semuanya dah cover dengan medical card saya konsisten bayar walaupun disaat saya meringkuk 2 tahun dalam penjara.

Saya ambil medical card pertama sebaik sahaja resign dari bekerja dengan syarikat GLC kira-kira 13 tahun lalu

Walaupun hospital kerajaan bagus, tapi bila ada medical card, kita tak menambah lagi kesesakan hospital kerajaan yang dah sedia sesak.

Bahkan kita tak perlu que panjang, dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat, dapat layanan lebih baik, dan keadaan wad yang lebih baik. 

Walaupun dalam keadaan sakit, dapatlah sedikit keselesaan. Alhamdulillah... 

Dapat duduk wad satu bilik seorang dan isteri boleh temankan. Ada privacy nak jaga aurat dan lebih tenang untuk berehat. Alhamdulillah. 

Takaful Sebagai Sedekah (Tabarruk)

Walaupun saya ambil beberapa polisi takaful untuk diri saya, saya harapkan bayaran takaful tu hanyalah sedekah (tabarruk) saya untuk kesusahan orang lain - tanpa perlu saya claim.

Sebab bila terpaksa claim, maksudnya saya dalam kesusahan (jatuh sakit) dan kos rawatan saya dibiayai hasil sedekah orang lain pula (dalam dana takaful yang sama).

Selain dapatkan perlindungan, bayaran takaful tu sebenarnya sedekah kita.

Ambil Takaful Waktu Masih Sihat ! 

Umur 20-an dan 30-an mungkin tak rasa kepentingan takaful. Badan masih kuat, kesihatan masih baik.

Tapi masalah kesihatan sebenar (hasil gaya hidup dan pemakanan kita selama 10 - 20 tahun) kita akan mula nampak bila usia menjengah 40-an.

Waktu tu, barulah kita sedar perlindungan takaful yang kita bayar masa usia 20-an dan 30-an sangatlah berguna bila usia mula masuk 40-an. 

Itulah apa yang saya rasa... 

Ambillah takaful waktu masih sihat. Bila dah sakit, semua penyakit sedia ada tak boleh cover lagi

Masa saya nak upgrade coverage takaful tahun lepas, sakit sedia ada memang tak cover. Jadi terpaksalah terus bayar polisi lama dan tambah polisi baru.

Kesihatan Bukan Selamanya Milik Kita

Bila umur makin meningkat, barulah saya mula faham rupa-rupanya diri kita juga adalah ujian untuk diri kita sendiri; kesihatan kita yang tidak lagi sekuat orang muda...

Kesihatan kita makin lama makin merosot. Sampai satu masa nanti tubuh badan kita akan jadi beban untuk diri kita sendiri.

Dan kematian yang baik (husnul khotimah) adalah berita gembira buat orang beriman; yang memisahkan kita dari bebanan dunia ini untuk kehidupan yang lebih baik dan lebih kekal di sisi Tuhan... 

Masa untuk berbuat amalan untuk hari kematian kita semakin hari semakin singkat...

#TabahHadapiMusibah

#TipKewanganPeribadi

#FinancialFreedom

Zulkifli
Cyberjaya
27 Februari 2025
28 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}