Beli Baru Atau Cari Jalan Lain?
2 hari lepas pergi kedai motor di Sentul KL cari pelapik box ni. Box masih elok, tapi tak boleh letak di motorsikal sebab pelapik pemegang (plastik) dah patah.
Masalahnya, mereka tak jual pelapik sahaja. Kena beli satu set dengan box baru. Kalau nak tukar box yang sama, harganya RM410 (belum masuk GST).
More...
Solusi Kreatif Jimat Ratusan Ringgit
Fikir punya fikir, rasa membazir pulak keluarkan kos sebanyak tu sedangkan box masih elok. So tak jadi beli. On the way balik rumah, dapat idea; tebuk sahaja box ni dan pasang skru terus pada pelapik yang patah tu.
Singgah kedai hardware, beli set skru dengan nut, habis RM3 je. Pagi tadi buat kerja-kerja 'modify', alhamdulillah, dalam 30 minit je dah siap, bahkan lebih kukuh dari yang asal.
Dah jimat RM407!
Memang benar, setiap cabaran yang kita lalui, ia akan membuatkan kita jadi lebih baik kalau kita BERFIKIR...
Zulkifli
Cyberjaya
26 Februari 2017
29 Jamadil Awal 1438H
Artikel berkaitan:
- Think on Paper : Cara Legakan Masalah Yang Membelengu Fikiran
- Kita Melihat Dunia Berdasarkan Input Yang Overload Dalam Fikiran Kita
- Kejayaan Adalah Tentang Cara Berfikir
- Bercakap Baik, Jangan Sabotaj Diri Sendiri
- Kita Tak Berlumba Dengan Sesiapa, Tapi Diri Sendiri
- Impian, Motivasi Diri Tanpa Perlu Dimotivasikan oleh Orang Lain
- Paksa Diri Mulakan Langkah Pertama!

