Fahami Risiko Sebelum Melabur Dalam Emas
Lepas dah lama memerhati naik turun harga emas, saya malas nak percaya tentang jangkaan harga.
Jangkaan harga emas naik sampai RM503 per gram pada 2020, ia tak mustahil. Tapi saya malas nak percaya. Dan janganlah hanya melihat POTENSI UNTUNG lepas terbaca keratan akhbar ni, maka terus beli emas tanpa memikirkan RISIKO RUGI. Risiko rugi tu confirm ada.
More...
Harga Emas Naik Ketika Krisis Ekonomi
Lagi satu, kalau ia betul-betul naik sampai RM503, ia bukan sangat satu berita gembira sebab selalunya harga emas naik bila keadaan ekonomi dunia atau dalam negara tak berapa bagus, seperti ringgit yang jatuh mendadak tahun 2015.
Bila ekonomi tak menentu, pelabur-pelabur akan selamatkan kekayaan mereka kepada emas sebab ia dianggap sebagai "safe heaven" asset. Bila ekonomi kembali ok, pelabur akan tinggalkan emas dan masuk semula ke pasaran lain seperti saham.
Nilai Emas vs Wang Fiat
Tentang naik turun harga emas ni, saya cuma percaya satu perkara sahaja iaitu bukan nilai emas yang naik turun, tetapi duit kertas (wang fiat) itu yang naik turun. Emas terbukti zaman-berzaman sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia, sedangkan duit kertas terbukti gagal dalam menyimpan nilai.
Duit kertas pasti akan berakhir dengan TIADA NILAI, sedangkan emas adalah satu-satunya aset yang tidak akan hilang nilainya walauapapun keadaan ekonomi dan politik. Kalau negara tonggang terbalik pun, emas masih bernilai. Hingga dalam bentuk serbuk pun, emas tetap bernilai.
#wangfiat #wangemas #simpanemas #tipspelaburanemas
Zulkifli
Cyberjaya
4 Mac 2016
24 JamadilAwwal 1437H
Artikel berkaitan:
- Strategi Pelaburan Emas 2015
- 3 Strategi Asas Jana Keuntungan Pelaburan Emas
- Harga Emas All-Time High: Investor Panik, Gold Saver Kekal Tenang!
- Fear Barometer: Kenaikan Harga Emas Datang Bersama Berita Buruk?!
- Harga Emas Dah Mahal. Sesuai Lagi Ke Beli Emas Sekarang?
- Bila Emas Ada di Tangan, Kita Senyum Tengok Harga Emas Jatuh!
- Teknik Kuno: Alang-alang Simpan Emas, Biarlah Sampai Kaya!

