Hidup Mewah Berhutang vs Hidup Biasa Tapi Bebas
“Kalau diberi pilihan antara;
Pakai kereta mewah dengan terikat hutang yang besar, hari-hari kena kerja (sebab nak bayar hutang)... Nak cuti pun kena minta izin boss...
Atau...
Hidup biasa-biasa tanpa hutang... pakai kereta biasa-biasa... duduk di rumah biasa-biasa... ada passive income yang sedarhana... Tapi dapat travel seluruh dunia pada bila-bila masa...
Azim & Odah pilih yang mana?”
Itu soalan yang saya tanya mereka berdua masa kami on the way visit Tembok Besar Negeri China semalam.
Pilihan mereka, tentulah nak bebas travel tengok dunia!...
More...
Hidup Biasa-Biasa Tanpa Hutang
Buat apa pakai kereta mewah... tapi lepas tu kena kerja kuat hanya semata-mata nak bayar hutang kereta...
Dapat kereta mewah, tapi hilang kebebasan hidup...
Setiap pilihan yang kita buat, ada harga yang kita kena bayar.
Dulu hidup saya biasa-biasa, sebab memang saya tak ada apa-apa...
Income kecil... tanggungan besar... harta tak ada... Yang ada hanyalah hutang...
Tapi lama kelamaan, lepas Allah berikan kami suami isteri kelapangan rezeki, kami masih pilih hidup biasa-biasa...
Saya tak buat loan hanya untuk beli kereta mewah...
Saya tak buat loan beli rumah besar (rumah impian)...
Saya lebih rela menyewa rumah mewah berbanding hidup saya tersangkut pada hutang yang besar - hanya semata-mata sebab nak duduk rumah mewah!
Saya tak akan sesekali buat hutang hanya untuk bermewah.
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Walaupun hari ni gaji kita besar... Esok belum tentu... Langit tak akan sentiasa cerah...
Jadi ketika langit masih cerah, pada saya inilah waktu terbaik kita siapkan payung sebelum hujan...
Saya cakap kepada Azim Aliif dan Odah Solehah, cuba bayangkan apa jadi kepada Kak Najdah (isteri saya) dan anak-anak kalau ketika saya ke kemuncak kejayaan tahun 2018, saya buat keputusan buat loan beli kereta mewah?
2 tahun musibah berlaku dalam hidup saya, mungkin banyak harta saya tergadai... tentunya hidup Kak Najdah dan anak-anak hura-hara gara-gara nak menanggung hutang yang saya buat...
Tapi syukur alhamudulillah... Saya tak menanggung hutang... Malah ketika tu, saya sudah persiapkan mereka dengan simpanan yang cukup...
Saya sentiasa bersiap sedia dengan simpanan sekurang-kurangnya #1keluarga1kiloemas .
Dengan simpanan yang ada, isteri dan anak-anak saya dapat bertahan selama 2 tahun...
Walaupun hidup susah (sebab saya terpenjara), tapi sekurang-kurangnya kami tak menyusahkan sesiapa... Isteri saya tak perlu mengemis minta sumbangan orang lain (khususnya ahli keluarga) untuk bertahan selama 2 tahun...
Alhamdulillah...
Jangan Bebankan Diri Dengan Hutang
Jadi saya ingatkan Azim dan Odah, jangan sesekali bebankan diri sendiri dengan hutang...
Kalau kita terpaksa berhutang untuk beli sesuatu barang, terimalah hakikatnya kita belum mampu...
Kumpullah dulu duit sampai cukup... Nanti dah cukup barulah beli...
Hutang-hutang tu akhir sekali akan mengikat dan menjerat kita.
Lagi besar hutang, lagi kurang kebebasan kita dalam hidup.
Supaya hidup kita sentiasa bebas, jangan sesekali buat hutang (loan)... kecuali pada perkara yang benar-benar perlu, dalam jumlah yang benar-benar perlu saja.
Jangan sesekali belanjakan duit yang kita belum dapat...
Zulkifli
Cyberjaya
6 April 2026
17 Syawal 1447H
Artikel berkaitan:
- Ambil Mudah Dengan Hutang, Punca Hidup Semakin Keras!
- Gaji Naik, Hutang Pun Naik: Itu Bukan Makin Kaya, Tapi Masuk Jerat!
- Siapa Serius Nak Bebas Hutang, Tuhan Akan Memudahkannya
- Kena Langsaikan Hutang Dulu Sebelum Tunaikan Haji!
- Alhamdulillah! Keluarga Ini Akhirnya Bebas Hutang Dengan Simpanan Emas
- 3 Nikmat Membuatkan Saya Seronok Travel
- Bila Duit Ada, Ke Mana Patut Kita Pergi Dahulu?

