MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rutin Baru Yang Lebih Bermakna

Akibat tukar rutin, sekarang saya dapat 3 dalam 1. Alhamdulillah...

Masa coaching dengan team hari Isnin lepas, salah satu soalan yang diajukan kepada saya, macam mana rutin saya exercise setiap hari?

Dulu saya sentiasa morning walk 4 - 5 kilometer setiap pagi. Tapi sekarang macam tak nampak dah update di medsos saya pasal morning walk. 

Sedangkan badan saya nampak lebih slim berbanding 12 bulan lalu. (Alhamdulillah)

👉🏻 Jawapan jujur, saya dah tukar rutin.

Saya tukar kepada rutin yang lebih bermakna. 

Dulu saya rutinkan morning walk. Tapi sekarang saya rutinkan buat kerja-kerja rumah setiap pagi, sebagai ganti.

More...

 Ganti 'Morning Walk' Dengan Kerja Rumah

Pada hari yang saya ada di rumah, lepas beli breakfast, saya akan cari apa kerja-kerja yang boleh keluarkan peluh - hanya di rumah. 

Sebenarnya sangat banyak... Antaranya;

✅ Cuci motor dan kereta, vacuum kereta

✅ Vacuum, mengemop dan mengelap lantai

✅ Cuci toilet

✅ Mengemas, clearkan sampah dan barang menyemak 

Saya rasa, buat kerja-kerja ni dah sama macam keluar exercise morning walk.

Bukan sekadar keluar peluh. Banyak lagi manfaat sampingan;

1️⃣ Badan sihat, otak cergas

2️⃣ Hati rasa happy tengok kereta, rumah bersih dan teratur.

3️⃣ Hubungan kekeluargaan lebih baik 

Selalunya saya tak buat kerja seorang-seorang. Tapi saya ajak sekali anak-anak.

Buat kerja sama-sama.

Boleh ajar mereka buat kerja... Dan tunjuk contoh teladan yang baik untuk dicontohi.

Kejayaan Adalah Tentang Rutin Harian

Kalau dulu cuma dapat 1 saja manfaat; sihat tubuh badan. Tapi sekarang dapat 3 dalam 1 terus!

Saya sentiasa pegang prinsip;

👉🏻 kejayaan adalah tentang rutin

Nak predict masa depan kita, tengoklah rutin harian kita hari ni.

Tak kisah dari sudut kewangan, kesihatan, keluarga ataupun hidup beragama. Ianya tentang rutin. 

Murid-murid saya yang serius nak kembangkan empayar bisnes dan nak memimpin pasukan yang besar, saya nak mereka berjaya secara holistik. 

Berjaya segenap aspek. Bukan sekadar bisnes...

Bukan sekadar ada duit yang banyak, tapi tubuh badan kena sihat... Kualiti kehidupan yang lebih baik. 

Pimpin Diri Dulu, Baru Pimpin Orang

Yang serius nak join misi #RoadTo100Diamond, saya nak mereka kaya dan sihat. Jumlah simpanan kena gemuk... tapi tubuh badan kena slim. 

Saya ingatkan mereka dah banyak kali, kalau nak naik pentas sebagai "new Diamond" satu hari nanti, tubuh badan kena slim. Tak boleh gemuk! 

Ia bukan saja tentang imej dan keyakinan diri. Tapi tubuh badan yang terjaga dengan baik tu salah satu petanda kita mampu memimpin diri kita sendiri dengan baik - sebelum memimpin orang lain.

Rutinkan Gaya Pemakanan Yang Betul

Selain rutin kembangkan bisnes, kita kena ada rutin yang betul untuk tubuh badan kita sendiri. 

Rutin gaya pemakanan yang betul... Sebab 70% punca kegemukan ialah tabiat pemakanan yang tak betul. Bukan sebab tak cukup exercise. 

Itu apa yang saya faham daripada pembacaan saya. 

Antara pembetulan yang saya buat pada gaya pemakanan saya sejak 12 bulan lalu;

1️⃣ Kurangkan karbo dan pengambilan gula (makan dan minuman manis)

2️⃣ Kurangkan makanan segera. Ia makanan yang sangat tinggi kalori, tapi tak mengenyangkan. Seolah-olah makan, tapi sia-sia.

3️⃣ Kenyangkan perut dengan protein (lauk pauk yang real). Bukan dengan tambah nasi, roti atau junk food. 

Kalau kita dah rutinkan perkara yang betul, malah dah rasa seronok dengan rutin yang betul, saya percaya, kejayaan hanyalah persoalan masa saja. InsyaAllah. 

Kita nak kaya... Tapi kita tak nak jadi orang paling kaya di kalangan pesakit yang terlantar di wad hospital!

#HealthisWealth

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
24 April 2026
6 Zulkaedah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}